Saturday, March 26, 2011

Girl vs Guy Part 1

Girl : Kami prasan kot bila guys tengok-tengok kitorg. Tengok badan kitorg. Korg tak reti hormat kami perempuan ke? Hormat la sket.

Guy: Kalo bukit bakau da terpampang depan mata, sape tak nak daki? Dari jauh lagi da cari laluan mane nk lalu utk daki. Tapi kalo bukit tuh jauh dlm tersorok, tebal dgn pokok-pokok tutup bukit, org tak brani nak dekat rase nyer. Tengok pon tak, sbb mmg tak nampak pape pon. Pokok tebal sgt.

Girl : (Korg tolong jwbkan).....

Friday, March 25, 2011

The Boy Who Stood Up

Alkisah terdapat seorg budak lelaki yang comel bulat gemuk hidup di Australia. Makhluk Allah nih mungkin bernsib malang. Sejak kecil dibuli dan dibuli dan lagi dan lagi. Sampai tiba satu hari keramat di mane segala-galanya berubah. Hati mana mampu tahan pembulian keji dari "rakan-rakan" yang constant dan malar. Akhirnya, he snaps and "IF U SMELL WHAT THE ROCK IS COOKING!!!"


Amacam? Korg tgk da video kat ats nih? Personally aku gelak kaw2 dan puas hati giler. Padan muka kepada si pembuli. Tak padan kecik tapi hati keji. Dari kecik perangai macam hantu, dah besar nnt camne? Mujur si pembuli tak mati sbb patah tengkuk ke ape. Budak gemok tuh namanyer Casey.

Video di atas nih becomes viral kat youtube baru2 nih. Femes tak femes video nih, besar tak besar impak video nih sehingga mendapat liputan meluas media barat. Banyak video susulan di youtube yang memberi kata sokongan kepada Casey si mangsa buli. Program talk show "The View" pon ada membincangkan isu buli tersebut. Siap ada interview khas dgn Casey, yang di anggap HERO because he stood up to bully.


Bila dgr cerita die, betapa lonely dia, dan betapa teruk kene buli, rase kesian kat dia. Paling teruk die kene duct taped to a post. Cuba bayangkan keji ke tak perbuatan tuh? Semoga aku, keluarga aku, dan keturunan aku di jauhi dari perbuatan2 keji tersebut. Amin...

Ni plak mcm counter story dgn cerita Casey, interview dgn si pembuli Ritcahrd Gale. But my opinion, this kid is full of shit. Sbb die tuduh kate Casey stat dulu. Dari video kat atas skali tuh, tak nmpk mcm Casey yang stat dulu kot. Well u guys view the video and comment urself. To me Gale is BS.

Thursday, March 10, 2011

In Loving Memory : Kero

Tanggal 9 Mac 2011 merupakan hari yang sepatutnye gembira buat kebanyakan student UTP sbb berpeluang pulang ke pangkuan keluarga sempena cuti mid sem. Menjadi harapan stiap ibu bapa melihat anak kebanggaan mereka pulang dgn selamat dan sihat. Menatap wajah yang mereka kasihi. Namun bagaimana perasaan mereka kalau yang pulang hanya sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa?

Khairul Hakimi a.k.a Kero
Semalam saudara Khairul Hakimi bin Ismail, pelajar Final Year 1st sem, Mechi jan07 menghembuskan nafas terakhir dalam kemalangan di Cameron, otw pulang ke kg halaman beliau di Terengganu. Arwah menaiki kenderaan bersama kawan2 same batch, Amin, Jahar, dan Beliau. Kenderaan yang di pandu saudara Amin bertembung dgn sebuah Waja yang msk line kete diorg kat kwsn bukit Cameron. Waja sdg turun bukit manakala Satria yang mereka naiki sdg daki bukit. Pertembungan kuat menyebabkan Kero y duduk di co pilot seat tersepit dan meninggal di tempat kejadian. Saudara Beliau yang duduk di blakang arwah pth peha kanan. Amin dan Jahar hanya luka ringan shj. 

Jenazah telah slamat dikebumikan harini,10 Mac 2011 di kg halaman beliau di Kg Kepong, Terengganu. Saudara Beliau pula dgr cite telah di bawa pulang ke Hospital Kuala Terengganu di smpg keluarga beliau.

Bersama housematez dan abg Faiz.
Kehilangan Kero sgt sedih dan mengejutkan. Berpeluang jadi housemate sjk 1st year hingga 3rd year, bnyk kenangan bersama arwah. Makan same2, guro same2, solat same2, maen PES same2, gado2 same2. Bilik arwah plak seblah aje bilik aku kat V4 dulu. Last jumpa arwah ms kat cafe V5, lunch same2. Tapi xbanyk berckp pon. Arwah duduk seblah aku ms lunch tuh. Last time dgr suara arwah.


