Tuesday, April 19, 2011

Pesta Durian - Mandi Sungai - Mee Udang Banjir

Senyum DURIAN

Alhamdulillah, pada tanggal 9hb July yang lepas, serombongan 4 buah kereta dari UTP, terdiri daripada 16 orang telah bertolak ke Hentian Sebelah Bukit Gantang arah utara. Tujuan utama xpdc kami adalah kerana mahu melampiaskan nafsu serakah dgn membaham durian sepuas hati. Sebenarnya ada Pesta Durian anjuran PLUS di hentian sebelah tersebut. Bole refer post saya yang lalu pasal Pesta Durian di sini.

RM9.90 = Eat All You Can..durian wooo
Durian yang bakal jadi kulit durian shj
Muka gembira dapat jmp durian
Perjalanan bermula lebih kurang 1 tgh hari, sbb kene tunggu talk dari MARA habis. Selepas suma lunch, tanpa lengahkan masa KITE BAKOR jer..haha..mksd saya bertolak ke Bukit Gantang. Perjalanan yang memakan masa 1jam lebih tak terasa dek kerana kemahuan terhadap durian yang membuak-buak..haha

Muka-muka sangap durian
Arai yang sgt gembira. Tgk muke da tau.haha
Owner kamera nk gak posing dgn durian
Naim dgn moh bersama durian terakhir kami. Kuning siot!!
Setiba kat Hentian Sebelah Bukit Gantang, bau durian sudah menusuk hidung. Nasib baek ingt lagi nk solat zohor. kalo ikut nafsu da lame terkam aje durian yang ade kat situ.ehes.....

Betapa gembira nyer aku dapat durian

Durian..Durian..Durian..

 Aku estimate, ada la dalam 20 dulang lebih gak durian kitorg tibai. memang puas hati giler. Da puas makan durian cam bese, posing la dulu beb..

Jejaka-jejaka Durian
Orang kate makan durian nih buat badan panas. So solution utk badan panas yang plg senang, mandi sungai..haha..sejuk giler beb... Sungai nih kat area Taiping. Dekat tepi rumah org aje sebenarnyer.

Bermanja di dalam air
Kami sejuk~~
Sebelum balik posing dulu..ehes..
Freestyle..haha..ape Cha ngan aku buat tuh?
Sebelom bertolak pulang ke UTP, kene isi perut dulu. Alang-alang singah kejap kat Mee Udang Banjir Taiping. Harga sepinggan vary between RM8 -RM12. In my opinion, not worth it dgn harga. Dgn service pelayan yang sgt bodo, not recomment to come here.

Wafi bile kenyang.haha
Nasib baek ade akak kaunter yang manis :P
Overall, wikend nih sgt best dan seronok. Dapat makan durian yang da lama di impikan, dapat mandi sungai yang best, dapat mkn kenyang-kenyang. Kat sungai tuh ade port yang sgt dalam dan best terjun, tapi xd gamba sbb nk [ergi ke situ ssh. Takut nk bwk kamera. Papehal pon sy puas hati dapat DURIAN!!~~~~

Friday, April 15, 2011

Budak Oh Budak : Kisah 1 dan Kisah 2

Kisah 1: Sewaktu jadi fasi tuk kanak-kanak di PASTI, kami ditugaskn utk terangkan cara-cara solat

Aku : Tau tak tertib tuh ape?
Budak : Tak tahu.
Aku : Tertib nih maksudnya berterusan di antara rukun dgn rukun dalam solat tanpa diselangi perkara lain. Contohnya adik angkat takbir, lepas takbir adik g main game kejap lepas tuh baru sambung baca Al-Fatihah. Tak boleh camtuh. Patutnya baca Al-Fatihah terus.
Budak : oooooo
Aku : Paham tak?
Budak : Paham.
Aku : Cuba terangkan balik, Abg nk dgr.
Budak : Time solat tak boleh main game.
Aku : zzzzzzzz ( di susuli gelak yang sgt kuat dari aku)


Kisah 2 : Suatu petang di court futsal V5. Aku di datangi seorang budak kecik dalam darjah 3 atau 4.

