Saturday, August 13, 2011

Bolehkah Roh Si Mati Datang Menziarahi Kita?


Baru-baru ini, ada seorang sahabat telah share sesuatu yang menarik perhatian aku. Memang sangat releven dengan aku memandangkan post aku yang lalu berkenaan Mimpi Pelik dan Air Mata. Dan alhamdulillah saudara Matin berkongsi sedikit ilmu. Trimas saudara :).


Di bawah copy paste ape yang saudara Matin share.




Soalan pertamanya berbunyi: "Bolehkah roh si mati pulang ke rumah atau melawat keluarga?"


Jawapan 1: “Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qarin. Qarin ini memang wujud, dalam al-Quran al-Karim” Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.


Jawapan 2: Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil Firman Allah maksudnya: “Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka (orang kafir) dia berkata: ” Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” (Al-Mukminun: 98-99)
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibnu Abbas Radiallahuanhu) dan Ibnu Zaid berkata tentang ayat ini: “Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”


Jawapan 3: Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Kitab Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20)


Rasulullah ada bersabda: Kubur itu sama ada satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka. (Riwayat Tirmizi). Tafsir hadis ini jelas menunjukkan mereka masih di dunia tetapi dalam keadaan sama ada bersenang-lenang ataupun sengsara. Mereka cuma terhalang oleh satu dinding sebagaimana manusia terhalang melihat jin. Berkemungkinan mereka juga boleh melihat kita sebagaimana jin melihat kita. Dalam hadis dhaif yang lainnya, apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Lauh Mahfuz memohon kepada Allah untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


Konsep dinding yang dapat dijelaskan melalui gambar rajah ini:







Gambarajah 1: Manusia tidak boleh melihat alam malaikat, alam jin dan alam kubur tetapi boleh melihat alam mimpi. Jin pula tidak dapat melihat alam kubur dan alam malaikat. Sesetengah haiwan boleh mendengar alam kubur dan sesetengah haiwan boleh melihat alam jin dan sesetengah haiwan boleh melihat alam malaikat. Dalam sesetengah keadaan, manusia boleh melihat alam malaikat dan alam jin tetapi tiada pula sumber sahih manusia dapat melihat alam kubur kecuali melalui mimpi sahaja.




Maka, jawapan sama ada boleh atau tidak boleh, ia tidak boleh dibuat hujah. Saudaraku sekalian, jika ia (roh si mati) hadir dalam bentuk terlihat oleh mata kasar kita semua, itu bukanlah roh si mati. Itulah Qarin kerana roh si mati hanya mampu melawat anak cucu dan isteri tanpa dilihat oleh ahli keluarga mereka itu kerana terdapat halangan keras bagi mereka itu iaitu dinding barzakh. Seandainya jika kita terlihat juga dengam mata kita? maka itulah qarin (menurut pandangan Dr Haron Din Al-Hafidz).




Soalan kedua: Ke mana Roh pergi selepas mati?


Pendapat yang mengatakan roh tidak boleh kembali ke dunia. Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadis




“Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ahmad, Sahih menurut Ibnu Hibban, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)




Pendapat yang mengatakan roh boleh kembali ke dunia berdasarkan sebuah hadis lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berfirman Allah Subhanahu Wa Taala:




“Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin’ (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat … (Ringkasan Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Sahih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)




Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan ayat 40 dari Surah al-A’raf. Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dituliskan namanya di dalam ‘Sijjin’ (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan firman Allah:


“Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh” (Al-A’raf: 31)


Kemudian dikembalikan kepada jasadnya,.. kemudian di datangi Malaikat.. lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Sahih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)




Kesimpulan:


Ana mengambil satu petikan hadis iaitu:


Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Ketika aku sedang berjalan bersama Rasulullah. di suatu tanah pertanian di mana beliau bertongkatkan sebatang pelepah kurma, tiba-tiba beliau lewat di hadapan beberapa orang Yahudi. Lalu mereka saling berbicara dengan yang lain: Tanyakanlah kepadanya tentang roh! Kemudian mereka berkata: Apakah yang membuat kamu sekalian bertanya kepadanya? Dia tidak akan membalas kamu sekalian dengan sesuatu yang tidak kamu sukai. Lalu sebagian mereka berkata lagi: Tanyakanlah kepadanya! Lalu sebahagian mereka datang menghampiri Rasulullah saw. untuk bertanya tentang roh. Rasulullah terdiam tidak memberikan jawaban apa pun, sehingga aku tahu beliau sedang diturunkan wahyu. Aku tetap berdiri di tempatku. Seusai wahyu turun, Rasulullah membacakan ayat (al-Israa: 84): Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kalian diberi pengetahuan melainkan sedikit. (Sahih Muslim No.5002)




Maka kesimpulan yang boleh dibuat persoalan boleh atau tidak boleh itu bukan boleh dijawab dan masih terdapat khilaf tentang persoalan ini. Maka setiap persoalan jika wujud khilaf antara ulama dan tidak ada ijtihad, maka jawapan ini terletak di antara dua bahagian. Tidak langsung menggugat aqidah. Wallahu a’lam bissawab




Pandangan Ustaz Azhar Idrus:
http://youtu.be/Dwlw0RHre5I

Monday, August 8, 2011

Mimpi Pelik dan Air Mata

Mimpi. Apa yang korang tahu tentang mimpi? Sejauh mana kebenaran mimpi kita? Apa kesan mimpi dengan diri kita?

Mimpi juga terdapat pelbagai jenis mimpi. Mimpi gembira, mimpi sedih, mimpi ngeri, mimpi seseorang rindu ? dan macam-macam lagi. Mimpi ngeri yang menerjah masuk ke dalam tidur kita kebiasaannya dikaitkan dgn mainan syaitan. Syaitan yang hasad dengki cuba menggangu anak cucu Adam.

Kadang-kadang bila kite terlalu kerap memikirkan sesuatu perkara, ia bakal muncul di dalam mimpi kita juga. Apa yang kita mahukan, apa yang kita benci, apa yang kita takuti, dan  apa-apa sahaja yang minda kita mampu fikirkan. So basically, mimpi ini hanya mainan minda sahaja. Yang menjadi sempadan kepada mimpi kita adalah batasan imaginasi manusia.

Tetapi apa kaitan mimpi dengan air mata? Kalau ia hanya sekadar mainan minda yang muncul di dalam tidur sahaja, kenapa ada reaksi dari segi fizikal selain mimpi basah :) ? Pelik bila fikirkan apa yang berlaku pagi tadi.

Tersedar dari tidur gara-gara perkara sedih yang bermain di alam mimpi. Tak tahu bagaimana boleh berlaku, termimpikan arwah abah. Walau sudah hampir 6 tahun berlalu, rasa sedih dalam diri masih melekat jauh di sudut hati. Yang pelik nya, ketika tersedar dari tidur, air mata berjurai mengalir. Hati terasa pedih dan sedih yang sangat. Seolah-olah benar-benar berjumpa dengan arwah di dalam mimpi tersebut. Termimpikan saat-saat akhir bersama dengan arwah.hurm..

Sejak akhir-akhir ini, sebenarnya banyak berita kematian bapa aku terima. Junior sekolah aku, seorang junior yang aku kenal ketika Kem Sains Mara dahulu dan terbaru pemergian ayah Farid Keroro semalam. Sebagai seorang yang telah merasa kehilangan, aku sangat faham perasaan mereka. Hilang tempat bergantung dan bermanja mesra. Secara tak sedar aku kerap juga cuba memberi sokongan moral kepada mereka, mengikut keadaan dan situasi. Kerana bila aku fikir keadaan mereka, aku rase seperti melihat diri sendiri 6 tahun lalu.

Mungkin atas faktor ini lah juga mimpi pelik pagi tadi berlaku. Sebab aku kerap memikirkan perkara yang berlaku. Dan aku yakin bukan aku seorang sahaja yang pernah mengalami mimpi seperti ini. Pesanku kepada sahabat yang senasib, banyak kan bersabar dengan dugaan yang tiba. Doakan lah kepada arwah semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..

