Alhamdulillah berakhir sudah Program Sharing Moment bersama pelajar TIngkatan 4 SAMURA yang berlangsung pada 11 February 2012. Seperti mana nama program, pihak Alumni SAMURA telah berjaya mengumpulkan seramai 26 orang fasilitator untuk berkongsi pengalaman, cerita suka dan duka sepanjang 2 tahun menimba ilmu di bumi bertuah ini bersama-sama pelajar tingkatan 4 yang baru sahaja 12 hari bergelar pelajar SAMURA.
|
Antara muka-muka pelajar Form 4 |
Pertama kali menyertai program ini, terasa diri agak kekok untuk bercampur dengan kakak dan abang senior serta adik-adik yang sama-sama berkumpul sebagai fasilitator. Namun sedikit sahaja masa diperlukan untuk beramah mesra. Mungkin kerana background yang sama memudahkan kami untuk bercampur dan seterusnya menjalinkan persahabatan baru.
|
Sesi Ice Breaking Fasilitator lelaki. Pelbagai topik dibincangkan. |
Kekurangan pengalaman sebagai fasilitator sedikit membataskan cara penyampaian sewaktu latihan dalam kumpulan (LDK). Alhamdulillah dengan adanya partner yang sporting seperti Buyak dan Najib Niosk telah berjaya menjadikan sesi ice breaking dan sharing lebih menarik dan menghiburkan. Kehadiran gadis-gadis comel menjadikan abang-abang fasi lebih bersemangat untuk bercakap dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Hehe..
|
Barisan Fasilitator bersama-sama Pengatua, Tuan Haji Samian Sawiyo |
Untuk mengenang jasa kami sebagai fasilitator, pihak sekolah telah menjemput kami untuk menjadi tetamu kehormat sempena Majlis Makan Beradab (High Table). Makanan yang sangat enak serta layanan 5 star oleh Biro Makanan (BMak) membuatkan kami lebih berselera. Tak lupa juga kepada adik comel yang menjadi pelayan kami. Diyakini adik ini mimpi indah dan tersenyum riang tanpa henti apabila dihamburkan dengan segunung pujian dari Helman, Fendi, Malek dan Buyak.
Aku jugak yang baik sbb senyap aje :P
|
Helman being served like a boss |
|
Kurma kambing dia terbaek bro.. |
|
Tak sabar nak makan.hehe |
|
Kalau kata adik aku pon orang percaya kn? |
Kembali ke sekolah telah membuatkan aku terkenang pelbagai kenangan manis dan pahit yang pernah aku harungi. Seronok kerana dapat menambah kenalan baru dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik. Insya Allah ada kudrat dan kesempatan akan join lagi di masa akan datang.
|
4 Generasi Bestari Dua. Bersama Pengatua. |