Sunday, February 19, 2012

Penantian Satu Penyeksaan?

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir buat semester terakhir yang lalu telah keluar. Malangnya terdapat pelbagai masalah dan rintangan terpaksa aku hadapi semata-mata untuk view result aku. Mungkin staff di finance kene amnesia atau mata kerabunan terlampau sehingga saman aku yang telah clear masih ada dalam blacklist mereka. Mujur aku di beri kemudahan telekomukasi iaitu telefon bimbit untuk menghubungi senior manager Security Department. Macam biasa, petik nama orang-orang atas maka akan setellah masalah remeh temeh tersebut.

At the end, berjaya juga nak view. Result pun alhamdulillah mencapai target. Tak terlalu tinggi tapi cukup-cukup makan. Walau apapun aku cukup bersyukur. Tu la, sapa suruh main-main dulu kan? Tanggung la sendiri. Sejurus boleh view result, terus report duty kepada PETRONAS. Insya Allah, bermula penantian lagi perit dan menyeksakan. Berapa lama nak tunggu untuk placement? Terdengar khabar ada yang sudah dapat di Kerteh buatkan aku semakin teringin untuk dapatkan placement juga. Walau apapun, rezeki di tangan Allah. Semoga aku dikurniakan rezeki untuk dapat kerja cepat. Amin..


Terasa gembira bercampur duka. Gembira kerana result alhamdulillah. Duka kerana selepas ini tiada lagi debaran menanti saat result keluar. Tiada lagi stress dan study group sebelom peperiksaan. Yang ada hanya jalan yang masih tak tentu. Menanti kerja memanggil aku.

No comments:

Post a Comment