Saturday, December 24, 2011

Ustaz Azhar Idrus Perlu Jaga Adab

Sebelum baca post kali ini, mungkin lebih elok kalau anda tonton dahulu video ini :
sila klik :  UAF - Azhar Idrus Perlu Jaga Adab

Summary video adalah menegur/melarang ilmuan/agamawan untuk guna bhs yang kasar/kesat walaupun di sesetengah negeri perkataan tersebut adalah perkara biasa. Walau tidak dinyatakan di tuju kepada siapa secara jelas tapi boleh di agak siapa yang di maksudkan oleh beliau.

My personal opinion:

1. Rasanya sebagai ulama, lebih baik untuk menegur isteri PM dan para menteri dan para isteri menteri yang merupakan pemimpin negara yang mengaku Islam. Tegur ape? Rasanya da jelas kot. ke nk kene cite gak ape perlu di tegur?

2. Kalau anda sebagai pendengar, anda lebih mahu dgr ceramah siapa? Seperti ustaz dalam video di atas atau  Ustaz Azhar Idrus(UAI) ? Siapa lagi bosan? Siapa lagi menarik? Siapa yang lebih berpotensi/terbukti berjaya menarik perhatian masyarakat? 

3. Cara approach Ustaz Azhar Idrus(UAI) terbukti berkesan/xbosan untuk tarik minat segenap lapisan masyarakat tua/muda. Cara/bhs kasar yang digunakan adalah untuk bagi sedar salah diri. Senang kata "headshot". Kalau kita tak buat salah, tak perlu la terasa sgt bukan? Selain itu diselit dgn gurauan supaya pendengar tertarik dan tak bosan.

4. Apa bukti approach UAI berkesan? Ramai yang berminat/ datang dari jauh untuk mendengar ceramah beliau.

5. Based on ceramah UAI di Meru, Ipoh, beliau memberi satu analogi:
Besi yang berkarat, kita gosok dengan satu lori tisu yang lembut. Mahal ke harga besi itu?
Tetapi kalau besi itu kita bakar, sudah di bakar di ketuk-ketuk dengan kuat. Mana lagi berharga?Besi yang di gosok dgn tisu atau dibakar dan kemudian diketuk-ketuk?

6. Nabi Muhammad tak pernah guna cara kasar? Boleh bukak balik sirah. Ada sahaja Nabi Muhammad tarbiah secara keras. 

7. Anda sila tambah komen anda...

Wednesday, December 21, 2011

Pre SI and CBI...Bring It On!!

Tomorrow and Friday is the day that will set where my future will be. Bring it on SI and CBI!
Untuk yang tak mengetahui, SI stand for Structured Interview and CBI stand for Competency Based Interview bukan c*b*i ok?. Kedua-duanya adalah interview wajib sekiranya mahu apply kerja dengan PETRONAS. Pelbagai bahan bacaan sebagai persediaan interview esok telah di kumpul. Tinggal nak baca sahaja. Moga segalanya berjalan lancar untuk interview esok. Ya Allah permudahkan sesi interview aku dan rakan-rakanku. Murahkan rezeki kami. 



Lately sangat negative dengan diri sendiri. Even time present poster tak yakin dengan diri tapi alhamdulillah all iz well. Insya Allah momentum positif perlu di teruskan untuk menghadapi hari yang mendatang. 



p/s: ada test SPC esok, 9.30am. 12noon SI pula. Dugaan..Nak study test lagi. Fuh~

p/s : susulan kes Luis Suarez kene ban 8 game, Mario Ballotelli's tweet : "The FA are willing to ban someone based on one persons claim, with no video evidence? In that case the whole man U squad racially abused me"

Wordless Wednesday - IMBA-est Presentation

Evaluator : Dr Lukman 
Student : Muhammad bin Harith

Monday, December 19, 2011

6 Steps To Completing Your Dissertation


Currently I am at stage "panic" and " despair" =_="

p/s: credit to Zura..dapat dari fb dia..haha..

Menanti Saat Cerai Talak 3

Hari ini sepatutnya due untuk submit dissertation/final report Final Year Project (FYP) untuk pelajar Chemical Engineering batch Jan07. Orang lain terkontang kanting berhempas pulas mengadap laptop untuk siapkan dissertation tapi aku terpaku membatu di dalam lab menunggu dapat result. Tiada result so macam mana nak buat dissertation? Few hours later dapat juga result tapi masalahnya result pula macam haroommmm paham2 sendiri la yer.


Meeting dengan SV untuk mengadu domba tapi SV pun tak boleh nak tolong. Masalah sebab aku tak reti nak menipu result experimen, so dengan jujur bertanya SV, "Macam mane nih  ma'am?". Tiada jawapan yang best untuk aku dengar. Nasihat akhir dari rakan-rakan yang berkongsi SV, " Ko nih jangan la jujur sangat". Challenge accepted! Demi memudahkan part diskusi di hujung dissertation, data yang tiada telah aku ada kan. What sorcery is this? This is what we called use your brain, and I don't give a damn.


