Showing posts with label Aktiviti best. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti best. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Holiday? Jom!!!

Lama tak terbaca update dari rakan blogger yang lain. Sekali sekala baca, rasa tertarik pula tengok aktiviti mereka. Mandi manda di sungai atau pun bermalam di pulau antara aktiviti yang aku suka. Tetiba teringat Sungai Sedim, my favourite spot untuk aktiviti mandi and diving. Haha...


Kenangan indah..

Selak balik post aku buat time intern di Kulim, Kedah. Revise back : http://lipankatkaki.blogspot.com/2011/01/terjunan-terakhirbye-bye-sg-sedim.html

Agak-agak nk ajak geng-geng tempat kerja, diorang on ke tak ek?Pulau Redang ke, Pulau Perhentian ke mesti OSEM!!. Dapat pergi 2 hari 1 malam pun da cukup da. Tapi sempat ke tak nak buat dengan busy kerja nih?hurm...


Monday, April 30, 2012

Cabaran Minggu Terakhir

Just back from Kuantan. Pukul 5 pagi tadi tiba di stesen bas Bentayan. Perjalanan yang sepatutnya 5 jam hanya 4 jam sahaja..GILOW PUNYA BAS!!! Double decker kot!!Laju macam haram. Jalan antara Segamat dengan Kuantan tuh dah la kecil dan bengkang bengkok, nokhorom dia tibai laju. Takut dan cuak menerjah minda. Aku tak kawin lagi kot. Sigh...

Sekadar gambar hiasan


Saja nak cerita sebab memang serious aku cuak time atas bas tadi. Actually pergi ke Kuantan untuk discuss pasal rumah sewa dengan sahabat yang telah start bekerja di Gebeng, Eijaz. Lebih mudah untuk berbincang face to face dari sekadar menggunakan talian telefon. Sambil usha area tempat kerja and cari rumah sewa untuk aku, Faidhah dan Eijaz. Faidhah akan masuk insya Allah Jun. Misi mencari rumah sewa gagal. Nampak gaya perlu usaha lebih keras lepas aku habis PIPE nanti. Kalau tak, tido je la kat masjid. Free je..

Dugaan baru sedikit. Usaha dan doa yang lebih utama dan perlu di amalkan. Semoga dipermudahkan urusan oleh-Nya..


p/s: Nervous hendak memulakan fasa baru dalam hidup. And yeah aku kene kerja shift -__-"

Monday, April 23, 2012

EDUCAMP PETRONAS : Interview

Sekarang musim interview untuk bekas pelajar SPM untuk futher study so, here are some tips and experience i'd like to share. Please correct me if I am wrong :)


In 2006, I attended PETRONAS educamp, applying for PETRONAS scholar to further my studies in UTP . Educamp ni macam persediaan before interview which will be on the last day. During my time, it was 3D2N if i'm not mistaken. Recently I heard 2D1N only. But never mind, content and cara interview still the same I guess. Educamp encourage candidates to speak in English. Jangan terkejut if yang datang tuh suma A1/A+ untuk English tapi tak boleh speak English. Power in writing doesn't means that you are good when speaking in English. Other than that, some tests such as IQ test, English test and Math test. I am not sure Educamp for other scholar such as TNB and others have the same test or not. If anyone knows, tell me thanx :). During Educamp, they also share some tips for interview. Please listen carefully and try your best to apply what they told you.

For example, please choose proper attire for interview. Of course for guys kemeja, sluar slack, kasut kulit hitam, tali pinggang kulit, tie and for girls baju kurung/blouse/etc. Choice of colour is as important as other factor. Please NO black shirt. White is a safe colour. Kalau boleh pilih warna yang lembut, cerah but not too striking. The colour of your dress will give bad or good impression to the interviewer. Black suggest that you are not a confident person because of the gloomy nature of the colour. Gambar bawah summary of good appearance.



Interview terbahagi kepada 2 sessions which are individual dan group. Consists of 1 panel of 2 persons. Interviewer adalah lecturer UTP/Staff PETRONAS. Sebelum interview start, you'll be seated at a table with a few candidates. They are the other candidates that will be in the same group with you during group interview. Flow interview more or less :

Sebelum interview 


- Make sure off handphone. Kalau tak pun silent so that focus tak terganggu.
- Duduk di satu waiting area.
- Bila nama di panggil akan masuk ke satu lagi bilik.
- Atas meja ada beberapa card dengan problem statement yang sama tapi solution berbeza.
- Pilih satu card. READ CAREFULLY. Fahami problem statement dan solution yang di provide.
- Kalau setuju dengan solution yang di beri, elaborate solution tersebut mengikut kehendak problem statement. Kalau tak setuju boleh come up dengan solution sendiri.
- Yang hendak di assess adalah confidence, how you elaborate, how you present yourself, how you communicate dengan orang lain.
- Topic yang di beri selalunya environment, green technology, current issue. Jarang perkara technical engineering.
- Everything in English. Kalau stuck tak tahu perkataan dalam English boleh guna Bahasa Melayu untuk few words. Di maafkan.

