Tuesday, April 10, 2012
Communication : How Hard Can It Be?
Communication. How hard can it be? Ask yourself and give a minute to think about it.
Setiap hari, kita perlu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita. Sama ada untuk menyampaikan info, berkongsi idea, memberi arahan, mahupun menerima arahan. Semua aktiviti ini memerlukan kita untuk berkomunikasi. Tapi, sejauh manakah keberkesanan anda berkomunikasi dengan orang lain?
Sesudah tamat pengajian, kembali kepada masyarakat di luar, terasa sangat kekok. Tak tahu bagaimana hendak berkomunikasi dengan masyarakat biasa. Mungkin kerana memandang rendah atau terasa diri lebih bagus dari orang lain, aku hadapi masalah untuk bercampur dengan mereka. Memakan masa untuk adapt diri, untuk masuk dalam perbualan dan topik mereka. Ini kerana gaya dan cara komunikasi mereka berbeza. Selalunya ketandusan idea untuk berkata-kata ketika mereka rancak berbual. Bukan tiada idea, ada tapi tak sesuai dengan mereka. Pernah aku gunakan idea itu, tapi tiada respond. Sebaliknya di pandang dengan pandangan " Tau la ko budak pandai, tak yah la cakap pasal tuh/macam tuh". Di dalam hati tak berniat pun sebegitu, tapi itu yang terjadi. Dan semestinya ini bukanlah perkara yang elok. Terasa sangat sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Tapi haruslah di ingat, jangan memandang rendah mereka. Mereka punyai pengalaman hidup yang lebih banyak dan bernilai. Dan mereka mungkin mempunyai "common sense" yang lebih baik dari kita. Mereka mempunyai hati yang lebih baik dari kita, lebih mudah untuk menghulurkan bantuan tanpa ego atau angkuh.
Perkara ini perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Alhamdulillah, semakin mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Hal ini juga buatkan aku rasa lebih memahami kelemahan dan kekuatan diri.
p/s: terus sabar menanti panggilan yang di nanti-nantikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment