Terlalu banyak kenangan indah dan pahit tercipta. Banyak yang aku belajar. Selain dari ilmu kejuruteraan kimia yang sarat dengan math dan theory, ilmu kehidupan juga banyak menyerap ke dalam diri. Dari seorang yang nerd, aku belajar untuk berkawan dengan pelbagai jenis manusia. Belajar bersahabat, menghargai dan di hargai. Belajar membantu yang memerlukan dan belajar merendah diri untuk meminta bantuan ketika perlu. Bertambah juga sedikit ilmu agama dengan bantuan senior dan rakan-rakan yang sanggup berkongsi ilmu agama dengan aku.
Antara perkara paling aku suka adalah Convofair 2008, 2009 dan Titian Budi 2009. Jujurnya aku memang sangat suka event. Dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru. Menambah kenalan, menambah kenangan bersama. Dan paling penting pengalaman bila berurusan dengan manusia yang bukan dalam circle of friends kita. Di sini la aku belajar bagaimana nak bercakap dengan orang yang lebih tua untuk urusan rasmi, bagaimana nak manipulate keadaan, belajar serba sedikit berkenaan politik kerja. *
5 Tahun yang berlalu telah membentuk diri aku seperti hari ini. Mengubah gaya pemikiran aku, mengubah cara pembawaan diri aku. Tetapi semua perubahan ini, adakah cukup sebagai persediaan aku untuk menghadapi dunia sebenar? Menghadapi dunia pekerjaan? Dan seterusnya untuk hidup berkeluarga? I doubt it. Tapi life goes on. By hook or by crook aku akan tempuhi semuanya.