Individual Interview (5-10minutes)
- After around 15-20minutes, akan di panggil seorang demi seorang untuk masuk ke bilik interview.
- Bagi salam dan jabat tangan (same gender). Senyum :) 



- Introduce yourself. Selain personal detail, cerita juga kelebihan diri/pencapaian/penglibatan dalam apa-apa program/pertandingan yang releven. *jual diri sikit but jgn too much.
- Soalan yang ditanya
a) berkenaan problem statement yang telah di beri awal-awal tadi. Huraikan dengan yakin. Jangan terlalu melampau meng"goreng". Especially technical terms/things(kalau ada). Inteviewer anda adalah orang bijak pandai dan berpengalaman.
b) kenapa anda pilih course yang di apply? Bagi reasoning anda. Make sure buat research before pergi interview.

Group Interview (20-25minutes)
- Anda di suruh untuk buat discussion among youself regarding problem statement yang di beri awal-awal tadi.
- Cuba untuk take initiative jadi chairman discussion. Tonjolkan diri sket.
- Jangan conquer discussion sampai only you speaking and tak beri peluang kat orang lain.
- Once in a while tanye "what your opinion" kat orang lain. Tunjuk yang kita open to other ideas also.
- Dont reject dengan kasar. Use softer language untuk tunjuk disagreement dengan pendapat orang lain. " I think ur idea is great but..."
- Kalau groupmate sempoi, bola kawtim dengan diorg sebelom masuk interview. Berlakon sama-sama. Guna kebijaksanaan anda.

Sebelum pergi untuk interview, minta restu ibu bapa. Minta tolong mereka doakan kejayaan anda. Insya Allah.

Insya Allah. Gudluck and welcome to UTP.

p/s: during Educamp di beritahu semua ini(almost). Tinggal korang nk apply ke tak aje. Gudluck
p/s: kalau ada salah silap tolong bagitau. 5 years ago, da lupa daaa..thanx :)

Wednesday, April 11, 2012

ASPIRASI SAMURA 2012 Bersama Form 5


Barisan Fasilitator ASPIRASI 2012

Alhamdulillah, pada 30 Mac hingga 1 April yang lalu, telah berlangsung satu lagi Program Alumni SAMURA, ASPIRASI 2012 bersama pelajar Form 5. Program ASPIRASI ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada program INSPIRASI yang telah di adakan tahun sebelumnya bersama-sama pelajar Form 4. Program ini dilangsungkan setiap tahun. Tujuan dan objective adalah untuk cuba membantu pelajar dengan masalah yang timbul dalam batch mereka, sedikit pendedahan akan kehidupan selepas SPM, memupuk semangat batch, selain motivasi kepada mereka.

Abam Didi bersama adik-adik beliau
Dasat Pedeque buli budak tuh. Sampai nangis.
Setiap kali snap pic mesti tdo. Malek oh Malek..
Bangun tdo je trus kaco aku. Abang long nih nakal..haha..

Abang Ngah buat LDK ke mengajar student?hehe..hai Hisyam
Pada hari pertama program, tepat pukul 10 pagi aku terima panggilan daripada Pedeque. Maafkan daku, kerja lewat malam so tak bangun lagi time tu. Hehe. Dapat makluman bahawa ada fasi telah tiba di sekolah, terpaksa di paksa-paksa bangun dari katil untuk berkumpul di SAMURA sebab janji asalnya berkumpul pukul 10 pagi. Adeh..Tiba di SAMURA, berjumpa dengan Pedeque, Kirin, Jiddan dan Buyak. Pedeque member satu batch, da biasa jumpa so tak heran ^_^V. Jiddan nih junior aku,sebelum nih tak tau nama tapi tau muka sahaja. Kirin pula super junior. First time jumpa, tapi kami mudah mesra seolah-olah lama da berkenalan. Buyak pula senior aku, merangkap partner in crime. Kalau aku tembung dengan Buyak, memang konfem kami kembali kepada mode childish. Last but not least, Hisyam yang kadang-kadang buat aku konfius, dia ni Malay ke Omputih dek kepetahan beliau berbicara dalam English. He he he.. Mereka yang di sebutkan ini adalah fasi yang tiba awal untuk buat persiapan sebelum program bermula. Selepas solat Jumaat, lebih ramai fasi yang lain selamat tiba.

