Monday, August 8, 2011

Semangat Yang Hilang


Bangun pagi hari nih dekat tengah hari :P, duduk sebentar atas katil. Macam biasa baru lepas bangun tidur. kepala masih 'weng'. Duduk termenung sebentar, fikir balik apa la aku da buat seminggu nih? Blank~ Tiada jawapan sebab memang tak buat apa pun sepanjang 7 hari yang telah berlalu. Sigh~

Kuatkan kudrat melawan malas nak bangun untuk bergerak ke meja. Tengok tarikh di paparan laptop, 7 Ogos 2011. Wah, da seminggu rupanya berpuasa, tapi still, ape yang aku dah buat seminggu nih? Garu-garu kepala masih tak ketemu jawapan di cari-cari.

Ramadhan kali ni, terasa lain. Tak tahu apa punca dan sebab musabab. Tapi sesuatu yang pasti semangat Ramadhan tak kunjung tiba. Semangat untuk baca Al-Quran, semangat untuk solat terawikh, semangat untuk perbanyakkan amalan, semangat untuk menggantikan perkara-perkara wajib yang pernah ditinggalkan. Ya, itulah dia semangat yang hilang. Semangat Ramadhan yang hilang.

Jika tahun-tahun yang lalu, tiba bulan Ramadhan di sambut dengan azam dan semangat yang tinggi. Rajinkan diri untuk beribadat, rajinkan diri untuk melakukan aktiviti berfaedah. Terasa kemanisan beribadat kepada Allah. Kemanisan yang di cari setelah sekian lama menghilang.

Teringat ketika zaman persekolahan, di SAMURA. Sepanjang Tingkatan 4 Arif, mungkin kerana diri ini masih suci kire suci la gak senang sungguh mahu beribadat, senang juga ilmu menderu masuk ke dalam otak. Meningkat masuk ke Tingkatan 5 Arif, semakin senang dan mudah beribadah. Setiap hari selepas Asar, tak lekang Al-Quran dari tangan untuk di baca di suatu sudut di surau. Tiba bulan Ramadhan lagi hebat amalan aku.

Tapi itu semua hanya kenangan masa lalu. Perkara yang sudah berlalu sekian lama. Mungkin diri semakin tercemar dengan dunia? Kesilapan diri membiarkan diri di baham dunia durjana? Atau aku memang insan yang semakin alpa?hurm..

Ya Allah, kembalikan semula Semangat Yang Hilang itu. Aku merindui saat dan ketika aku seperti dahulu. Saat aku sangat meyakini dengan kekuasaan Mu. Saat aku sangat bergantung kepada Mu. Tetapi semakin hari semakin terhakis, semakin menghilang dari diri. Aku takut Ya Allah. Takut tibanya saat ajalku, matiku bukan sebagai Islam..

2 comments:

  1. kembalikan juge semangat kuyang hilang, ya Allah.

    huhu *menghadapi kes yg sama*

    ReplyDelete
  2. haha..xsame..ko hebat..aku je ske maen2..hehe

    ReplyDelete