Dissertation submit esok. Viva/final presentation pula minggu depan. Doakan aku dan rakan-rakan berjaya survive mengharungi dugaan FYP ini. Tak sabar rasanya nak lafazkan talak 3 dengan FYP. But then I'm gonna miss my student life.

Thursday, December 15, 2011

Perkara Yang Membatalkan Akidah

Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah (aqidah) dan iman terbahagi kepada tiga:

1. Iktikad.

2. Perbuatan.

3. Perkataan.

Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran. Secara ringkasnya seperti berikut:


1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.

2. Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.

3. Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.

4. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.

5. Menghina al-Quran.

6. Menghina Rasulullah s.a.w dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.

7. Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.

8. Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.

9. Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.

10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.




di ambil dari http://ustaznaim.blogspot.com/2009/05/perkara-yang-membatalkan-aqidah.html

Sunday, December 11, 2011

New Face, Yet Same Old..Same Old..

Lupa nak buat post pasal wajah baru blog aku nih. Sebelum ni merah sahaja sampai sakit mata nak tengok dan baca. So revert back to the most simple colour, black and white. Harap memudahkan pembaca nak baca.

Dan mesti ramai tertanya kenapa la header blog nih pelik semacam. Itu la asal usul lipan kat kaki. Actual picture of my x-ray. Dan nampak kan ada satu skru terjojol tuh? Hahahah. Skru tuh loosen up, and I have to undergone another surgery to remove it. Penangan banyak sangat main futsal rasanya sampai skru boleh tercabut. Hahaha.. OK, fine I know it ain't funny


Aku suka new look. Tak creative seperti aku harapkan tapi aku suka simple. Black and white.

 
p/s : Bestnya hidup kalau semuanya simple dan jelas seperti black and white. Unfortunately most of the things in our life lies in the grey area.


The Week Ahead..FYPeh~~

Next week ada presentation poster FYPeh~~. So ape ade hal? Present aje pon kan? Tapi macam mana nak present kalau result pon tak ada. Yang ada pon hanya result yang kalau aku jujur present time presentation kene tembak dengan M16 mahupun AK-49. Suma head shot. Ada baki 3 hari before present ari Rabu dan Khamis. 3 hari sahaja masa yang ada untuk cuba dapatkan result yang wajib ada dalam poster as requested by SV.

cepat abes fyp..xsabo da nih nk bako~~


FYP aku mostly kerja lab. Rasa macam jadi chemist pulak, bukan chemical engineer lagi. And to be honest, aku tak rase chemistry is fun anymore. Boooorrrriiiinnnggggg..........

So malam nih cuba baca sikit yang mungkin perlu time presentation nanti. Poster buat sikit. Dan tidur awal sebab perlu bangun awal untuk berkampung di lab Block 4.

p/s : sah-sah la result yang dapat tuh aku alter, biar nampak elok aje untuk poster, final report and technical paper.
p/s : baik tak perlu masuk lab buat result, sbb nnt tipu result juga kan? Ape pendapat korg?
p/s : tak payah nk kutuk aku tipu result, korg pon same aje. kui3..

Sunday, December 4, 2011

Anger Management


Anger - Amarah
Management - Pengurusan

Dua perkataan di atas antara perkara yang common dalam diri setiap oramg. Manusia tak lengkap tanpa amarah kerana manusia diciptakan supaya mempunyai perasaan. Tetapi tanpa pengurusan yang baik maka akan hancur musnahlah peribadi individu tersebut. Benda yang sangat mudah dan simple untuk kita dengar mahupun perkatakan, tetapi berjayakah kita praktikkan di dalam kehidupan seharian?

Hati kebelakangan ini terasa kosong. Empty.... Duduk sebentar berfikir kenapa dengan aku nih? Muhasabah diri sekejap. Nampak satu kelemahan diri, panas baran. Memang aku akui aku panas baran, tapi semenjak masuk final year semakin menjadi-jadi panas baran. Semua benda nak di marah sahaja. Kalau bergurau pun nak marah. Kalau dulu tak kisah aje bergurau. Orang bahan macam mane pun aku tetap layankan, gelak sahaja. Sebab aku tahu dengan bergurau kita merapatkan ukhuwah sesama sahabat. Tapi sekarang sangat sensitif dan terlalu mudah tersinggung. Why?



