Anger - Amarah
Management - Pengurusan
Dua perkataan di atas antara perkara yang common dalam diri setiap oramg. Manusia tak lengkap tanpa amarah kerana manusia diciptakan supaya mempunyai perasaan. Tetapi tanpa pengurusan yang baik maka akan hancur musnahlah peribadi individu tersebut. Benda yang sangat mudah dan simple untuk kita dengar mahupun perkatakan, tetapi berjayakah kita praktikkan di dalam kehidupan seharian?
Hati kebelakangan ini terasa kosong. Empty.... Duduk sebentar berfikir kenapa dengan aku nih? Muhasabah diri sekejap. Nampak satu kelemahan diri, panas baran. Memang aku akui aku panas baran, tapi semenjak masuk final year semakin menjadi-jadi panas baran. Semua benda nak di marah sahaja. Kalau bergurau pun nak marah. Kalau dulu tak kisah aje bergurau. Orang bahan macam mane pun aku tetap layankan, gelak sahaja. Sebab aku tahu dengan bergurau kita merapatkan ukhuwah sesama sahabat. Tapi sekarang sangat sensitif dan terlalu mudah tersinggung. Why?
Selepas bertanya dengan si hati dan si akal, aku rasa punca makin kronik panas baran aku sebab aku pendendam. Setiap kali orang bergurau yang aku tak suka, aku tetap senyum, aku tetap gelak tapi dalam hati tercalit satu tanda amarah. Dalam minda aku imaginasikan aku maki, pukul, belasah atau apa-apa sahaja kepada individu tersebut. Dan kalau ada peluang untuk aku balas dendam, atau balas apa dia buat kat aku, aku tak kan lepaskan peluang. Bayangkan kalau 1000 kali begitu. Bayangkan setiap kali, setiap minggu, di sebut, macam mana agaknya perasaan aku? Bagaimana keadaan minda aku? Kesannya, aku mula benci kat manusia lain. Setiap kali orang bergurau perkara aku tak suka, on the spot riak muka tak boleh nak di control. Aku paling takut suatu hari nanti ada yang betul-betul aku tumbuk nanti. Ya Allah jauhkan..
Anger management aku teruk, selepas bertahun-tahun sekarang makan diri. Mental aku da tak cool and chill macam dulu. Masih ada masa mungkin untuk aku perbaiki diri. Tapi, doa sahaja aku dapat kembali ketenangan minda seperti dulu.
Bak kata Aik, jangan tension sangat nanti.......
ReplyDeletekena hati2 lepas ni kui3
ReplyDeletemarah itu mudah, sabar itu indah
ReplyDelete@wan pai : .........
ReplyDelete@yau : hehe..hati2 pasnih buat lagi..kui2
@penaberkala : untuk mengecapi keindahan bukan mudah jua..huhu