Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Selangkah Ke Alam Baru

Sejak mula bekerja, banyak aktiviti dan perkara yang mahu di catitkan dalam blog usang ini. Tapi kekangan masa dan rasa "rajin" yang melampau selalu menghalang niat di hati.

Among key milestone that i had these few months are my convocation. Alhamdulillah i am officially a graduated student from UTP in Chemical Engineering. Padahal convocation October lepas lagi. Lambat betul nak update. Hehe.. Genap 6 bulan bekerja, walau masih banyak kekurangan dalam melaksanakan tugas harian, bos masih beri kepercayaan kepada aku untuk perbaiki diri. Dalam bulan November dapat status confirmed as PETRONAS staff. Alhamdulillah..

Aku rasa cuma dua perkara ini sahaja achievement yang menarik. Yang lain biarlah di pendam di dalam hati sebab bukan achievement pun, sebaliknya masalah dan conflict. Some things are better left unsaid. Hope will find some solutions to the challenges that i faced. Bak kata Yasser, "driving away might not be the best solution though, face it or ride it". Kalau korang paham la maksudnya.......



p/s : Life is getting duller as we become the slave to our job. Get a life dude!!
p/s: Yasser, aku amik quote ko..kalau ko nak tau la..haha

Sunday, September 30, 2012

Wake Me Up, When September Ends...Eh da nak End da..

Wujud lagi blog ni. Tak ingat nak update.hew hew hew....



30 September menjelang tiba. 5 bulan berlalu dengan pantas. Sejak menceburi dunia pekerjaan, makin banyak aku belajar, makin banyak perkara yang aku tak tahu. Ilmu bersepah merata, tinggal diri rajin atau malas untuk belajar. Mestilah malas lebih dari rajin -_-"



I am having good time in CUFG. Good colleagues, happening environment, lots of laughs and jokes but serious when it comes to work. Bersyukur dapat kerja di sini, alhamdulillah. The only worry is too leisure in comfort zone. Sesi muhasabah diri perlu kerap dilakukan untuk elak diri hanyut semakin jauh.

Convocation on this coming 21st October. Tak sabar pulang ke UTP, tak sabar bertemu sahabat handai, tak sabar ke atas pentas menerima segulung ijazah. Masih pening dengan urusan homestay tapi registration convocation alhamdulillah selesai sudah. Sayangnya si kekasih hati tak dapat bersama sekali nanti. Semoga aman di sana.

Ke roadshow PASDEC di ECM semalam. Mengintai peluang membeli rumah. Buat masa ini tiada ilmu, tiada duit lagi. Semoga tercapai hajat membeli sebuah nanti.

Teruskan hidup di bulan October. Semoga dapat perbaiki lagi diri..Insya Allah..

Ouh ya, sebelum terlupa, LIVERPOOL 5-2 Norwich. Pagi ini terasa aman kerana kipassusahmati pasukan lain buat-buat tidur. Pasukan mereka kalah malam tadi barangkali.. :P

Hat trick last night. ^_^ V


-YNWA-

Sunday, July 22, 2012

Time Flies - Trust Me, I'm An Engineer

July 2012, and now I am into my 3rd month of working life. Masih ingat semasa mula-mula report duty di Centralised Utility Facilities Gebeng (CUFG), cuak, nebes, risau, dan takut bermain di minda. Takut rejection from people there. Takut tak mampu menghadapi pressure kerja. Takut tak mampu buat kawan-kawan baru di tempat baru. Takut tak boleh keep up dengan pace kerja, since aku nih slow sket, telinga pulak problem. Penakut rupanya aku nih...