Selepas bertanya dengan si hati dan si akal, aku rasa punca makin kronik panas baran aku sebab aku pendendam. Setiap kali orang bergurau yang aku tak suka, aku tetap senyum, aku tetap gelak tapi dalam hati tercalit satu tanda amarah. Dalam minda aku imaginasikan aku maki, pukul, belasah atau apa-apa sahaja kepada individu tersebut. Dan kalau ada peluang untuk aku balas dendam, atau balas apa dia buat kat aku, aku tak kan lepaskan peluang. Bayangkan kalau 1000 kali begitu. Bayangkan setiap kali, setiap minggu, di sebut, macam mana agaknya perasaan aku? Bagaimana keadaan minda aku? Kesannya, aku mula benci kat manusia lain. Setiap kali orang bergurau perkara aku tak suka, on the spot riak muka tak boleh nak di control. Aku paling takut suatu hari nanti ada yang betul-betul aku tumbuk nanti. Ya Allah jauhkan..
Anger management aku teruk, selepas bertahun-tahun sekarang makan diri. Mental aku da tak cool and chill macam dulu. Masih ada masa mungkin untuk aku perbaiki diri. Tapi, doa sahaja aku dapat kembali ketenangan minda seperti dulu.

Sunday, November 20, 2011

Ash in The Ashes - The Mime Show

Apa mengarut Abu dalam Abu-Abu pula ni? Ada kaitan dengan Abu Raihan mahupun Abu Huzaifah ke coursemates aku?Haaa..Sebenarnya ia adalah sebuah mime show yang dijayakan oleh dua org manusia berbakat, iaitu Asyraf Nazmie (Ash) dan Asyraf Maskan (Acab). Dua orang hamba Allah nih merupakan pelajar Universiti Teknologi PETRONAS yang telah menjelajah sehingga ke Istana Budaya untuk mempersembahkan bakat mereka. Persembahan mereka yang mantap kerap kali berjaya mencuit hati. Malahn penah terpampang di dada akhbar xingt paper ape.

Apa pula mime ni sebenarnya? Main sepak-sepak bola di tepi pantai? haaaa..Sebenarnya, mime/miming ialah sebuah persembahan seni tanpa suara yang melibatkan lakonan menerusi "body motion". Miming boleh juga dikatakan sebagai "silent comedy". Walaupun ,miming masih bukan mainstream entertainment di negara kita. Tetapi apa salahnya kita mencuba sesuatu yang baru dengan hiburan yang lain dari kebiasaan kita. 

Dulu aku pun tak berminat untuk menonton Mime Show ini. Tapi bila kawan-kawan ajak untuk support event mereka, kita pon tolong support dan seterusnya menjadi antara peminat setia Acab. Acab pliz belanja ur biggest fan nih :P.

Sedikit preview untuk mereka yang tak pernah menonton Mime Show. Video di bawah merupakan preview persembahan Ash in The Ashes di UTP pada 19 & 20 February 2011 sebelum membuat persembahan di Taman Budaya Kuala Lumpur pada 12 & 13 Mac lalu. Sila klik link di bawah :

Malam ini mungkin kali terakhir dapat menonton mime show oleh Acab coursemate aku sebenarnya di UTP. Aku sudah final semester rupanya. Tak mengapalah, mari menonton The Mime Show malam ini di MPH pukul 8.30pm. Tiket RM5 sahaja.

Detail lain berkenaan Tronoh Theater Shop dan Ash in The Ashes bole usha link di bawah :
Tronoh Theater Shop
Tronoh Theater Shop Blog
Ash in The Ashes

p/s : final semester = cari keje = despair -_-"
p/s : Post selepas ini, cerita hantu V5E.

Tuesday, October 25, 2011

Tak boleh connect DC dan internet?

Ramai bertanya kenapa tak boleh nak masuk DC? Atau kadang-kadang internet pun tak boleh connect. Pakai setting suma betul dah, nbproxy, port 8080 tapi masih tak boleh. Aku pun tak berapa nak arif berkenaan dengan networking dan IP suma ni. Tapi boleh la share sedikit ilmu aku tanya dari kawan-kawan.

First berkenaan DC. Satu cara nak tahu boleh atau tak nak connect DC, sila pergi ke command prompt. Tahu tak command prompt dekat mana? -_-"

Klik start dan taip cmd. Nanti dia search dan kuar command prompt. Klik la yer. Nanti keluar windows macam nih :



Kemudian, taip ping<space>nbproxy. Akan keluar beberapa baris nombor dan huruf. Boleh baca apakah proxy untuk laptop anda.



Kalau aku salah tolong betulkan, tapi kalau tak silap walau dalam satu blok yang sama, tak semua LAN boleh connect dengan server DC. Berkaitan dengan networking stuff rasanya. Boleh try tanye budak EE untuk penjelasan :P. Sebagai contoh, untuk blok aku, 165.0.10 tak boleh masuk DC. So, terjawab sudah kenapa tak boleh masuk DC kepada yang pm aku tanya kenapa tak boleh masuk :). Untuk lain-lain blok sila tanya server anda.

2nd, berkenaan tak boleh connect internet. Seperti di atas, penjelasan kenapa berlaku atau tgh buat ape nih, jangan tanye aku. Aku just buat apa orang ajar aku :P

Sama macam di atas, pergi command prompt. Taip ipconfig<space>/release.



Lepas loading kejap, dan keluar beberapa baris, taip ipconfig<space>/renew.



