Monday, August 8, 2011

Mimpi Pelik dan Air Mata

Mimpi. Apa yang korang tahu tentang mimpi? Sejauh mana kebenaran mimpi kita? Apa kesan mimpi dengan diri kita?

Mimpi juga terdapat pelbagai jenis mimpi. Mimpi gembira, mimpi sedih, mimpi ngeri, mimpi seseorang rindu ? dan macam-macam lagi. Mimpi ngeri yang menerjah masuk ke dalam tidur kita kebiasaannya dikaitkan dgn mainan syaitan. Syaitan yang hasad dengki cuba menggangu anak cucu Adam.

Kadang-kadang bila kite terlalu kerap memikirkan sesuatu perkara, ia bakal muncul di dalam mimpi kita juga. Apa yang kita mahukan, apa yang kita benci, apa yang kita takuti, dan  apa-apa sahaja yang minda kita mampu fikirkan. So basically, mimpi ini hanya mainan minda sahaja. Yang menjadi sempadan kepada mimpi kita adalah batasan imaginasi manusia.

Tetapi apa kaitan mimpi dengan air mata? Kalau ia hanya sekadar mainan minda yang muncul di dalam tidur sahaja, kenapa ada reaksi dari segi fizikal selain mimpi basah :) ? Pelik bila fikirkan apa yang berlaku pagi tadi.

Tersedar dari tidur gara-gara perkara sedih yang bermain di alam mimpi. Tak tahu bagaimana boleh berlaku, termimpikan arwah abah. Walau sudah hampir 6 tahun berlalu, rasa sedih dalam diri masih melekat jauh di sudut hati. Yang pelik nya, ketika tersedar dari tidur, air mata berjurai mengalir. Hati terasa pedih dan sedih yang sangat. Seolah-olah benar-benar berjumpa dengan arwah di dalam mimpi tersebut. Termimpikan saat-saat akhir bersama dengan arwah.hurm..

Sejak akhir-akhir ini, sebenarnya banyak berita kematian bapa aku terima. Junior sekolah aku, seorang junior yang aku kenal ketika Kem Sains Mara dahulu dan terbaru pemergian ayah Farid Keroro semalam. Sebagai seorang yang telah merasa kehilangan, aku sangat faham perasaan mereka. Hilang tempat bergantung dan bermanja mesra. Secara tak sedar aku kerap juga cuba memberi sokongan moral kepada mereka, mengikut keadaan dan situasi. Kerana bila aku fikir keadaan mereka, aku rase seperti melihat diri sendiri 6 tahun lalu.

Mungkin atas faktor ini lah juga mimpi pelik pagi tadi berlaku. Sebab aku kerap memikirkan perkara yang berlaku. Dan aku yakin bukan aku seorang sahaja yang pernah mengalami mimpi seperti ini. Pesanku kepada sahabat yang senasib, banyak kan bersabar dengan dugaan yang tiba. Doakan lah kepada arwah semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..

7 comments:

  1. relek bro...

    Kalau ko nak tau, dalam banyak2 anak aruah..aruah selalu citer pasal ko.. tak abis2 citer pasal ko ngan ko punya KIMIA tu.. sampai aku boleh hafal apa ayat nak kuar dari mulut aruah kalau dia datang minum teh kat umah.. dia sayang lu lebih tu.. sayang dia macam dia belikan lu peha ayam berkilo-kilo semata-mata lu nak bersunat dulu-dulu bro...

    ReplyDelete
  2. 'Dan aku yakin bukan aku seorang sahaja yang pernah mengalami mimpi seperti ini."

    aku pun percaya benda yang sama
    ternyata ada :)

    apapun, sama-sama sedekahkan al-fatihah buat arwah
    kenang mereka dalam doa

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah..

    "Dan aku yakin bukan aku seorang sahaja yang pernah mengalami mimpi seperti ini."

    Aku setuju.. :)

    ReplyDelete
  4. setiap yang hidup pasti akan mati
    moga kita sentiasa dberi kekuatan
    Al-fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  5. aku pernah mmpi sampai berjurai air mata

    ReplyDelete
  6. mungkin mmg arwah dtg betul2. skrg kan puase. mmg ada kalanya roh2 di luth mahfuz mohon kat Allah nak jenguk anak-anak dia.

    ReplyDelete
  7. zana, haih..sebak baca..baru dapat tau camtuh rupenyer..hurmm..

    nuar + wp :hehe..kite serupa..huhu

    kak long: terimas :)

    chika: huhu..mungkin juga..die rindu kat aku kot..atau die pon tau aku rindu kat die..hehe.. :)

    ReplyDelete