Dapat bos pula yang memang pick up laju, sometimes rasa sedih juga kenapa la diri aku slow macam nih? Jeles dengan bos pun ada kadang-kadang. Haha.. Di tambah masalah pelupa, sangat tak best bila kerja simple but need to ask your superior more than once. Bad impression indeed. Sometimes got problem dengan confidence diri, terutamanya ketika meeting bila need to deal with other more experienced people. And paling tak best bila kene tanya dalam meeting and aku blank -_-" krik krik krik...Aku tak pandai nak main ayat. Tak pandai juga berbual tentang hal serius dengan orang lebih tua dan professional. Kalau bual kosong dan lawak bangang memang bidang aku. Haha..

Lemahnya diri nih. Tapi walau lemah macam mana pun, Allah tak akan bebani hambanya dengan masalah-masalah yang melebihi kemampuannya. Mungkin Allah takdirkan aku hadapi pelbagai dugaan ni, kerana aku mampu menghadapinya. Insya Allah ada lagi masa untuk perbaiki kelemahan diri. Dan mungkin juga ini merupakan balasan dosa-dosa yang aku buat. So need to get myself back to the right track.


Tapi bersyukur kepada Ilahi, di berikan persekitaran kerja yang menarik dan meriah. Office selalu meriah dengan gelak tawa officemate. Memang betul orang kerja kat plant nih sempoi dan mesra, jika di bandingkan dengan kerja di office lain. Senang bergurau senda, buatkan kerja tak rasa bosan. Janji kerja siap, even manager pun selalu join gelak. Senior engineer pula jenis kuat bahan orang. Memang jadi mangsa la jawabnya. Cuma risau kadang kala, aku terlalu suka bergurau. Dan gurauan spontan aku mungkin lukakan hati orang lain. Need to control myself more I guess. Your superior is your superior. Remember that!

Despite all the hardship earlier, sebenarnya Allah telah berikan kemudahan kepada aku. Ada Hash yang banyak asisst aku, and others yang willing to answer when asked. Paling best sebab ada geng-geng gadis bujang peneman hang out. Takde la pressure sangat. Haha..
.


After almost 3 months, I think I love my job and the people around me. May Allah bless the friendships made and insya Allah make it last as long as possible. Keep smile and continue my journey..And finally trust me, I'm an engineer..


Saturday, May 19, 2012

Today My Life Begins - New Life Phase

Sila klik untuk mendengar lagu --> Bruno Mars - Today My Life Begins

Soundtrack untuk post kali ini adalah lagu Bruno Mars bertajuk Today My Life Begins. Alhamdulillah semalam, 18th May 2012 secara rasminya report duty untuk bekerja di Centralised Utilities Facility, Gebeng (CUFG) sebagai Plant Engineer. As the song entitled, it marks the new life phase that I will go through for the next coming years.

Sebelum melapor diri, banyak pengalaman manis tercipta dan dilakar bersama sahabat - sahabat. Terdahulu pada 2nd May 2012 check in di PETRONAS Leadership Centre (PLC - formerly known as PERMATA) untuk PETRONAS Induction Program for new Executives (PIPE). Post khas untuk PIPErs 91 bakal menyusul. Seronok bila persahabatan baru terjalin manakala persahabatan lama di eratkan lagi sepanjang program berlangsung.



Selesai PIPE, kene report duty dahulu di Menara Berkembar PETRONAS dengan HR PETRONAS Gas Berhad (PGB). Merasa juga akhirnya nak naik bangunan yang merupakan kemegahan negara. Lif dia laju cam harom. And for the first timer, agak pening lalat dengan sistem lif di situ. Selepas briefing oleh kak Yazreen, pada petang yang sama kene bertolak ke Kerteh pula, since HR untuk CUF berada di Kerteh. 1st time naik flight dari Subang ke Kerteh. Excited and nervous masa nak naik kapal terbang. Excited giler sebab laju. Haha..



