Saturday, December 24, 2011

Ustaz Azhar Idrus Perlu Jaga Adab

Sebelum baca post kali ini, mungkin lebih elok kalau anda tonton dahulu video ini :
sila klik :  UAF - Azhar Idrus Perlu Jaga Adab

Summary video adalah menegur/melarang ilmuan/agamawan untuk guna bhs yang kasar/kesat walaupun di sesetengah negeri perkataan tersebut adalah perkara biasa. Walau tidak dinyatakan di tuju kepada siapa secara jelas tapi boleh di agak siapa yang di maksudkan oleh beliau.

My personal opinion:

1. Rasanya sebagai ulama, lebih baik untuk menegur isteri PM dan para menteri dan para isteri menteri yang merupakan pemimpin negara yang mengaku Islam. Tegur ape? Rasanya da jelas kot. ke nk kene cite gak ape perlu di tegur?

2. Kalau anda sebagai pendengar, anda lebih mahu dgr ceramah siapa? Seperti ustaz dalam video di atas atau  Ustaz Azhar Idrus(UAI) ? Siapa lagi bosan? Siapa lagi menarik? Siapa yang lebih berpotensi/terbukti berjaya menarik perhatian masyarakat? 

3. Cara approach Ustaz Azhar Idrus(UAI) terbukti berkesan/xbosan untuk tarik minat segenap lapisan masyarakat tua/muda. Cara/bhs kasar yang digunakan adalah untuk bagi sedar salah diri. Senang kata "headshot". Kalau kita tak buat salah, tak perlu la terasa sgt bukan? Selain itu diselit dgn gurauan supaya pendengar tertarik dan tak bosan.

4. Apa bukti approach UAI berkesan? Ramai yang berminat/ datang dari jauh untuk mendengar ceramah beliau.

5. Based on ceramah UAI di Meru, Ipoh, beliau memberi satu analogi:
Besi yang berkarat, kita gosok dengan satu lori tisu yang lembut. Mahal ke harga besi itu?
Tetapi kalau besi itu kita bakar, sudah di bakar di ketuk-ketuk dengan kuat. Mana lagi berharga?Besi yang di gosok dgn tisu atau dibakar dan kemudian diketuk-ketuk?

6. Nabi Muhammad tak pernah guna cara kasar? Boleh bukak balik sirah. Ada sahaja Nabi Muhammad tarbiah secara keras. 

7. Anda sila tambah komen anda...

Wednesday, December 21, 2011

Pre SI and CBI...Bring It On!!

Tomorrow and Friday is the day that will set where my future will be. Bring it on SI and CBI!
Untuk yang tak mengetahui, SI stand for Structured Interview and CBI stand for Competency Based Interview bukan c*b*i ok?. Kedua-duanya adalah interview wajib sekiranya mahu apply kerja dengan PETRONAS. Pelbagai bahan bacaan sebagai persediaan interview esok telah di kumpul. Tinggal nak baca sahaja. Moga segalanya berjalan lancar untuk interview esok. Ya Allah permudahkan sesi interview aku dan rakan-rakanku. Murahkan rezeki kami. 



Lately sangat negative dengan diri sendiri. Even time present poster tak yakin dengan diri tapi alhamdulillah all iz well. Insya Allah momentum positif perlu di teruskan untuk menghadapi hari yang mendatang. 



p/s: ada test SPC esok, 9.30am. 12noon SI pula. Dugaan..Nak study test lagi. Fuh~

p/s : susulan kes Luis Suarez kene ban 8 game, Mario Ballotelli's tweet : "The FA are willing to ban someone based on one persons claim, with no video evidence? In that case the whole man U squad racially abused me"

Wordless Wednesday - IMBA-est Presentation

Evaluator : Dr Lukman 
Student : Muhammad bin Harith

Monday, December 19, 2011

6 Steps To Completing Your Dissertation


Currently I am at stage "panic" and " despair" =_="

p/s: credit to Zura..dapat dari fb dia..haha..

Menanti Saat Cerai Talak 3

Hari ini sepatutnya due untuk submit dissertation/final report Final Year Project (FYP) untuk pelajar Chemical Engineering batch Jan07. Orang lain terkontang kanting berhempas pulas mengadap laptop untuk siapkan dissertation tapi aku terpaku membatu di dalam lab menunggu dapat result. Tiada result so macam mana nak buat dissertation? Few hours later dapat juga result tapi masalahnya result pula macam haroommmm paham2 sendiri la yer.


Meeting dengan SV untuk mengadu domba tapi SV pun tak boleh nak tolong. Masalah sebab aku tak reti nak menipu result experimen, so dengan jujur bertanya SV, "Macam mane nih  ma'am?". Tiada jawapan yang best untuk aku dengar. Nasihat akhir dari rakan-rakan yang berkongsi SV, " Ko nih jangan la jujur sangat". Challenge accepted! Demi memudahkan part diskusi di hujung dissertation, data yang tiada telah aku ada kan. What sorcery is this? This is what we called use your brain, and I don't give a damn.


Dissertation submit esok. Viva/final presentation pula minggu depan. Doakan aku dan rakan-rakan berjaya survive mengharungi dugaan FYP ini. Tak sabar rasanya nak lafazkan talak 3 dengan FYP. But then I'm gonna miss my student life.