Budak : Abg, diorg main futsal nih tak main corner ke?
Aku : Ouh, kalau main petang-petang camnih kitorg main biasa-biasa jer.Tak main corner.
Budak : Ouh kalau camtuh, kalau diorg main time malam diorg maen corner la ae?
Aku : zzzzzzzz ( di susuli gelak yang sgt kuat dari aku)


Aku nih memang tak boleh mengajar budak-budak rasanya. Tak reti and tak tau cane nk terangkan kat diorg. Setiap apa aku explain diorg akan paham lain. Atau adakah mereka sj nk troll aku?
Nanti da ada anak cane la nk terangkan kat anak-anak aku nnt. Aku bakal kene troll ngan diorg jugak ke?haha..
Tetibe teringat arwah abah. Rindu abah. Al-Fatihah....

Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak

Arini aku kene tag dgn friend kat FB. Mula-mula malas nk baca, tapi tergerak nk baca sbb ade kaitan dgn diri aku. Credit to Nurul Jannah sbb tag aku.tq

Apa yang di nyatakan kat bawah nih significant sgt dgn diri aku. Tiap kali nk solat mesti lewat-lewatkan waktu. Tak tau nape, tapi mst malas kaw2. Stiap kali pas solat psg niat nk solat awal waktu pasnih, but things always as it is. Sama-sama kita doa dan berusaha utk perbaiki kelemahan diri kita. Insya Allah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allahuakhbar, Allahuakhbar
Allahuakhbar, Allahuakhbar

Subuhnya
dimana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan 
kehausan dan rehatku 
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih denga secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhanku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku de depan Tuhanku

kini aku tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang


Saturday, April 2, 2011

Lipat dalam Lipatan - Episod : Durian Oh Durian~~

Durian Oh Durian
Macam biasa, wikend amat-amat jarang skali untuk produktif. Takde output pon arini. Macam mane nk ade kalo da mlm tadi maen futsal kat Menglembu, smpi UTP pon da kol 5 pagi. Bangun tdo plak tak nak tgh hari plak kn? Di campur dgn mslh kat kaki kanan, sakit semakin menjadi-jadi plak 2-3 hari nh. Too much futsal I guess. Setiap hari, setiap ptg n even ade ptg+mlm maen futsal. Ptt la injured kot. kene cari tukang urut camnih..haih~~

Ptg tadi sbb pnt sgt n skt kat kaki, aku tdo kejap. Bgn tdo dkt2 maghrib, bukk FB kejap. Tunggu masuk waktu. Tetibe aku ternmpk satu status kat FB yang sgt membuat aku tensen.

Nama pemilik Fb dirahsiakan. Lupe nk cencored nama kawan2 beliau plak.

Why? Why? Why? Why korg pergi tak ajak aku? Why??????Make gu~~haha..
Penat aku buat promotion sepanjang mingu lepas dan mingu nih, ajak kawan-kawan sape yang free and sanggup nk pergi Bukit Gantang demi membaham durian kat pesta Durian RnR bukit Gantang. Nak pergi sndr jauh. Pastu tak best kalo pergi sorg aje. Tapi....
Korg pergi tanpa kelibat aku. Tinggalkan aku di UTP dan kemudian update status kat FB plak tuh. Why??Durian...Oh durian.....

Bukti aku buat promotion. Profile pic pon gambo durian tuh.
Sebenarnya stiap tahun mmg ade promotion kat RnR Bukit Gantang. Bermula dari 2007 dan sehingga tahun nih Pesta Durian akan berlangsung di RnR tersebut stiap tahun bile menjelang musim durian. Dgn bayaran RM9.90, EAT ALL YOU CAN!!!!!
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM9_90untuknikmatiduriandiHentianBukitGantang/Article

Before nih penah plan nk pergi, tapi salah tarikh. Pesta Durian da abes baru kitorg plan nk pergi bersama Komiti Convofair 2009. Tahun nih peluang terakhir utk makan durian Bukit Gantang sebelum menamatkan pengajian di UTP, insya Allah..Aku nak makan DURIAN!!!! Pliz sape-sape yang hantu durian cam aku, jom la pergi Pesta Durian nih weh..isk3..last chance nih..da grad ssh nk kumpul2 ramai2 mkn durian same2..isk3

p/s kepada pemilik FB dan kwn2 beliau : kawe xngaku saing doh male nih..tobat kawe keno lipak dgn sek mu..sedey parok. kecewa sero :P-->kidding :)