Semangat Yang Hilang


Bangun pagi hari nih dekat tengah hari :P, duduk sebentar atas katil. Macam biasa baru lepas bangun tidur. kepala masih 'weng'. Duduk termenung sebentar, fikir balik apa la aku da buat seminggu nih? Blank~ Tiada jawapan sebab memang tak buat apa pun sepanjang 7 hari yang telah berlalu. Sigh~

Kuatkan kudrat melawan malas nak bangun untuk bergerak ke meja. Tengok tarikh di paparan laptop, 7 Ogos 2011. Wah, da seminggu rupanya berpuasa, tapi still, ape yang aku dah buat seminggu nih? Garu-garu kepala masih tak ketemu jawapan di cari-cari.

Ramadhan kali ni, terasa lain. Tak tahu apa punca dan sebab musabab. Tapi sesuatu yang pasti semangat Ramadhan tak kunjung tiba. Semangat untuk baca Al-Quran, semangat untuk solat terawikh, semangat untuk perbanyakkan amalan, semangat untuk menggantikan perkara-perkara wajib yang pernah ditinggalkan. Ya, itulah dia semangat yang hilang. Semangat Ramadhan yang hilang.

Jika tahun-tahun yang lalu, tiba bulan Ramadhan di sambut dengan azam dan semangat yang tinggi. Rajinkan diri untuk beribadat, rajinkan diri untuk melakukan aktiviti berfaedah. Terasa kemanisan beribadat kepada Allah. Kemanisan yang di cari setelah sekian lama menghilang.

Teringat ketika zaman persekolahan, di SAMURA. Sepanjang Tingkatan 4 Arif, mungkin kerana diri ini masih suci kire suci la gak senang sungguh mahu beribadat, senang juga ilmu menderu masuk ke dalam otak. Meningkat masuk ke Tingkatan 5 Arif, semakin senang dan mudah beribadah. Setiap hari selepas Asar, tak lekang Al-Quran dari tangan untuk di baca di suatu sudut di surau. Tiba bulan Ramadhan lagi hebat amalan aku.

Tapi itu semua hanya kenangan masa lalu. Perkara yang sudah berlalu sekian lama. Mungkin diri semakin tercemar dengan dunia? Kesilapan diri membiarkan diri di baham dunia durjana? Atau aku memang insan yang semakin alpa?hurm..

Ya Allah, kembalikan semula Semangat Yang Hilang itu. Aku merindui saat dan ketika aku seperti dahulu. Saat aku sangat meyakini dengan kekuasaan Mu. Saat aku sangat bergantung kepada Mu. Tetapi semakin hari semakin terhakis, semakin menghilang dari diri. Aku takut Ya Allah. Takut tibanya saat ajalku, matiku bukan sebagai Islam..

Monday, August 1, 2011

The Amazing Adventures of Durian

PART 1
Tajuk nak gempak aje kan..haha.. Siap adventures tuh..hehe :)
Sedapnyer Durian..kekeke....

Pada tanggal,  22 dan 23 July 2011 yang lalu telah diadakan Pesta Durian Bukit Gantang bertempat di Dataran Long Jaafar, hanya bersebelahan dengan Masjid Jamek Bukit Gantang. Seperti kebiasaan mcm la selalu sgt buat aku sebagai hantu durian tidak akan melepaskan peluang untuk memuaskan nafsu serakah yang telah lama terpendam menunggu tibanya musim durian..kekekeke....

Usaha mengumpulkan hantu-hantu durian UTP tak susah mana. Buat event dan invite sahaja mereka di facebook. Hasilnya satu rombongan dengan kekuatan 7 kereta telah bersedia untuk berjuang. Haha....

Kereta Sap - Sap . Ponci . Apih Micro . Zee
Kereta Deli - Deli . Yau . Aik . Mat Yo
Kereta Nipi - Nipi . Irsyad . Shebby (haha) . __(lupe lagi sekor)
Kereta Kudo - Kudo . Abu . Amin
Kereta Boye - Sofia . Mia . Syikin . Tanjong . Emy
Kereta Aos - Aos . Najat . Min . Echah
Kereta Wani - Wani . Najwa . Ana . Christine

Setelah perancangan diperincikan, tanggal 22hb July dipilih kerana antara 10.30 pagi hingga 1 tgh hari FREE!!!!!hehe..