Buyak : Problem?
We are full with LOVE!! Sarangae!!

Program seperti ini berjaya mengumpulkan bekas pelajar SAMURA dari pelbagai latar belakang dan batch. Ketika program seperti inilah aku dapat bersua dengan senior yang telah berjaya dalam bidang masing-masing mahupun junior yang baru melangkah ke dalam alam university. Berkongsi pengalaman hidup masing-masing. Menariknya perjumpaan antara kami adalah, walau tak pernah sua muka pun, pasti akan mesra dalam sekelip mata. Macam biasa, bila time module, memang para fasi la yang gembira. Contoh macam Najib, Hisyam and Pedeque kat bawah nih. hehe...


Waktu malam adalah antara waktu paling best. Berkumpul di keliling kerusi batu, maka bermulalah si penglipur lara membuka kisah masing-masing. Mengenang pelbagai memori indah dan pahit suatu ketika dahulu di bumi bertuah SAMURA.
Ingatkan ada perhimpunan Puteri UMNO tadi..hehe
Antara hasil dari LDK
Overall, aku rasa yang paling enjoy dan excited sepanjang program ini adalah para fasi sendiri. Pelajar ramai mengadu stress dan pressure kerana SPM just around the corner. Tapi mereka tak tahu bahawa fasi mereka sebenarnya lebih bnyk stress dan pressure dengan working life, real life issues since we have been living in the real world. Fasi mengambil peluang join program seperti ini untuk menghiburkan diri sendiri juga selain berbakti kepada adik-adik. So adik-adik yang bakal SPM, endure the pressure, insya Allah you are prepared for real life outside.

Mantap gaya seorang senior menasihati junior..ehes..

Aku da kata da, fasi yang lagi excited sebenarnya. haha

Hussaini ini junior SAMURA and UTP. Tapi tak pernah jumpa pun kat UTP. LOL

Di mana sahaja hidupnya insan, pasti ada titik pertemuan. Pertemuan itu membuahkan hasil yang di panggil buah persahabatan. Tetapi setiap pertemuan pasti ada titik perpisahan. Di penghujung program terasa sedih di hati untuk berpisah dengan sahabat yang baru di temui. Walau hanya untuk 2 hari lebih sahaja bertemu.

The Woman Behind ALUMNI, Kak JR

Selesai majlis penutup,  aku dengan Malek terpaksa  ambil gambar dengan Kirin sebab kesian.Takde sape nk amik gambo dengan die.  Hahahahahaha...

The best part when joining Alumni SAMURA Program is that, the strangers that you never met before will be one of your best friends in just seconds we talk to each other :)
May this friendship last forever…

From SAMURA with LOVE~~
p/s: insya Allah, see ya’ll again this coming 12th May...
p/s: ade org touchy2 aku xmention name dia, so here goes :

KUCAI!!!! Fasi paling IMBA time program nih!!! (tak sempat nk crop kirin, sory)

Friday, March 2, 2012

"SUMBER DEMIHAFIZ" Fund Collection - Sejauh Mana Kita Bersyukur?

Terbaca sekali lagi berita berkenaan saudara Hafiz di fb. Kisah beliau buatkan aku sebak. Sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat tubuh badan sihat yang kita ada?Tepuk dada tanya iman.

Copy paste from fb,one of my fren from UTP. Kalau tak mampu dengan wang, doa merupakan sedekah yang sangat berharga. Doakan beliau di permudahkan urusan dan di tabahkan hati. Dengan kuasa Allah, insya Allah, doakan juga beliau sembuh.

Ni link utk satu video oleh dak RMC(sekolah beliau), tuk promote event yang diorang anjurkan. Boleh lihat sndr bagaimana keadaan beliau--> http://www.youtube.com/watch?v=p-xav12FK-g



Just spreading..he was our senior in UTP.in case anyone wants to help (takde paksaan ea kawan2)


INTRO

OP HAFIZ was born some 23 years ago on August 24th 1988 at the Hospital Kota Tinggi Johor to the family of 7 siblings of FELDA settler couple of Abu Tahir and Tumirah. OP Hafiz is the fifth child, the others being .. two brothers and three sisters. One elder sister passed away when she was five years old. OP Hafiz was raised within the FELDA surroundings. His father was a FELDA Semencu, Kota Tinggi settler since 1977.
OP Hafiz attended SRK and SMK Semencu before he was selected to join the prestigious Royal Military College (RMC) , Sungai Besi, Kuala Lumpur in year 2002. He spent some four years in RMC and bunked in F Company. After his Passing Out Parade in late 2005, he attended Universiti Teknologi Petronas in 2006 till middle 2011 majoring in Chemical Engineering. His was in his third and final year of study and was considered a very bright student by the Universiti. He had only the last practical paper .. yet to sit.

