Di bawah copy paste ape yang saudara Matin share.
Soalan pertamanya berbunyi: "Bolehkah roh si mati pulang ke rumah atau melawat keluarga?"
Jawapan 1: “Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qarin. Qarin ini memang wujud, dalam al-Quran al-Karim” Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.
Jawapan 2: Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil Firman Allah maksudnya: “Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka (orang kafir) dia berkata: ” Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” (Al-Mukminun: 98-99)
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibnu Abbas Radiallahuanhu) dan Ibnu Zaid berkata tentang ayat ini: “Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”
Jawapan 3: Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Kitab Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20)
Rasulullah ada bersabda: Kubur itu sama ada satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka. (Riwayat Tirmizi). Tafsir hadis ini jelas menunjukkan mereka masih di dunia tetapi dalam keadaan sama ada bersenang-lenang ataupun sengsara. Mereka cuma terhalang oleh satu dinding sebagaimana manusia terhalang melihat jin. Berkemungkinan mereka juga boleh melihat kita sebagaimana jin melihat kita. Dalam hadis dhaif yang lainnya, apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Lauh Mahfuz memohon kepada Allah untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Konsep dinding yang dapat dijelaskan melalui gambar rajah ini:
Gambarajah 1: Manusia tidak boleh melihat alam malaikat, alam jin dan alam kubur tetapi boleh melihat alam mimpi. Jin pula tidak dapat melihat alam kubur dan alam malaikat. Sesetengah haiwan boleh mendengar alam kubur dan sesetengah haiwan boleh melihat alam jin dan sesetengah haiwan boleh melihat alam malaikat. Dalam sesetengah keadaan, manusia boleh melihat alam malaikat dan alam jin tetapi tiada pula sumber sahih manusia dapat melihat alam kubur kecuali melalui mimpi sahaja.
Maka, jawapan sama ada boleh atau tidak boleh, ia tidak boleh dibuat hujah. Saudaraku sekalian, jika ia (roh si mati) hadir dalam bentuk terlihat oleh mata kasar kita semua, itu bukanlah roh si mati. Itulah Qarin kerana roh si mati hanya mampu melawat anak cucu dan isteri tanpa dilihat oleh ahli keluarga mereka itu kerana terdapat halangan keras bagi mereka itu iaitu dinding barzakh. Seandainya jika kita terlihat juga dengam mata kita? maka itulah qarin (menurut pandangan Dr Haron Din Al-Hafidz).
Soalan kedua: Ke mana Roh pergi selepas mati?
Pendapat yang mengatakan roh tidak boleh kembali ke dunia. Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadis
“Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ahmad, Sahih menurut Ibnu Hibban, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Pendapat yang mengatakan roh boleh kembali ke dunia berdasarkan sebuah hadis lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berfirman Allah Subhanahu Wa Taala:
“Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin’ (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat … (Ringkasan Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Sahih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan ayat 40 dari Surah al-A’raf. Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dituliskan namanya di dalam ‘Sijjin’ (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan firman Allah:
“Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh” (Al-A’raf: 31)
Kemudian dikembalikan kepada jasadnya,.. kemudian di datangi Malaikat.. lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Sahih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Kesimpulan:
Ana mengambil satu petikan hadis iaitu:
Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Ketika aku sedang berjalan bersama Rasulullah. di suatu tanah pertanian di mana beliau bertongkatkan sebatang pelepah kurma, tiba-tiba beliau lewat di hadapan beberapa orang Yahudi. Lalu mereka saling berbicara dengan yang lain: Tanyakanlah kepadanya tentang roh! Kemudian mereka berkata: Apakah yang membuat kamu sekalian bertanya kepadanya? Dia tidak akan membalas kamu sekalian dengan sesuatu yang tidak kamu sukai. Lalu sebagian mereka berkata lagi: Tanyakanlah kepadanya! Lalu sebahagian mereka datang menghampiri Rasulullah saw. untuk bertanya tentang roh. Rasulullah terdiam tidak memberikan jawaban apa pun, sehingga aku tahu beliau sedang diturunkan wahyu. Aku tetap berdiri di tempatku. Seusai wahyu turun, Rasulullah membacakan ayat (al-Israa: 84): Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kalian diberi pengetahuan melainkan sedikit. (Sahih Muslim No.5002)
Maka kesimpulan yang boleh dibuat persoalan boleh atau tidak boleh itu bukan boleh dijawab dan masih terdapat khilaf tentang persoalan ini. Maka setiap persoalan jika wujud khilaf antara ulama dan tidak ada ijtihad, maka jawapan ini terletak di antara dua bahagian. Tidak langsung menggugat aqidah. Wallahu a’lam bissawab
Pandangan Ustaz Azhar Idrus:
http://youtu.be/Dwlw0RHre5I
thanks for sharing pojie :)
ReplyDelete