Gambar waktu baru sampai tak sempat nak snap. Turun je kereta, mata dengan hidung meliar cari mana durian. Tak ingat lansung nk bergambar..teruk tol hantu-hantu durian nih..ish3...

Gadis-gadis durian..kekeke...

Lovey Dovey rumate dua ekor nih..kekeke

Tak nampak da org nk tangkap gambar..makan!!!
Eh? Drebar aku gembira betol dapat durian..hehe


Kelihatan peluh jantan di muka masing-masing. Panas weh~

Hantu Durian sejati. Kaki sakit tapi mulut tak sakit, kn Beliau kn? :P

Tu die Hantu Durian sejati ngap durian..hehe

Berusaha bukak durian pakai kunci. Beliau gembira sbb ada org tolong bukakan :)

Orang suma da berhenti makan, bile Wa nk berhenti nih?Syikin da termenung kat parit sbb tak larat da..haha

Cuba cari relation antara Kudo +Durian besar + Tongkat Beliau = ?

Hantu Durian UTP Club 

Hasil perjuangan kami :)

Berusaha keras bukak durian. Siap berbekas tgn tuh~~ 


PART 2
Adventure aku sebagai Hantu Durian tak terhenti di situ sahaja. Keesokan harinya, housemate yang tak dapat join trip 22hb mengajak aku untuk temankan ke Bukit Gantang lagi sekali. Atas dasar persahabatan sejati aku 'terpaksa" ikut sekali untuk temankan housemates, Azree, Pehon, dan Ijat.kekeke....

Malang tak berbau, ketibaan kami di sambut dgn berita hampa. Durian sudah habis. Perjalanan selama hampir sejam terasa sia-sia. Tapi untuk tidak menghampakan harapan masing-masing, aku ok je sbb da makan hehe, duit dihulurkan kepada pak cik jual durian yang kebetulan ada di area Pesta tersebut. Durian masih atas truck lagi. Alhamdulillah, durian kami beli lagi terbaek dan puas hati dari hari semalam. RM30 untuk berbelas biji durian. Sangat berbaloi-baloi weh~

Gembira betol mamat nih..haha

Demo teknik dan ilmu 'kekah" durian :)

Ini la muka housemate, Azree yang ajak aku pergi pagi tuh. Rezeki die dapat durian sedap hehe

Bersama Abg Haris a.k.a Pehon bersama "kekahan" kami..haha

Masyuk layan durian dgn Pehon dan Ijat


PART 3 
Sekian adventure Durian aku untuk bulan July nih. Eh? Tak abes lagi..Ada lagi final part. Finale yang paling terbaek. Rupanya UTP di bawah kelab SERUKUN telah mengajurkan Pesta Durian pada 24hb July. Hehe..Perlu ke aku cerita apa yang aku buat pada 24hb tuh? :P
Bertempat di tepi court futsal v5, adventure aku bersambung. Durian yang mungkin di ambil dari kawasan Bota lagi sedap dari yang dapat aku makan di Bukit Gantang. FREE pulak tuh. Rasa heaven giler~

Nash bersama gadis2 Jan 07

Yang lain sibuk posing, aku sibuk kekah durian..cesss..diorg ngap aje tau..haha

Ziarah group girl CJ7 makan durian..keke..tumpang makan durian lagi sikit..hehe

Nak aje aku hentak dua org nih ngan durian..kekeke

Gambar tuk finale nih tak banyak sebab tak plan nak makan sebenarnya. Selama 3 hari berturut-turut aku makan durian. Setiap hari makan sepuas hati. 2 kali dapat makan free pulak tuh. 3 hari berturut-turut juga jari-jemari aku berdarah dek penangan durian. Tapi aku tak kisah sebab aku gembira dan puas hati. Hahahahaha
At the end of the day, as a result of hatrik makan durian, aku jadi cam kucing kat bawah nih
Nak telan Durian pun da tak boleh telan..err... at least utk malam tuh je la..kekeke
p/s : all pictures credit to Ana, Najwa, Nash, Azree and Pak Cik Google :) tq