THEN .. THE TRAGIC TRAGEDY STRUCK

THE TRAGEDY
Tragedy struck in the evening hours of Tuesday, May 24th 2011. OP Hafiz and some friends were having some fun at Tanjung Balau Beach, Bandar Penawar, Kota Tinggi. He dived a few times from a cliff. On his 3rd or 4th dive, he did not surface. Fortunately for OP Hafiz, his friends and some onlookers realized the situation. They quickly fished him out of the water. He was cold stiff, his hands somewhat bent upwards, immobile, still conscious but his speech was incoherent. OP Hafiz was rushed to Hospital Kota Tinggi by some good Samaritans. Considering the critical medical condition of OP Hafiz, he was immediately transferred to Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

MEDICAL NIGHTMARE
On June 9th 2011, OP Hafiz underwent surgery at Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu which lasted some 7 gruesome hours. The whole family was huddled in complete silence and deep grief – not knowing what to expect. They just “surrender” to GOD . The operation was considered successful. Anterior plating was fitted and bone grafting was done on him.
OP Hafiz was diagnosed as having burst fracture C6 with neurological deficit, mild head injury with intracranial bleed and pressure ulcer over gluteal region. Quoting from the surgical report by Dr Wan Noor Azlizana Mamat, Orthopaedics Department..”.. Above diagnosis as stated make patient paralyse & and the outcome is uncertain. We need to wait at least 6 months to see wether he able to regained normal or near normal function or he will become paralyse for the whole life.” OP HAFIZ was hospitalised for some 2 ½ months.

OP HAFIZ’S FUTURE ?
GOD decides. OP Hafiz is currently bedridden and semi paralysed at home. OP Hafiz’s medical condition is very critical. His life is very uncertain. The thought of “ being paralysed and bedridden his whole life” is nightmarish and most frightening for OP Hafiz and his beloved family.
Universiti Teknologi Petronas was very supportive and sympathetic. UTP fully financed OP Hafiz’s operation and hosptalisation expenses including some crucial medical equipments and accessories – amounting to some RM 25,000/=.
There were some contribution from Old Puteras ( OPs – ex students of RMC) amounting to RM 6,820/=, mainly from unselfish and noble efforts of younger OPs by organizing various events to lessen the financial burden of OP Hafiz’s family.
But, OP Hafiz needs more than this.

“ SUMBER DEMIHAFIZ” FUND
“SUMBER DEMIHAFIZ” fund was established with the singular purpose of collecting donation to finance OP Hafiz’s medical and other critical needs.

OP Hafiz needs you NOW to help him.

Appeal is made for contribution towards this Fund. Donation can be deposited to the account mentioned below:
“ SUMBER DEMIHAFIZ”
CIMB Bank..Account No: 14160001103109

LET’S PRAY FOR OP HAFIZ
GOD IS MOST MERCIFUL
OH GOD .. UNTO THEE I SURRENDE
PLEASE HELP ME TO SURVIVE

CONTRIBUTE TO

“SUMBER DEMIHAFIZ”

CIMB BANK AKAUN NO: 14160001103109

ISSUED BY: DANA COUNCIL SECRETARIAT
(Sheikh Ghazali : 012-2918046)

Sunday, February 19, 2012

My Convocation Will Be On?

Ramai kawan-kawan Jan 07 yang telah menamatkan pengajian bulan lalu tertanya-tanya, bilakah tarikh convocation kami. Alhamdulillah, UTP telah keluarkan announcement bahawa convocation kami akan berlangsung pada 21st October 2012, hari Ahad.

Majlis convocation ini bakal menggabungkan batch January 2007 dan batch July 2007 dan Jan 2008 untuk course ICT/BIS. rasanya lah..