Tiba di Kerteh, bermalam di Residence Paka. Hotel free lagi. Thanx PETRONAS. The next day report duty di CUF Kerteh dan terus gerak ke Gebeng. Bermalam di Swiss Garden pula. Alhamdulillah rezeki di permudahkan. Cabaran bermula bila usaha mencari rumah sewa sering kali bertemu jalan buntu. Rezak aku kalau da sampai lebih 10 taman rumah aku usha, tiada rumah sewa yang available. Alhamdulillah jumpa akhirnya selepas 3 hari berpusing di area Gebeng. Harga yang agak mahal tapi fully furnish dan selesa. OK aje rasanya..kot..

Semalam semasa dapat briefing dari bos di CUFG, sudah terasa tekanan kerja. High expectations, a lot to study, new environment, new people to know, new to the process and the equipment there. Definitely this will be a challenge for me, and all I ask is for your doa that I can survive and succeed in this new life phase. Insya Allah...


Tuesday, April 10, 2012

Communication : How Hard Can It Be?


Communication. How hard can it be? Ask yourself and give a minute to think about it.

Setiap hari, kita perlu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita. Sama ada untuk menyampaikan info, berkongsi idea, memberi arahan, mahupun menerima arahan. Semua aktiviti ini memerlukan kita untuk berkomunikasi. Tapi, sejauh manakah keberkesanan anda berkomunikasi dengan orang lain?

Sesudah tamat pengajian, kembali kepada masyarakat di luar, terasa sangat kekok. Tak tahu bagaimana hendak berkomunikasi dengan masyarakat biasa. Mungkin kerana memandang rendah atau terasa diri lebih bagus dari orang lain, aku hadapi masalah untuk bercampur dengan mereka. Memakan masa untuk adapt diri, untuk masuk dalam perbualan dan topik mereka. Ini kerana gaya dan cara komunikasi mereka berbeza. Selalunya ketandusan idea untuk berkata-kata ketika mereka rancak berbual. Bukan tiada idea, ada tapi tak sesuai dengan mereka. Pernah aku gunakan idea itu, tapi tiada respond. Sebaliknya di pandang dengan pandangan " Tau la ko budak pandai, tak yah la cakap pasal tuh/macam tuh". Di dalam hati tak berniat pun sebegitu, tapi itu yang terjadi. Dan semestinya ini bukanlah perkara yang elok. Terasa sangat sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Tapi haruslah di ingat, jangan memandang rendah mereka. Mereka punyai pengalaman hidup yang lebih banyak dan bernilai. Dan mereka mungkin mempunyai "common sense" yang lebih baik dari kita. Mereka mempunyai hati yang lebih baik dari kita, lebih mudah untuk menghulurkan bantuan tanpa ego atau angkuh.

Perkara ini perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Alhamdulillah, semakin mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Hal ini juga buatkan aku rasa lebih memahami kelemahan dan kekuatan diri.

p/s: terus sabar menanti panggilan yang di nanti-nantikan.

Sunday, March 18, 2012

2 Bulan

Tarikh hari ini 18 Mac 2012. 2 bulan telah berlalu begitu sahaja. Masih kesepian menanti panggilan yang tidak kunjung tiba. Terasa diri makin kerdil, makin di lupakan. Beberapa rakan telah mendapat panggilan rezeki masing-masing. Alhamdulillah gembira untuk sahabat yang telah di murahkan rezeki oleh Allah yang Maha Pemurah. Pada masa yang sama, sedih di hati kerana giliran aku masih belom tiba. Tak mengapa, insya Allah akan tiba jua masa aku. Bersabarlah hati...
Bak kata Masta Yoda " Patience, you must:"

At the same time, I really miss my student life. Sentiasa ada sahabat untuk bergelak tawa. Ada rakan untuk di ajak bersukan, berfutsal, berbadminton. Ada kawan untuk hang out di Ipoh dan menonton wayang. Ada rakan untuk bersama-sama menonton perlawanan bola sepak EPL. Kutuk dan caci maki merupakan resipi pengerat silaturahim. Damn miss those times..


Sunday, February 19, 2012

My Convocation Will Be On?