Insya Allah lepas tuh boleh connect internet. Kalau tak boleh juga, buat beberapa kali. Kalau tak boleh juga, pergi STUDY..hahaha

Friday, October 21, 2011

Injured Aje Keje Ko Yer..

Moral down betul bila dengar member bising-bising ajak maen futsal. Kalau tak futsal, bola padang. -_-"
Sedih betul rasa dalam hati mengenangkan lutut kiri aku ni. Injured pulak~

Injury lama yang penah berulang sebelum ni. Tapi kali nih aku dapat rasa paling teruk sejak aku injured 5 tahun lepas. Punca injury sbb kene tackle dari belakang time foundation dulu, tahun 2007. Main petang-petang di belakang blok V1C. Last week, lutut dislocate lagi. Boleh dengar bunyi tulang berlaga tuh. Haih, sakit dia masya-Allah. Tak pernah aku menjerit sakit macam tuh kat tengah-tengah court macam orang gila. Ditambah dengan panik sebab dengar bunyi tulang dan rasa sakit dia, ingatkan kaki aku patah. Trauma kejap bila teringat kaki kanan aku patah time Form 4 dulu. Doktor cakap aku kena Anterior Cruciate Ligament (ACL). Tak buat MRI tapi based on fizikal inspection.


Cara aku dapat injury sama macam picture kat atas

Hurm...Apa la nasib injured sokmo. Sejak patah kaki Form 4, hujung Form 5 baru la aku boleh nk berlari-lari sikit. Sepak-sepak bola sikit. Masuk foundation injured lagi. Kaki kanan baru nk ok, kaki kiri pula buat hal. Memang da ditakdirkan aku tak boleh bersukan ke? 

Dari kecik memang aku tiada talent bab sukan ni, walaupun aku sangat suka sukan. Paling favourite futsal and badminton. Dari kecik selalu kene kutuk lari slow la, lumba lari dengan budak kecik pun kalah la, orang lagi gemuk lagi laju la. Bukan aku mintak fizikal aku tak power bersukan, tapi dapat badan macam nih nak buat macam mane? Memang selalu sangat jeles bila tengok member terer sport. Teringin juga nak macam dia. Tapi apekan daya...Allah dah bagi aku rezeki aku macam ni. Redha sahaja..

Selalu juga kena sound dengan member, " Tak payah main lagi la poji, kaki ko tuh da macam tuh". Hurm, bukan aku tak nak terima nasihat, tapi andai kata dia paham passion untuk bermain tu macam mana, aku yakin dia tak kan bagi aku nasihat macam tu. Time main la aku dapat rasa happy boleh gelak-gelak buat sumthing aku suka and at the same time buat aku lupakan masalah duniawi yang smenyerabutkan kepala aku. Hurm...

Lutut kiri + FYP + **** = aku serabut betol laaaaaa...

p/s: Setiap berlaku daripada Allah, dan setiap berlaku ada hikmahnya. Mungkinkah ini yang terbaik buat diriku? Hatiku memberontak tidak puas hati. Ya Allah, ampunilah dosaku, lembutkanlah hatiku yang keras ini..

Tuesday, October 18, 2011

Convofair 2011 Berlalu Pergi...


Pesta Convofair 2011 telah berakhir hujung minggu yang lalu. Walaupun banyak kritikan dan kutukan kedengaran berkumandangan di lawan sosial seperti twitter dan facebook, tetapi bangga ingin aku ucapkan tahniah kerana mereka mampu menjayakan event dengan pelbagai cabaran yang tidak di ketahui umum.

Persiapan yang kurang dari 2 bulan, fresh committee yang rata-rata masih setahun jagung dalam ber"event" dan kekangan kewangan berjaya di hadapi. Antara yang aku cemburu dengan pengurusan Convofair kali ini adalah kerana venue di Oval Park, bersebelahan tasik dan masjid. Zaman aku dulu management tak bagi. Tapi rezeki mereka mungkin, dapat tempat yang sangat strategik. Boleh dilihat dgn jelas dari jalanraya utama, dan lebih dekat dengan Chancellor Hall. Cuma sedikit terkilan kerana terdapat perkara yang boleh diperbaiki dan di elakkan berlaku sekiranya mereka refer kepada senior-senior Convofair terlebih dahulu..

Malam concert amal pula di jemput Muzzy dan Mirwana. Ramai mesti tak pernah dengar name Muzzy kan? Aku pun tak pernah dengar sebelum ini. Band nih masih lagi baru di arena muzik indie, tetapi persembahan mereka menghiburkan dan "layan". Lagu yang didengdangkan seperti Destinasiku, Satu Bintang, Ingin Sekali Aku, Kau dan Aku dan paling femes Hingga Akhir Nafasku yang merupakan ost untuk Asmara 2. Tengah sibuk mencari lagu-lagu mereka untuk download. kekeke...Artis kedua pula ialah Mirwana yang mengecewakan kerana 1st impression sudah down. Mendendangkan lagu Miley Cirus - The Time. Apa barang nyanyi lagu orang lain? Abes lagu aku trus blah.zzzz

Convofair 2011 telah berakhir. Mungkinkah masih ada lagi Convofair 2012? Aku sangat-sangat sedih kalau Convofair telah mati terkubur selepas ini. Lagi-lagi lak tahun depan convo aku. Rumours said so... -_-"

Sebagai penutup, ni lah lagu yang aku tengah layan sekarang nih. Good song indeed.enjoy..