Tarikh convocation sudah keluar. Semoga sebelum hari bersejarah ini berlangsung, semua rakan-rakan telah berjaya mendapatkan pekerjaan atau menyambung pelajaran bagi yang berkenaan. All the best to all of you. Jumpa di UTP October nanti :)


Sumber : Sila klik --> Convocation Date

Program Sharing Moment Form 4 SAMURA

Alhamdulillah berakhir sudah Program Sharing Moment bersama pelajar TIngkatan 4 SAMURA yang berlangsung pada 11 February 2012. Seperti mana nama program, pihak Alumni SAMURA telah berjaya mengumpulkan seramai 26 orang fasilitator untuk berkongsi pengalaman, cerita suka dan duka sepanjang 2 tahun menimba ilmu di bumi bertuah ini bersama-sama pelajar tingkatan 4 yang baru sahaja 12 hari bergelar pelajar SAMURA.
Antara muka-muka pelajar Form 4

Pertama kali menyertai program ini, terasa diri agak kekok untuk bercampur dengan kakak dan abang senior serta adik-adik yang sama-sama berkumpul sebagai fasilitator. Namun sedikit sahaja masa diperlukan untuk beramah mesra. Mungkin kerana background yang sama memudahkan kami untuk bercampur dan seterusnya menjalinkan persahabatan baru.
Sesi Ice Breaking Fasilitator lelaki. Pelbagai topik dibincangkan.

Kekurangan pengalaman sebagai fasilitator sedikit membataskan cara penyampaian sewaktu latihan dalam kumpulan (LDK). Alhamdulillah dengan adanya partner yang sporting seperti Buyak dan Najib Niosk telah berjaya menjadikan sesi ice breaking dan sharing lebih menarik dan menghiburkan. Kehadiran gadis-gadis comel menjadikan abang-abang fasi lebih bersemangat untuk bercakap dan berkongsi pengalaman masing-masing. Hehe..
Barisan Fasilitator bersama-sama Pengatua, Tuan Haji Samian Sawiyo

Untuk mengenang jasa kami sebagai fasilitator, pihak sekolah telah menjemput kami untuk menjadi tetamu kehormat sempena Majlis Makan Beradab (High Table). Makanan yang sangat enak serta layanan 5 star oleh Biro Makanan (BMak) membuatkan kami lebih berselera. Tak lupa juga kepada adik comel yang menjadi pelayan kami. Diyakini adik ini mimpi indah dan tersenyum riang tanpa henti apabila dihamburkan dengan segunung pujian dari Helman, Fendi, Malek dan Buyak. Aku jugak yang baik sbb senyap aje :P

Helman being served like a boss

Kurma kambing dia terbaek bro..

Tak sabar nak makan.hehe

Kalau kata adik aku pon orang percaya kn?
Kembali ke sekolah telah membuatkan aku terkenang pelbagai kenangan manis dan pahit yang pernah aku harungi. Seronok kerana dapat menambah kenalan baru dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik. Insya Allah ada kudrat dan kesempatan akan join lagi di masa akan datang.

4 Generasi Bestari Dua. Bersama Pengatua.

Sunday, November 20, 2011

Ash in The Ashes - The Mime Show

Apa mengarut Abu dalam Abu-Abu pula ni? Ada kaitan dengan Abu Raihan mahupun Abu Huzaifah ke coursemates aku?Haaa..Sebenarnya ia adalah sebuah mime show yang dijayakan oleh dua org manusia berbakat, iaitu Asyraf Nazmie (Ash) dan Asyraf Maskan (Acab). Dua orang hamba Allah nih merupakan pelajar Universiti Teknologi PETRONAS yang telah menjelajah sehingga ke Istana Budaya untuk mempersembahkan bakat mereka. Persembahan mereka yang mantap kerap kali berjaya mencuit hati. Malahn penah terpampang di dada akhbar xingt paper ape.

Apa pula mime ni sebenarnya? Main sepak-sepak bola di tepi pantai? haaaa..Sebenarnya, mime/miming ialah sebuah persembahan seni tanpa suara yang melibatkan lakonan menerusi "body motion". Miming boleh juga dikatakan sebagai "silent comedy". Walaupun ,miming masih bukan mainstream entertainment di negara kita. Tetapi apa salahnya kita mencuba sesuatu yang baru dengan hiburan yang lain dari kebiasaan kita. 

Dulu aku pun tak berminat untuk menonton Mime Show ini. Tapi bila kawan-kawan ajak untuk support event mereka, kita pon tolong support dan seterusnya menjadi antara peminat setia Acab. Acab pliz belanja ur biggest fan nih :P.