Ramai kawan-kawan Jan 07 yang telah menamatkan pengajian bulan lalu tertanya-tanya, bilakah tarikh convocation kami. Alhamdulillah, UTP telah keluarkan announcement bahawa convocation kami akan berlangsung pada 21st October 2012, hari Ahad.

Majlis convocation ini bakal menggabungkan batch January 2007 dan batch July 2007 dan Jan 2008 untuk course ICT/BIS. rasanya lah..

Tarikh convocation sudah keluar. Semoga sebelum hari bersejarah ini berlangsung, semua rakan-rakan telah berjaya mendapatkan pekerjaan atau menyambung pelajaran bagi yang berkenaan. All the best to all of you. Jumpa di UTP October nanti :)


Sumber : Sila klik --> Convocation Date

Penantian Satu Penyeksaan?

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir buat semester terakhir yang lalu telah keluar. Malangnya terdapat pelbagai masalah dan rintangan terpaksa aku hadapi semata-mata untuk view result aku. Mungkin staff di finance kene amnesia atau mata kerabunan terlampau sehingga saman aku yang telah clear masih ada dalam blacklist mereka. Mujur aku di beri kemudahan telekomukasi iaitu telefon bimbit untuk menghubungi senior manager Security Department. Macam biasa, petik nama orang-orang atas maka akan setellah masalah remeh temeh tersebut.

At the end, berjaya juga nak view. Result pun alhamdulillah mencapai target. Tak terlalu tinggi tapi cukup-cukup makan. Walau apapun aku cukup bersyukur. Tu la, sapa suruh main-main dulu kan? Tanggung la sendiri. Sejurus boleh view result, terus report duty kepada PETRONAS. Insya Allah, bermula penantian lagi perit dan menyeksakan. Berapa lama nak tunggu untuk placement? Terdengar khabar ada yang sudah dapat di Kerteh buatkan aku semakin teringin untuk dapatkan placement juga. Walau apapun, rezeki di tangan Allah. Semoga aku dikurniakan rezeki untuk dapat kerja cepat. Amin..


Terasa gembira bercampur duka. Gembira kerana result alhamdulillah. Duka kerana selepas ini tiada lagi debaran menanti saat result keluar. Tiada lagi stress dan study group sebelom peperiksaan. Yang ada hanya jalan yang masih tak tentu. Menanti kerja memanggil aku.

Thursday, January 19, 2012

What I've Learn

Semalam bertolak pulang dari UTP. Sepanjang 5 tahun bermukim di Tronoh, berpuluh kali, mungkin juga beratus kali aku lalu melepasi gate UTP yang tersergam megah dengan signboard dan logo UTP tuh. Tapi semalam tatkala aku melalui gate UTP, terasa perasaan yang sangat berbeza di dalam hati. Aku tahu itu mungkin kali terakhir aku melangkah pergi dari UTP. Kalau ada rezeki mungkin convocation nanti, tapi itu pun tak pasti lagi aku akan kembali ke UTP.

Terlalu banyak kenangan indah dan pahit tercipta. Banyak yang aku belajar. Selain dari ilmu kejuruteraan kimia yang sarat dengan math dan theory, ilmu kehidupan juga banyak menyerap ke dalam diri. Dari seorang yang nerd, aku belajar untuk berkawan dengan pelbagai jenis manusia. Belajar bersahabat, menghargai dan di hargai. Belajar membantu yang memerlukan dan belajar merendah diri untuk meminta bantuan ketika perlu. Bertambah juga sedikit ilmu agama dengan bantuan senior dan rakan-rakan yang sanggup berkongsi ilmu agama dengan aku.