Video Clip Muzzy - Hingga Akhir Nafasku --> http://www.youtube.com/watch?v=5NMRb5vZJKo

Muzzy - Hingga Akhir Nafasku

Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tangan mu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

Chorus:

Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Di hargai

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampai nya waktu terindah

Ulang chorus

Lagu & Lirik : muZzy & Ranizah

Monday, October 10, 2011

Oh Ability Test


Semalam berlalu sudah Ability Test (AT) oleh pihak penaja aku, PETRONAS. Apa sebenarnya AT nih? Kenapa budak-budak scholar PETRONAS sibuk-sibuk sangat pasal AT nih?

Ability Test ini merupakan saringan pertama kepada pelajar-pelajar tajaan PETRONAS yang akan menentukan sama ada mereka layak ke peringkat seterusnya, iaitu Structured Interview (SI). Sekiranya berjaya dan lulus SI, individu tersebut perlu menunggu selama 6 bulan, di mana dalam tempoh tersebut PETRONAS akan panggil untuk placement kerja. Tetapi sekiranya tiada placement, maka individu tersebut akan di release.

Soalan-soalan dalam AT nih tak susah sebenarnya. But the worst enemy here is TIME!!!
Bayangkan perlu baca passage yang sederhana panjang dalam 5-6 baris dan jawab sebanyak 30 soalan dalam masa 18 minit. Sesi kedua pula perlu menjawab 18 soalan numerical dalam masa 25 minit. Pecah kepala!!! Dan dicampur dengan stress because of time constraint memang terbaek!! Di bawah contoh soalan untuk verbal dan numerical.



Soalan dia tak susah sangat kan? Given enough time bole sahaja dijawab dengan betol. Stress betol tengok timer berdetik tapi masih banyak soalan tak terjawab lagi. In the end, soalan macam ngarut nak di fikirkan tembak saja la labu~

Some information from my friend, said she heard from PETRONAS people, but dunno if it is reliable or not.
Cut to chase, ability test tu bukan nak tengok jawapan betul ke salah, tapi consistency kite jawab soalan tu. PETRONAS hire consultant dari luar, bayar mahal-mahal sbb nak buat ability test tu, tak mungkin PETRONAS bodoh sgt nak senang-senang buang ramai budak yg top studnts kan?

Rahsianya, jawab soalan secara consistent, dalam set soalan tu, akan ada soalan yang berulang or sama concept. Kalo da jawab A untuk soalan atas tu, saolan yang bawah yang sama soalan/concept kene jwb A jugak. Sebabnya, diorg nak staff yang confident dalam buat decision. Tak nak buat double decision bila kerja nanti.

Funny because just got these tips from her today, but my AT was yesterday. -_-"
Anyway, gudluck to all my friends yang mahu kerja dengan PETRONAS. Semoga kita sama-sama berjaya. Amin....

Saturday, August 13, 2011

Bolehkah Roh Si Mati Datang Menziarahi Kita?


Baru-baru ini, ada seorang sahabat telah share sesuatu yang menarik perhatian aku. Memang sangat releven dengan aku memandangkan post aku yang lalu berkenaan Mimpi Pelik dan Air Mata. Dan alhamdulillah saudara Matin berkongsi sedikit ilmu. Trimas saudara :).


Di bawah copy paste ape yang saudara Matin share.




Soalan pertamanya berbunyi: "Bolehkah roh si mati pulang ke rumah atau melawat keluarga?"


Jawapan 1: “Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qarin. Qarin ini memang wujud, dalam al-Quran al-Karim” Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.


Jawapan 2: Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil Firman Allah maksudnya: “Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka (orang kafir) dia berkata: ” Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” (Al-Mukminun: 98-99)
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibnu Abbas Radiallahuanhu) dan Ibnu Zaid berkata tentang ayat ini: “Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”


Jawapan 3: Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Kitab Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20)


Rasulullah ada bersabda: Kubur itu sama ada satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka. (Riwayat Tirmizi). Tafsir hadis ini jelas menunjukkan mereka masih di dunia tetapi dalam keadaan sama ada bersenang-lenang ataupun sengsara. Mereka cuma terhalang oleh satu dinding sebagaimana manusia terhalang melihat jin. Berkemungkinan mereka juga boleh melihat kita sebagaimana jin melihat kita. Dalam hadis dhaif yang lainnya, apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Lauh Mahfuz memohon kepada Allah untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


Konsep dinding yang dapat dijelaskan melalui gambar rajah ini:







Gambarajah 1: Manusia tidak boleh melihat alam malaikat, alam jin dan alam kubur tetapi boleh melihat alam mimpi. Jin pula tidak dapat melihat alam kubur dan alam malaikat. Sesetengah haiwan boleh mendengar alam kubur dan sesetengah haiwan boleh melihat alam jin dan sesetengah haiwan boleh melihat alam malaikat. Dalam sesetengah keadaan, manusia boleh melihat alam malaikat dan alam jin tetapi tiada pula sumber sahih manusia dapat melihat alam kubur kecuali melalui mimpi sahaja.