Sedikit preview untuk mereka yang tak pernah menonton Mime Show. Video di bawah merupakan preview persembahan Ash in The Ashes di UTP pada 19 & 20 February 2011 sebelum membuat persembahan di Taman Budaya Kuala Lumpur pada 12 & 13 Mac lalu. Sila klik link di bawah :

Malam ini mungkin kali terakhir dapat menonton mime show oleh Acab coursemate aku sebenarnya di UTP. Aku sudah final semester rupanya. Tak mengapalah, mari menonton The Mime Show malam ini di MPH pukul 8.30pm. Tiket RM5 sahaja.

Detail lain berkenaan Tronoh Theater Shop dan Ash in The Ashes bole usha link di bawah :
Tronoh Theater Shop
Tronoh Theater Shop Blog
Ash in The Ashes

p/s : final semester = cari keje = despair -_-"
p/s : Post selepas ini, cerita hantu V5E.

Tuesday, October 25, 2011

Tak boleh connect DC dan internet?

Ramai bertanya kenapa tak boleh nak masuk DC? Atau kadang-kadang internet pun tak boleh connect. Pakai setting suma betul dah, nbproxy, port 8080 tapi masih tak boleh. Aku pun tak berapa nak arif berkenaan dengan networking dan IP suma ni. Tapi boleh la share sedikit ilmu aku tanya dari kawan-kawan.

First berkenaan DC. Satu cara nak tahu boleh atau tak nak connect DC, sila pergi ke command prompt. Tahu tak command prompt dekat mana? -_-"

Klik start dan taip cmd. Nanti dia search dan kuar command prompt. Klik la yer. Nanti keluar windows macam nih :



Kemudian, taip ping<space>nbproxy. Akan keluar beberapa baris nombor dan huruf. Boleh baca apakah proxy untuk laptop anda.



Kalau aku salah tolong betulkan, tapi kalau tak silap walau dalam satu blok yang sama, tak semua LAN boleh connect dengan server DC. Berkaitan dengan networking stuff rasanya. Boleh try tanye budak EE untuk penjelasan :P. Sebagai contoh, untuk blok aku, 165.0.10 tak boleh masuk DC. So, terjawab sudah kenapa tak boleh masuk DC kepada yang pm aku tanya kenapa tak boleh masuk :). Untuk lain-lain blok sila tanya server anda.

2nd, berkenaan tak boleh connect internet. Seperti di atas, penjelasan kenapa berlaku atau tgh buat ape nih, jangan tanye aku. Aku just buat apa orang ajar aku :P

Sama macam di atas, pergi command prompt. Taip ipconfig<space>/release.



Lepas loading kejap, dan keluar beberapa baris, taip ipconfig<space>/renew.



Insya Allah lepas tuh boleh connect internet. Kalau tak boleh juga, buat beberapa kali. Kalau tak boleh juga, pergi STUDY..hahaha

Tuesday, October 18, 2011

Convofair 2011 Berlalu Pergi...


Pesta Convofair 2011 telah berakhir hujung minggu yang lalu. Walaupun banyak kritikan dan kutukan kedengaran berkumandangan di lawan sosial seperti twitter dan facebook, tetapi bangga ingin aku ucapkan tahniah kerana mereka mampu menjayakan event dengan pelbagai cabaran yang tidak di ketahui umum.

Persiapan yang kurang dari 2 bulan, fresh committee yang rata-rata masih setahun jagung dalam ber"event" dan kekangan kewangan berjaya di hadapi. Antara yang aku cemburu dengan pengurusan Convofair kali ini adalah kerana venue di Oval Park, bersebelahan tasik dan masjid. Zaman aku dulu management tak bagi. Tapi rezeki mereka mungkin, dapat tempat yang sangat strategik. Boleh dilihat dgn jelas dari jalanraya utama, dan lebih dekat dengan Chancellor Hall. Cuma sedikit terkilan kerana terdapat perkara yang boleh diperbaiki dan di elakkan berlaku sekiranya mereka refer kepada senior-senior Convofair terlebih dahulu..

Malam concert amal pula di jemput Muzzy dan Mirwana. Ramai mesti tak pernah dengar name Muzzy kan? Aku pun tak pernah dengar sebelum ini. Band nih masih lagi baru di arena muzik indie, tetapi persembahan mereka menghiburkan dan "layan". Lagu yang didengdangkan seperti Destinasiku, Satu Bintang, Ingin Sekali Aku, Kau dan Aku dan paling femes Hingga Akhir Nafasku yang merupakan ost untuk Asmara 2. Tengah sibuk mencari lagu-lagu mereka untuk download. kekeke...Artis kedua pula ialah Mirwana yang mengecewakan kerana 1st impression sudah down. Mendendangkan lagu Miley Cirus - The Time. Apa barang nyanyi lagu orang lain? Abes lagu aku trus blah.zzzz

Convofair 2011 telah berakhir. Mungkinkah masih ada lagi Convofair 2012? Aku sangat-sangat sedih kalau Convofair telah mati terkubur selepas ini. Lagi-lagi lak tahun depan convo aku. Rumours said so... -_-"

Sebagai penutup, ni lah lagu yang aku tengah layan sekarang nih. Good song indeed.enjoy..