Antara perkara paling aku suka adalah Convofair 2008, 2009 dan Titian Budi 2009. Jujurnya aku memang sangat suka event. Dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru. Menambah kenalan, menambah kenangan bersama. Dan paling penting pengalaman bila berurusan dengan manusia yang bukan dalam circle of friends kita. Di sini la aku belajar bagaimana nak bercakap dengan orang yang lebih tua untuk urusan rasmi, bagaimana nak manipulate keadaan, belajar serba sedikit berkenaan politik kerja. *politik ini luas, bukan sekadar politik kepartian sahaja


5 Tahun yang berlalu telah membentuk diri aku seperti hari ini. Mengubah gaya pemikiran aku, mengubah cara pembawaan diri aku. Tetapi semua perubahan ini, adakah cukup sebagai persediaan aku untuk menghadapi dunia sebenar? Menghadapi dunia pekerjaan? Dan seterusnya untuk hidup berkeluarga? I doubt it. Tapi life goes on. By hook or by crook aku akan tempuhi semuanya.

Saturday, January 14, 2012

The End is Near...

Berlalu sudah 5 tahun yang penuh warna warni kehidupan seorang pelajar Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi PETRONAS. Pelbagai suka dan duka di harungi bersama. Pelbagai aktiviti di laksana bersama. Akhirnya perpisahan menanti kita. Semoga perpisahan fizikal ini hanya sementara. Hati kita tetap bersama-sama. Sehingga berjumpa lagi. Gudluck dalam kehidupan. Gudluck di alam pekerjaan. Kawen jangan lupa member :)

Last night, dari sekadar duduk bersembang, sehingga kepada rakaman ucapan. Tetiba terakam sebuah lagu khas yang sangat menyentuh jiwa. Semoga persahabatan kita berkekalan abadi. Maafkan salah silap ku. Halalkan segala hutang makan, minum dan ilmu. Insya Allah, yang terbaik untuk diri kita.

I was laughing but my tears dropped..irony..it was hilarious but so sad deep inside..gonna miss u guys..gonna miss the student life..gonna miss CJ7..gonna miss Jan 07. Lagu Kenangan Terindah khas dituju kepada semua CJ7 dan semua batch Jan07..luv yall...sila klik-->



Wednesday, December 21, 2011

Pre SI and CBI...Bring It On!!

Tomorrow and Friday is the day that will set where my future will be. Bring it on SI and CBI!
Untuk yang tak mengetahui, SI stand for Structured Interview and CBI stand for Competency Based Interview bukan c*b*i ok?. Kedua-duanya adalah interview wajib sekiranya mahu apply kerja dengan PETRONAS. Pelbagai bahan bacaan sebagai persediaan interview esok telah di kumpul. Tinggal nak baca sahaja. Moga segalanya berjalan lancar untuk interview esok. Ya Allah permudahkan sesi interview aku dan rakan-rakanku. Murahkan rezeki kami. 



Lately sangat negative dengan diri sendiri. Even time present poster tak yakin dengan diri tapi alhamdulillah all iz well. Insya Allah momentum positif perlu di teruskan untuk menghadapi hari yang mendatang. 



p/s: ada test SPC esok, 9.30am. 12noon SI pula. Dugaan..Nak study test lagi. Fuh~

p/s : susulan kes Luis Suarez kene ban 8 game, Mario Ballotelli's tweet : "The FA are willing to ban someone based on one persons claim, with no video evidence? In that case the whole man U squad racially abused me"

Monday, December 19, 2011

6 Steps To Completing Your Dissertation


Currently I am at stage "panic" and " despair" =_="

p/s: credit to Zura..dapat dari fb dia..haha..

Menanti Saat Cerai Talak 3

Hari ini sepatutnya due untuk submit dissertation/final report Final Year Project (FYP) untuk pelajar Chemical Engineering batch Jan07. Orang lain terkontang kanting berhempas pulas mengadap laptop untuk siapkan dissertation tapi aku terpaku membatu di dalam lab menunggu dapat result. Tiada result so macam mana nak buat dissertation? Few hours later dapat juga result tapi masalahnya result pula macam haroommmm paham2 sendiri la yer.