Orientation Jan 07-ms baru msk UTP
Kembur2 balik album2 yang ade dalam laptop nih. Cari gambo arwah. Jumpa sket. Sedih rase tgk gambo arwah. Rase terkilan sbb xsmpt nk mntk maap atas guro senda atau tersingung perasaan arwah. Arwah seorg yang baek dan kdg2 sensitif skit. Terkilan nyer rase.....

Bersama komiti Convofair Biz 09
Berpeluang gak msk event same2 ngan arwah. Convofair 2009 arwah msk department Business Center. 

Bersama Hazwan a.k.a Beliau(tengah) menyaksikan match UTP league.
Saudara Baliau plak housemate aku utk Final year nih. Malam sblom bertolak pulang, Beliau agak nyekit gak ngan aku. Die sound2 aku. Mmg cari pasal mamat nih.huhu...Rupanyer tanda ade musibah bakal melanda sbb tuh die sound@nasht aku.

Beliau di Hospital Kuala Krai - credit to Hanifi a.k.a Beliamuda
Hanya mampu mendoakan supaya Beliau cepat sembuh akibat patah peha, dan semoga roh Kero dicucuri rahmat dan d tmptkan di kalangan org beriman. Al-Fatihah......

*Update gambo dari fb Amin.
Satria Amin remuk selepas accident

Monday, March 7, 2011

Update EPL : Liverpool 3-1 Mayoonited

Luis Suarez -  the Engineer for tonight's win
Sepanjang hari xbrape nk happy sbb nyer..haih...
Satu hari x brape nk ade mood..study lebih kurg..tdo kejap..study kejap..tungu aje la malam sbb mlm ade match yang knfm menarik Liverpool vs Man Utd.

Malam nih permainan sgt memuaskan..Entertaining match sbb stiap gerakan menyerang menarik..
banyak percubaan berbhaya..dan nk highlight kat sini tntg mamat yang gambo ade kat ats tuh..LUIS SUAREZ!!!

Stiap gerakan dan percubaan melibatkan beliau sebagai playmaker. Walaupon tugas utama sebagai penyerang beliau ttp mampu membuka pluang utk percubaan teman sepasukan. Terbukti mlm nih beliau merupakan legend baru The Kop apabila menjadi engineer dlm kesemua 3 gol yang dijaringkan Liverpool mlm nih. So fast and he had already become fan favourite. New hero revived under the no 7 shirt.
SUAREZ the man tonite.

Bukti beliau mmg hebat :
Gelek si Arnab


You'll Never Walk Alone!!

Friday, March 4, 2011

Retro Muzik Terbaek - Jiwang Omputih

Lately rase busan giler. Tak ade ke lagu yang bole menghiburkan hati. Asik lagu yang same je, mmg rase busan kaw2..so put my player on shuffle mode and play. Finally some songs yang evergreen played. Haha..So aku highlight 2 singer yang cambest dan evergreen kalo cite sal lagu jiwang omputih.

Zaman Bryan Adams muda
So perkenalkan, BRYAN ADAMS. Mamat nih femes around 90's and 80's kalo xsilap. Lagu2 die mmg kalo ko nyanyi tuk bini ko, abes cair la die. Lagu mmg lovey dovey. Lagi satu suara die mmg best. Ala2 serak basah sket. Maybe ramai xknl die kot skang nih. Ada 4 lagu die yang wajib dgr.
1. Here I Am
2. Have You Ever Really Loved A Woman
3. Everything I Do, I Do It For You
4. Please Forgive Me


Bon Jovi dgn band beliau
Sorang lagi artis rock kapak omputih yang mantap, BON JOVI. Ok, konfem ramai tau lagu It's My Life kn? Mamat nih pon zaman 80's and 90's gak. Ade bnyk lagu best gak, mendayu2 gak. So sj nk bgtau, slain It's My Life, ade lagi lagu2 best die nih. Lagu yang mendayu2 contoh nyer :
1. Thank You For Loving Me
2. Say It Isn't So
3. Always
4. I'll Be There For You
Ade lagi lagu rancak2 rock Bon Jovi, tapi bg list nih dulu kasi korg dgr dulu.Hehe...

Cari la kat youtube ke, 4shared ke, mediafire ke, mane2 korg ble dgr or donlod utk lagu2 kat atas. Siyes best lagu diorg nih. Korg xrugi n xnyesal punya la. So sile la enjoy lagu jiwang2 dari dua org singer nih. Later aku update lagu2 rock plak, yang femes time skolah menengah dulu. hehe...

Ni link tuk lagu2 diorg kat youtube. Yang lain cari sndr. hehe... Enjoy....
Bryan Adams - Everything I Do, I Do it For You
Bryan Adams - Please Forgive Me
Bon Jovi - Always
Bon Jovi - I'll Be There For You