Maka, jawapan sama ada boleh atau tidak boleh, ia tidak boleh dibuat hujah. Saudaraku sekalian, jika ia (roh si mati) hadir dalam bentuk terlihat oleh mata kasar kita semua, itu bukanlah roh si mati. Itulah Qarin kerana roh si mati hanya mampu melawat anak cucu dan isteri tanpa dilihat oleh ahli keluarga mereka itu kerana terdapat halangan keras bagi mereka itu iaitu dinding barzakh. Seandainya jika kita terlihat juga dengam mata kita? maka itulah qarin (menurut pandangan Dr Haron Din Al-Hafidz).




Soalan kedua: Ke mana Roh pergi selepas mati?


Pendapat yang mengatakan roh tidak boleh kembali ke dunia. Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadis




“Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ahmad, Sahih menurut Ibnu Hibban, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)




Pendapat yang mengatakan roh boleh kembali ke dunia berdasarkan sebuah hadis lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berfirman Allah Subhanahu Wa Taala:




“Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin’ (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat … (Ringkasan Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Sahih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)




Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan ayat 40 dari Surah al-A’raf. Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dituliskan namanya di dalam ‘Sijjin’ (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan firman Allah:


“Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh” (Al-A’raf: 31)


Kemudian dikembalikan kepada jasadnya,.. kemudian di datangi Malaikat.. lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Sahih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)




Kesimpulan:


Ana mengambil satu petikan hadis iaitu:


Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Ketika aku sedang berjalan bersama Rasulullah. di suatu tanah pertanian di mana beliau bertongkatkan sebatang pelepah kurma, tiba-tiba beliau lewat di hadapan beberapa orang Yahudi. Lalu mereka saling berbicara dengan yang lain: Tanyakanlah kepadanya tentang roh! Kemudian mereka berkata: Apakah yang membuat kamu sekalian bertanya kepadanya? Dia tidak akan membalas kamu sekalian dengan sesuatu yang tidak kamu sukai. Lalu sebagian mereka berkata lagi: Tanyakanlah kepadanya! Lalu sebahagian mereka datang menghampiri Rasulullah saw. untuk bertanya tentang roh. Rasulullah terdiam tidak memberikan jawaban apa pun, sehingga aku tahu beliau sedang diturunkan wahyu. Aku tetap berdiri di tempatku. Seusai wahyu turun, Rasulullah membacakan ayat (al-Israa: 84): Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kalian diberi pengetahuan melainkan sedikit. (Sahih Muslim No.5002)




Maka kesimpulan yang boleh dibuat persoalan boleh atau tidak boleh itu bukan boleh dijawab dan masih terdapat khilaf tentang persoalan ini. Maka setiap persoalan jika wujud khilaf antara ulama dan tidak ada ijtihad, maka jawapan ini terletak di antara dua bahagian. Tidak langsung menggugat aqidah. Wallahu a’lam bissawab




Pandangan Ustaz Azhar Idrus:
http://youtu.be/Dwlw0RHre5I

Monday, August 8, 2011

Mimpi Pelik dan Air Mata

Mimpi. Apa yang korang tahu tentang mimpi? Sejauh mana kebenaran mimpi kita? Apa kesan mimpi dengan diri kita?

Mimpi juga terdapat pelbagai jenis mimpi. Mimpi gembira, mimpi sedih, mimpi ngeri, mimpi seseorang rindu ? dan macam-macam lagi. Mimpi ngeri yang menerjah masuk ke dalam tidur kita kebiasaannya dikaitkan dgn mainan syaitan. Syaitan yang hasad dengki cuba menggangu anak cucu Adam.

Kadang-kadang bila kite terlalu kerap memikirkan sesuatu perkara, ia bakal muncul di dalam mimpi kita juga. Apa yang kita mahukan, apa yang kita benci, apa yang kita takuti, dan  apa-apa sahaja yang minda kita mampu fikirkan. So basically, mimpi ini hanya mainan minda sahaja. Yang menjadi sempadan kepada mimpi kita adalah batasan imaginasi manusia.

Tetapi apa kaitan mimpi dengan air mata? Kalau ia hanya sekadar mainan minda yang muncul di dalam tidur sahaja, kenapa ada reaksi dari segi fizikal selain mimpi basah :) ? Pelik bila fikirkan apa yang berlaku pagi tadi.