Thursday, December 15, 2011

Perkara Yang Membatalkan Akidah

Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah (aqidah) dan iman terbahagi kepada tiga:

1. Iktikad.

2. Perbuatan.

3. Perkataan.

Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran. Secara ringkasnya seperti berikut:


1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.

2. Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.

3. Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.

4. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.

5. Menghina al-Quran.

6. Menghina Rasulullah s.a.w dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.

7. Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.

8. Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.

9. Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.

10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.




di ambil dari http://ustaznaim.blogspot.com/2009/05/perkara-yang-membatalkan-aqidah.html

Sunday, December 11, 2011

New Face, Yet Same Old..Same Old..

Lupa nak buat post pasal wajah baru blog aku nih. Sebelum ni merah sahaja sampai sakit mata nak tengok dan baca. So revert back to the most simple colour, black and white. Harap memudahkan pembaca nak baca.

Dan mesti ramai tertanya kenapa la header blog nih pelik semacam. Itu la asal usul lipan kat kaki. Actual picture of my x-ray. Dan nampak kan ada satu skru terjojol tuh? Hahahah. Skru tuh loosen up, and I have to undergone another surgery to remove it. Penangan banyak sangat main futsal rasanya sampai skru boleh tercabut. Hahaha.. OK, fine I know it ain't funny


Aku suka new look. Tak creative seperti aku harapkan tapi aku suka simple. Black and white.

 
p/s : Bestnya hidup kalau semuanya simple dan jelas seperti black and white. Unfortunately most of the things in our life lies in the grey area.


The Week Ahead..FYPeh~~

Next week ada presentation poster FYPeh~~. So ape ade hal? Present aje pon kan? Tapi macam mana nak present kalau result pon tak ada. Yang ada pon hanya result yang kalau aku jujur present time presentation kene tembak dengan M16 mahupun AK-49. Suma head shot. Ada baki 3 hari before present ari Rabu dan Khamis. 3 hari sahaja masa yang ada untuk cuba dapatkan result yang wajib ada dalam poster as requested by SV.

cepat abes fyp..xsabo da nih nk bako~~


FYP aku mostly kerja lab. Rasa macam jadi chemist pulak, bukan chemical engineer lagi. And to be honest, aku tak rase chemistry is fun anymore. Boooorrrriiiinnnggggg..........

So malam nih cuba baca sikit yang mungkin perlu time presentation nanti. Poster buat sikit. Dan tidur awal sebab perlu bangun awal untuk berkampung di lab Block 4.

p/s : sah-sah la result yang dapat tuh aku alter, biar nampak elok aje untuk poster, final report and technical paper.
p/s : baik tak perlu masuk lab buat result, sbb nnt tipu result juga kan? Ape pendapat korg?
p/s : tak payah nk kutuk aku tipu result, korg pon same aje. kui3..

Sunday, December 4, 2011

Anger Management


Anger - Amarah
Management - Pengurusan

Dua perkataan di atas antara perkara yang common dalam diri setiap oramg. Manusia tak lengkap tanpa amarah kerana manusia diciptakan supaya mempunyai perasaan. Tetapi tanpa pengurusan yang baik maka akan hancur musnahlah peribadi individu tersebut. Benda yang sangat mudah dan simple untuk kita dengar mahupun perkatakan, tetapi berjayakah kita praktikkan di dalam kehidupan seharian?

Hati kebelakangan ini terasa kosong. Empty.... Duduk sebentar berfikir kenapa dengan aku nih? Muhasabah diri sekejap. Nampak satu kelemahan diri, panas baran. Memang aku akui aku panas baran, tapi semenjak masuk final year semakin menjadi-jadi panas baran. Semua benda nak di marah sahaja. Kalau bergurau pun nak marah. Kalau dulu tak kisah aje bergurau. Orang bahan macam mane pun aku tetap layankan, gelak sahaja. Sebab aku tahu dengan bergurau kita merapatkan ukhuwah sesama sahabat. Tapi sekarang sangat sensitif dan terlalu mudah tersinggung. Why?



Selepas bertanya dengan si hati dan si akal, aku rasa punca makin kronik panas baran aku sebab aku pendendam. Setiap kali orang bergurau yang aku tak suka, aku tetap senyum, aku tetap gelak tapi dalam hati tercalit satu tanda amarah. Dalam minda aku imaginasikan aku maki, pukul, belasah atau apa-apa sahaja kepada individu tersebut. Dan kalau ada peluang untuk aku balas dendam, atau balas apa dia buat kat aku, aku tak kan lepaskan peluang. Bayangkan kalau 1000 kali begitu. Bayangkan setiap kali, setiap minggu, di sebut, macam mana agaknya perasaan aku? Bagaimana keadaan minda aku? Kesannya, aku mula benci kat manusia lain. Setiap kali orang bergurau perkara aku tak suka, on the spot riak muka tak boleh nak di control. Aku paling takut suatu hari nanti ada yang betul-betul aku tumbuk nanti. Ya Allah jauhkan..
Anger management aku teruk, selepas bertahun-tahun sekarang makan diri. Mental aku da tak cool and chill macam dulu. Masih ada masa mungkin untuk aku perbaiki diri. Tapi, doa sahaja aku dapat kembali ketenangan minda seperti dulu.