Video Clip Muzzy - Hingga Akhir Nafasku --> http://www.youtube.com/watch?v=5NMRb5vZJKo

Muzzy - Hingga Akhir Nafasku

Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tangan mu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

Chorus:

Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Di hargai

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampai nya waktu terindah

Ulang chorus

Lagu & Lirik : muZzy & Ranizah

Monday, October 10, 2011

Oh Ability Test


Semalam berlalu sudah Ability Test (AT) oleh pihak penaja aku, PETRONAS. Apa sebenarnya AT nih? Kenapa budak-budak scholar PETRONAS sibuk-sibuk sangat pasal AT nih?

Ability Test ini merupakan saringan pertama kepada pelajar-pelajar tajaan PETRONAS yang akan menentukan sama ada mereka layak ke peringkat seterusnya, iaitu Structured Interview (SI). Sekiranya berjaya dan lulus SI, individu tersebut perlu menunggu selama 6 bulan, di mana dalam tempoh tersebut PETRONAS akan panggil untuk placement kerja. Tetapi sekiranya tiada placement, maka individu tersebut akan di release.

Soalan-soalan dalam AT nih tak susah sebenarnya. But the worst enemy here is TIME!!!
Bayangkan perlu baca passage yang sederhana panjang dalam 5-6 baris dan jawab sebanyak 30 soalan dalam masa 18 minit. Sesi kedua pula perlu menjawab 18 soalan numerical dalam masa 25 minit. Pecah kepala!!! Dan dicampur dengan stress because of time constraint memang terbaek!! Di bawah contoh soalan untuk verbal dan numerical.



Soalan dia tak susah sangat kan? Given enough time bole sahaja dijawab dengan betol. Stress betol tengok timer berdetik tapi masih banyak soalan tak terjawab lagi. In the end, soalan macam ngarut nak di fikirkan tembak saja la labu~

Some information from my friend, said she heard from PETRONAS people, but dunno if it is reliable or not.
Cut to chase, ability test tu bukan nak tengok jawapan betul ke salah, tapi consistency kite jawab soalan tu. PETRONAS hire consultant dari luar, bayar mahal-mahal sbb nak buat ability test tu, tak mungkin PETRONAS bodoh sgt nak senang-senang buang ramai budak yg top studnts kan?

Rahsianya, jawab soalan secara consistent, dalam set soalan tu, akan ada soalan yang berulang or sama concept. Kalo da jawab A untuk soalan atas tu, saolan yang bawah yang sama soalan/concept kene jwb A jugak. Sebabnya, diorg nak staff yang confident dalam buat decision. Tak nak buat double decision bila kerja nanti.

Funny because just got these tips from her today, but my AT was yesterday. -_-"
Anyway, gudluck to all my friends yang mahu kerja dengan PETRONAS. Semoga kita sama-sama berjaya. Amin....

Monday, August 1, 2011

The Amazing Adventures of Durian

PART 1
Tajuk nak gempak aje kan..haha.. Siap adventures tuh..hehe :)
Sedapnyer Durian..kekeke....

Pada tanggal,  22 dan 23 July 2011 yang lalu telah diadakan Pesta Durian Bukit Gantang bertempat di Dataran Long Jaafar, hanya bersebelahan dengan Masjid Jamek Bukit Gantang. Seperti kebiasaan mcm la selalu sgt buat aku sebagai hantu durian tidak akan melepaskan peluang untuk memuaskan nafsu serakah yang telah lama terpendam menunggu tibanya musim durian..kekekeke....

Usaha mengumpulkan hantu-hantu durian UTP tak susah mana. Buat event dan invite sahaja mereka di facebook. Hasilnya satu rombongan dengan kekuatan 7 kereta telah bersedia untuk berjuang. Haha....

