Tuesday, June 21, 2011

Khamis bin A.Manan

Eh? Nama siapa pulak tuh? Da agak lama tak tulis nama nih. Ini la nama antara insan aku paling sayang di atas muka nih. Abah aku.

Rasanya satu-satunya gambar mak dgn abah.

Sempena Father's Day nih, banyak sangat status, twitter, and article pasal bapa. Mula-mula ok jer, tapi bila da banyak sangat aku tak boleh tahan gak rasa sedih dalam hati nih. Sayu rasa sebab semua cerita pasal ayah masing-masing. Tak ketinggalan juga insan-insan yang berkongsi perasaan sama dengan aku, mereka yang telah kehilangan insan bergelar BAPA.

Tak ada niat pon nk buat post pasal abah, sbb mesti nak banjir aje mata nih. Tapi tadi terbaca pulak status kawan aku, ayah dia datang support dia time tournament. Hahaha..Ok siyesly aku sangat jeles sebenarnya. Jeles sebab ada beberapa occasion yang aku sangat berharap abah ada sekali, untuk tengok aku, untuk bangga dengan diri aku. Tapi orang yang waras pemikiran pon tahu sesuatu yang tak mungkin berlaku, tetap tidak akan berlaku. 

Tak aku nafikan, sepanjang hayat aku, abah la orang yang paling banyak mempengaruhi aku. Yang paling banyak support aku dalam akademik. Kehilangan abah sebenarnya aku sangat terasa. Lagi aku terasa sebab tahun terakhir abah ada (2005), aku banyak buat dosa dengan abah. Tahun 2005 aku paling banyak menyusahkan abah. Paling banyak beri abah tekanan dan kejutan. Dengan accident nyer, patah kakinyer, kene operate pulak, aku kuar masuk hospital sbb kaki tuh. Abah jugak yang susah payah hantar and ambil. Tu belom campur macam mana rase susah hati abah dgn keadaan aku. 

Dalam tahun yang sama, bila abah masuk hospital, aku larikan diri tak nak jumpa abah sbb aku sedih tgk abah dalam keadaan sakit di hospital. Tapi aku lupa satu perkara, betapa abah rindu and sedih aku tak dtg jenguk abah sampai abah sebut nama aku. Aku seorang anak yang teruk dan pentingkan diri sendiri. Sampai hari ini aku tak akan maafkan diri aku sbb kebodohan aku tuh. Alhamdulillah atas teguran mak dan adik beradik aku pergi juga jenguk. Sedih tgk abah masa tuh. 

Bila abah da tiada harapan, dan doktor pon ckp abah tak lama lagi, hospital hantar abah balik ke rumah. Tinggal sebulan sahaja, tapi ahli keluarga tiada seorg pon beritahu aku. Da 2 minggu kemudian baru dapat tahu,itu pon terdengar mereka berbual. Sedihnya rase dlm hati ms tuh. Tapi lagi sedih sbb aku tak luangkan masa dgn abah sepatutnya. Aku asyik larikan diri. Tak tahu kenapa aku teruk sgt. Bila da tiada baru rasa menyesal tak sudah. 

Kali terakhir bersalam dengan abah, seminggu sebelom abah pergi sbb aku kene balik asrama. Kali pertama dan terakhir aku salam dgn abah dgn linangan air mata, dan minta maaf dgn abah. Abah maafkanlah poji. 
- Al-Fatihah-

Sekarang pon aku masih larikan diri daripada mak. Dengan konflik dalam keluarga lagi. Akak da tegur da aku sbb da buat lagi perangai. Jangan lupa, ada lagi seorang insan yang aku perlu bertanggungjawab sebelum terlambat. Ya Allah ampunkan aku, ubahkanlah perangai aku.

Pesan aku, hargai apa yang kita masih ada, jangan menyesal bila sudah tiada...