Thursday, January 19, 2012

What I've Learn

Semalam bertolak pulang dari UTP. Sepanjang 5 tahun bermukim di Tronoh, berpuluh kali, mungkin juga beratus kali aku lalu melepasi gate UTP yang tersergam megah dengan signboard dan logo UTP tuh. Tapi semalam tatkala aku melalui gate UTP, terasa perasaan yang sangat berbeza di dalam hati. Aku tahu itu mungkin kali terakhir aku melangkah pergi dari UTP. Kalau ada rezeki mungkin convocation nanti, tapi itu pun tak pasti lagi aku akan kembali ke UTP.

Terlalu banyak kenangan indah dan pahit tercipta. Banyak yang aku belajar. Selain dari ilmu kejuruteraan kimia yang sarat dengan math dan theory, ilmu kehidupan juga banyak menyerap ke dalam diri. Dari seorang yang nerd, aku belajar untuk berkawan dengan pelbagai jenis manusia. Belajar bersahabat, menghargai dan di hargai. Belajar membantu yang memerlukan dan belajar merendah diri untuk meminta bantuan ketika perlu. Bertambah juga sedikit ilmu agama dengan bantuan senior dan rakan-rakan yang sanggup berkongsi ilmu agama dengan aku.

Antara perkara paling aku suka adalah Convofair 2008, 2009 dan Titian Budi 2009. Jujurnya aku memang sangat suka event. Dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru. Menambah kenalan, menambah kenangan bersama. Dan paling penting pengalaman bila berurusan dengan manusia yang bukan dalam circle of friends kita. Di sini la aku belajar bagaimana nak bercakap dengan orang yang lebih tua untuk urusan rasmi, bagaimana nak manipulate keadaan, belajar serba sedikit berkenaan politik kerja. *politik ini luas, bukan sekadar politik kepartian sahaja


5 Tahun yang berlalu telah membentuk diri aku seperti hari ini. Mengubah gaya pemikiran aku, mengubah cara pembawaan diri aku. Tetapi semua perubahan ini, adakah cukup sebagai persediaan aku untuk menghadapi dunia sebenar? Menghadapi dunia pekerjaan? Dan seterusnya untuk hidup berkeluarga? I doubt it. Tapi life goes on. By hook or by crook aku akan tempuhi semuanya.

6 comments:

  1. All The Best Bro for the nest stage of life
    i know u can do it well (^_^)

    ReplyDelete
  2. meninggalkan kenangan ke meninggalkan secret admire? :D

    ReplyDelete
  3. till we meet again :)

    thanks for bearing with me patiently~~~~

    ReplyDelete
  4. nash : insya Allah ..tq..same goes to u
    ara : trimas ara..ko pon study lek lok..aku da grad..sila join aku grad nnt :P
    husen : thanx bro~
    chika : haha..kenangan la..secret admire ne ade :P :P :P :P
    izati : same r..thanx sbb sabar dgn aku gak..dari 2nd year same grup..ahahah :P

    ReplyDelete