Kereta Sap - Sap . Ponci . Apih Micro . Zee
Kereta Deli - Deli . Yau . Aik . Mat Yo
Kereta Nipi - Nipi . Irsyad . Shebby (haha) . __(lupe lagi sekor)
Kereta Kudo - Kudo . Abu . Amin
Kereta Boye - Sofia . Mia . Syikin . Tanjong . Emy
Kereta Aos - Aos . Najat . Min . Echah
Kereta Wani - Wani . Najwa . Ana . Christine

Setelah perancangan diperincikan, tanggal 22hb July dipilih kerana antara 10.30 pagi hingga 1 tgh hari FREE!!!!!hehe..

Gambar waktu baru sampai tak sempat nak snap. Turun je kereta, mata dengan hidung meliar cari mana durian. Tak ingat lansung nk bergambar..teruk tol hantu-hantu durian nih..ish3...

Gadis-gadis durian..kekeke...

Lovey Dovey rumate dua ekor nih..kekeke

Tak nampak da org nk tangkap gambar..makan!!!
Eh? Drebar aku gembira betol dapat durian..hehe


Kelihatan peluh jantan di muka masing-masing. Panas weh~

Hantu Durian sejati. Kaki sakit tapi mulut tak sakit, kn Beliau kn? :P

Tu die Hantu Durian sejati ngap durian..hehe

Berusaha bukak durian pakai kunci. Beliau gembira sbb ada org tolong bukakan :)

Orang suma da berhenti makan, bile Wa nk berhenti nih?Syikin da termenung kat parit sbb tak larat da..haha

Cuba cari relation antara Kudo +Durian besar + Tongkat Beliau = ?

Hantu Durian UTP Club 

Hasil perjuangan kami :)

Berusaha keras bukak durian. Siap berbekas tgn tuh~~ 


PART 2
Adventure aku sebagai Hantu Durian tak terhenti di situ sahaja. Keesokan harinya, housemate yang tak dapat join trip 22hb mengajak aku untuk temankan ke Bukit Gantang lagi sekali. Atas dasar persahabatan sejati aku 'terpaksa" ikut sekali untuk temankan housemates, Azree, Pehon, dan Ijat.kekeke....

Malang tak berbau, ketibaan kami di sambut dgn berita hampa. Durian sudah habis. Perjalanan selama hampir sejam terasa sia-sia. Tapi untuk tidak menghampakan harapan masing-masing, aku ok je sbb da makan hehe, duit dihulurkan kepada pak cik jual durian yang kebetulan ada di area Pesta tersebut. Durian masih atas truck lagi. Alhamdulillah, durian kami beli lagi terbaek dan puas hati dari hari semalam. RM30 untuk berbelas biji durian. Sangat berbaloi-baloi weh~

Gembira betol mamat nih..haha

Demo teknik dan ilmu 'kekah" durian :)

Ini la muka housemate, Azree yang ajak aku pergi pagi tuh. Rezeki die dapat durian sedap hehe

Bersama Abg Haris a.k.a Pehon bersama "kekahan" kami..haha

Masyuk layan durian dgn Pehon dan Ijat


PART 3 
Sekian adventure Durian aku untuk bulan July nih. Eh? Tak abes lagi..Ada lagi final part. Finale yang paling terbaek. Rupanya UTP di bawah kelab SERUKUN telah mengajurkan Pesta Durian pada 24hb July. Hehe..Perlu ke aku cerita apa yang aku buat pada 24hb tuh? :P
Bertempat di tepi court futsal v5, adventure aku bersambung. Durian yang mungkin di ambil dari kawasan Bota lagi sedap dari yang dapat aku makan di Bukit Gantang. FREE pulak tuh. Rasa heaven giler~

Nash bersama gadis2 Jan 07

Yang lain sibuk posing, aku sibuk kekah durian..cesss..diorg ngap aje tau..haha

Ziarah group girl CJ7 makan durian..keke..tumpang makan durian lagi sikit..hehe

Nak aje aku hentak dua org nih ngan durian..kekeke

Gambar tuk finale nih tak banyak sebab tak plan nak makan sebenarnya. Selama 3 hari berturut-turut aku makan durian. Setiap hari makan sepuas hati. 2 kali dapat makan free pulak tuh. 3 hari berturut-turut juga jari-jemari aku berdarah dek penangan durian. Tapi aku tak kisah sebab aku gembira dan puas hati. Hahahahaha
At the end of the day, as a result of hatrik makan durian, aku jadi cam kucing kat bawah nih
Nak telan Durian pun da tak boleh telan..err... at least utk malam tuh je la..kekeke
p/s : all pictures credit to Ana, Najwa, Nash, Azree and Pak Cik Google :) tq