Tersedar dari tidur gara-gara perkara sedih yang bermain di alam mimpi. Tak tahu bagaimana boleh berlaku, termimpikan arwah abah. Walau sudah hampir 6 tahun berlalu, rasa sedih dalam diri masih melekat jauh di sudut hati. Yang pelik nya, ketika tersedar dari tidur, air mata berjurai mengalir. Hati terasa pedih dan sedih yang sangat. Seolah-olah benar-benar berjumpa dengan arwah di dalam mimpi tersebut. Termimpikan saat-saat akhir bersama dengan arwah.hurm..

Sejak akhir-akhir ini, sebenarnya banyak berita kematian bapa aku terima. Junior sekolah aku, seorang junior yang aku kenal ketika Kem Sains Mara dahulu dan terbaru pemergian ayah Farid Keroro semalam. Sebagai seorang yang telah merasa kehilangan, aku sangat faham perasaan mereka. Hilang tempat bergantung dan bermanja mesra. Secara tak sedar aku kerap juga cuba memberi sokongan moral kepada mereka, mengikut keadaan dan situasi. Kerana bila aku fikir keadaan mereka, aku rase seperti melihat diri sendiri 6 tahun lalu.

Mungkin atas faktor ini lah juga mimpi pelik pagi tadi berlaku. Sebab aku kerap memikirkan perkara yang berlaku. Dan aku yakin bukan aku seorang sahaja yang pernah mengalami mimpi seperti ini. Pesanku kepada sahabat yang senasib, banyak kan bersabar dengan dugaan yang tiba. Doakan lah kepada arwah semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..

Semangat Yang Hilang


Bangun pagi hari nih dekat tengah hari :P, duduk sebentar atas katil. Macam biasa baru lepas bangun tidur. kepala masih 'weng'. Duduk termenung sebentar, fikir balik apa la aku da buat seminggu nih? Blank~ Tiada jawapan sebab memang tak buat apa pun sepanjang 7 hari yang telah berlalu. Sigh~

Kuatkan kudrat melawan malas nak bangun untuk bergerak ke meja. Tengok tarikh di paparan laptop, 7 Ogos 2011. Wah, da seminggu rupanya berpuasa, tapi still, ape yang aku dah buat seminggu nih? Garu-garu kepala masih tak ketemu jawapan di cari-cari.

Ramadhan kali ni, terasa lain. Tak tahu apa punca dan sebab musabab. Tapi sesuatu yang pasti semangat Ramadhan tak kunjung tiba. Semangat untuk baca Al-Quran, semangat untuk solat terawikh, semangat untuk perbanyakkan amalan, semangat untuk menggantikan perkara-perkara wajib yang pernah ditinggalkan. Ya, itulah dia semangat yang hilang. Semangat Ramadhan yang hilang.

Jika tahun-tahun yang lalu, tiba bulan Ramadhan di sambut dengan azam dan semangat yang tinggi. Rajinkan diri untuk beribadat, rajinkan diri untuk melakukan aktiviti berfaedah. Terasa kemanisan beribadat kepada Allah. Kemanisan yang di cari setelah sekian lama menghilang.

Teringat ketika zaman persekolahan, di SAMURA. Sepanjang Tingkatan 4 Arif, mungkin kerana diri ini masih suci kire suci la gak senang sungguh mahu beribadat, senang juga ilmu menderu masuk ke dalam otak. Meningkat masuk ke Tingkatan 5 Arif, semakin senang dan mudah beribadah. Setiap hari selepas Asar, tak lekang Al-Quran dari tangan untuk di baca di suatu sudut di surau. Tiba bulan Ramadhan lagi hebat amalan aku.

Tapi itu semua hanya kenangan masa lalu. Perkara yang sudah berlalu sekian lama. Mungkin diri semakin tercemar dengan dunia? Kesilapan diri membiarkan diri di baham dunia durjana? Atau aku memang insan yang semakin alpa?hurm..

Ya Allah, kembalikan semula Semangat Yang Hilang itu. Aku merindui saat dan ketika aku seperti dahulu. Saat aku sangat meyakini dengan kekuasaan Mu. Saat aku sangat bergantung kepada Mu. Tetapi semakin hari semakin terhakis, semakin menghilang dari diri. Aku takut Ya Allah. Takut tibanya saat ajalku, matiku bukan sebagai Islam..

Monday, August 1, 2011

The Amazing Adventures of Durian

PART 1
Tajuk nak gempak aje kan..haha.. Siap adventures tuh..hehe :)
Sedapnyer Durian..kekeke....

Pada tanggal,  22 dan 23 July 2011 yang lalu telah diadakan Pesta Durian Bukit Gantang bertempat di Dataran Long Jaafar, hanya bersebelahan dengan Masjid Jamek Bukit Gantang. Seperti kebiasaan mcm la selalu sgt buat aku sebagai hantu durian tidak akan melepaskan peluang untuk memuaskan nafsu serakah yang telah lama terpendam menunggu tibanya musim durian..kekekeke....

