Tuesday, October 18, 2011

Convofair 2011 Berlalu Pergi...


Pesta Convofair 2011 telah berakhir hujung minggu yang lalu. Walaupun banyak kritikan dan kutukan kedengaran berkumandangan di lawan sosial seperti twitter dan facebook, tetapi bangga ingin aku ucapkan tahniah kerana mereka mampu menjayakan event dengan pelbagai cabaran yang tidak di ketahui umum.

Persiapan yang kurang dari 2 bulan, fresh committee yang rata-rata masih setahun jagung dalam ber"event" dan kekangan kewangan berjaya di hadapi. Antara yang aku cemburu dengan pengurusan Convofair kali ini adalah kerana venue di Oval Park, bersebelahan tasik dan masjid. Zaman aku dulu management tak bagi. Tapi rezeki mereka mungkin, dapat tempat yang sangat strategik. Boleh dilihat dgn jelas dari jalanraya utama, dan lebih dekat dengan Chancellor Hall. Cuma sedikit terkilan kerana terdapat perkara yang boleh diperbaiki dan di elakkan berlaku sekiranya mereka refer kepada senior-senior Convofair terlebih dahulu..

Malam concert amal pula di jemput Muzzy dan Mirwana. Ramai mesti tak pernah dengar name Muzzy kan? Aku pun tak pernah dengar sebelum ini. Band nih masih lagi baru di arena muzik indie, tetapi persembahan mereka menghiburkan dan "layan". Lagu yang didengdangkan seperti Destinasiku, Satu Bintang, Ingin Sekali Aku, Kau dan Aku dan paling femes Hingga Akhir Nafasku yang merupakan ost untuk Asmara 2. Tengah sibuk mencari lagu-lagu mereka untuk download. kekeke...Artis kedua pula ialah Mirwana yang mengecewakan kerana 1st impression sudah down. Mendendangkan lagu Miley Cirus - The Time. Apa barang nyanyi lagu orang lain? Abes lagu aku trus blah.zzzz

Convofair 2011 telah berakhir. Mungkinkah masih ada lagi Convofair 2012? Aku sangat-sangat sedih kalau Convofair telah mati terkubur selepas ini. Lagi-lagi lak tahun depan convo aku. Rumours said so... -_-"

Sebagai penutup, ni lah lagu yang aku tengah layan sekarang nih. Good song indeed.enjoy..

Video Clip Muzzy - Hingga Akhir Nafasku --> http://www.youtube.com/watch?v=5NMRb5vZJKo

Muzzy - Hingga Akhir Nafasku

Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tangan mu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

Chorus:

Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Di hargai

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampai nya waktu terindah

Ulang chorus

Lagu & Lirik : muZzy & Ranizah

2 comments:

  1. Dude...
    aq ade beli cd dia...
    album tu jual tahun depan..
    dtg bilik teman kalo nak lagu2..
    (^_^)

    ReplyDelete