Usaha mengumpulkan hantu-hantu durian UTP tak susah mana. Buat event dan invite sahaja mereka di facebook. Hasilnya satu rombongan dengan kekuatan 7 kereta telah bersedia untuk berjuang. Haha....

Kereta Sap - Sap . Ponci . Apih Micro . Zee
Kereta Deli - Deli . Yau . Aik . Mat Yo
Kereta Nipi - Nipi . Irsyad . Shebby (haha) . __(lupe lagi sekor)
Kereta Kudo - Kudo . Abu . Amin
Kereta Boye - Sofia . Mia . Syikin . Tanjong . Emy
Kereta Aos - Aos . Najat . Min . Echah
Kereta Wani - Wani . Najwa . Ana . Christine

Setelah perancangan diperincikan, tanggal 22hb July dipilih kerana antara 10.30 pagi hingga 1 tgh hari FREE!!!!!hehe..

Gambar waktu baru sampai tak sempat nak snap. Turun je kereta, mata dengan hidung meliar cari mana durian. Tak ingat lansung nk bergambar..teruk tol hantu-hantu durian nih..ish3...

Gadis-gadis durian..kekeke...

Lovey Dovey rumate dua ekor nih..kekeke

Tak nampak da org nk tangkap gambar..makan!!!
Eh? Drebar aku gembira betol dapat durian..hehe


Kelihatan peluh jantan di muka masing-masing. Panas weh~

Hantu Durian sejati. Kaki sakit tapi mulut tak sakit, kn Beliau kn? :P

Tu die Hantu Durian sejati ngap durian..hehe

Berusaha bukak durian pakai kunci. Beliau gembira sbb ada org tolong bukakan :)

Orang suma da berhenti makan, bile Wa nk berhenti nih?Syikin da termenung kat parit sbb tak larat da..haha

Cuba cari relation antara Kudo +Durian besar + Tongkat Beliau = ?

Hantu Durian UTP Club 

Hasil perjuangan kami :)

Berusaha keras bukak durian. Siap berbekas tgn tuh~~ 


PART 2
Adventure aku sebagai Hantu Durian tak terhenti di situ sahaja. Keesokan harinya, housemate yang tak dapat join trip 22hb mengajak aku untuk temankan ke Bukit Gantang lagi sekali. Atas dasar persahabatan sejati aku 'terpaksa" ikut sekali untuk temankan housemates, Azree, Pehon, dan Ijat.kekeke....

Malang tak berbau, ketibaan kami di sambut dgn berita hampa. Durian sudah habis. Perjalanan selama hampir sejam terasa sia-sia. Tapi untuk tidak menghampakan harapan masing-masing, aku ok je sbb da makan hehe, duit dihulurkan kepada pak cik jual durian yang kebetulan ada di area Pesta tersebut. Durian masih atas truck lagi. Alhamdulillah, durian kami beli lagi terbaek dan puas hati dari hari semalam. RM30 untuk berbelas biji durian. Sangat berbaloi-baloi weh~

Gembira betol mamat nih..haha

Demo teknik dan ilmu 'kekah" durian :)

Ini la muka housemate, Azree yang ajak aku pergi pagi tuh. Rezeki die dapat durian sedap hehe

Bersama Abg Haris a.k.a Pehon bersama "kekahan" kami..haha

Masyuk layan durian dgn Pehon dan Ijat


PART 3 
Sekian adventure Durian aku untuk bulan July nih. Eh? Tak abes lagi..Ada lagi final part. Finale yang paling terbaek. Rupanya UTP di bawah kelab SERUKUN telah mengajurkan Pesta Durian pada 24hb July. Hehe..Perlu ke aku cerita apa yang aku buat pada 24hb tuh? :P
Bertempat di tepi court futsal v5, adventure aku bersambung. Durian yang mungkin di ambil dari kawasan Bota lagi sedap dari yang dapat aku makan di Bukit Gantang. FREE pulak tuh. Rasa heaven giler~

Nash bersama gadis2 Jan 07

Yang lain sibuk posing, aku sibuk kekah durian..cesss..diorg ngap aje tau..haha

Ziarah group girl CJ7 makan durian..keke..tumpang makan durian lagi sikit..hehe

Nak aje aku hentak dua org nih ngan durian..kekeke

Gambar tuk finale nih tak banyak sebab tak plan nak makan sebenarnya. Selama 3 hari berturut-turut aku makan durian. Setiap hari makan sepuas hati. 2 kali dapat makan free pulak tuh. 3 hari berturut-turut juga jari-jemari aku berdarah dek penangan durian. Tapi aku tak kisah sebab aku gembira dan puas hati. Hahahahaha
At the end of the day, as a result of hatrik makan durian, aku jadi cam kucing kat bawah nih
Nak telan Durian pun da tak boleh telan..err... at least utk malam tuh je la..kekeke
p/s : all pictures credit to Ana, Najwa, Nash, Azree and Pak Cik Google :) tq