Meeting dengan SV untuk mengadu domba tapi SV pun tak boleh nak tolong. Masalah sebab aku tak reti nak menipu result experimen, so dengan jujur bertanya SV, "Macam mane nih  ma'am?". Tiada jawapan yang best untuk aku dengar. Nasihat akhir dari rakan-rakan yang berkongsi SV, " Ko nih jangan la jujur sangat". Challenge accepted! Demi memudahkan part diskusi di hujung dissertation, data yang tiada telah aku ada kan. What sorcery is this? This is what we called use your brain, and I don't give a damn.


Dissertation submit esok. Viva/final presentation pula minggu depan. Doakan aku dan rakan-rakan berjaya survive mengharungi dugaan FYP ini. Tak sabar rasanya nak lafazkan talak 3 dengan FYP. But then I'm gonna miss my student life.

Sunday, December 11, 2011

New Face, Yet Same Old..Same Old..

Lupa nak buat post pasal wajah baru blog aku nih. Sebelum ni merah sahaja sampai sakit mata nak tengok dan baca. So revert back to the most simple colour, black and white. Harap memudahkan pembaca nak baca.

Dan mesti ramai tertanya kenapa la header blog nih pelik semacam. Itu la asal usul lipan kat kaki. Actual picture of my x-ray. Dan nampak kan ada satu skru terjojol tuh? Hahahah. Skru tuh loosen up, and I have to undergone another surgery to remove it. Penangan banyak sangat main futsal rasanya sampai skru boleh tercabut. Hahaha.. OK, fine I know it ain't funny


Aku suka new look. Tak creative seperti aku harapkan tapi aku suka simple. Black and white.

 
p/s : Bestnya hidup kalau semuanya simple dan jelas seperti black and white. Unfortunately most of the things in our life lies in the grey area.


The Week Ahead..FYPeh~~

Next week ada presentation poster FYPeh~~. So ape ade hal? Present aje pon kan? Tapi macam mana nak present kalau result pon tak ada. Yang ada pon hanya result yang kalau aku jujur present time presentation kene tembak dengan M16 mahupun AK-49. Suma head shot. Ada baki 3 hari before present ari Rabu dan Khamis. 3 hari sahaja masa yang ada untuk cuba dapatkan result yang wajib ada dalam poster as requested by SV.

cepat abes fyp..xsabo da nih nk bako~~


FYP aku mostly kerja lab. Rasa macam jadi chemist pulak, bukan chemical engineer lagi. And to be honest, aku tak rase chemistry is fun anymore. Boooorrrriiiinnnggggg..........

So malam nih cuba baca sikit yang mungkin perlu time presentation nanti. Poster buat sikit. Dan tidur awal sebab perlu bangun awal untuk berkampung di lab Block 4.

p/s : sah-sah la result yang dapat tuh aku alter, biar nampak elok aje untuk poster, final report and technical paper.
p/s : baik tak perlu masuk lab buat result, sbb nnt tipu result juga kan? Ape pendapat korg?
p/s : tak payah nk kutuk aku tipu result, korg pon same aje. kui3..

Friday, October 21, 2011

Injured Aje Keje Ko Yer..

Moral down betul bila dengar member bising-bising ajak maen futsal. Kalau tak futsal, bola padang. -_-"
Sedih betul rasa dalam hati mengenangkan lutut kiri aku ni. Injured pulak~

Injury lama yang penah berulang sebelum ni. Tapi kali nih aku dapat rasa paling teruk sejak aku injured 5 tahun lepas. Punca injury sbb kene tackle dari belakang time foundation dulu, tahun 2007. Main petang-petang di belakang blok V1C. Last week, lutut dislocate lagi. Boleh dengar bunyi tulang berlaga tuh. Haih, sakit dia masya-Allah. Tak pernah aku menjerit sakit macam tuh kat tengah-tengah court macam orang gila. Ditambah dengan panik sebab dengar bunyi tulang dan rasa sakit dia, ingatkan kaki aku patah. Trauma kejap bila teringat kaki kanan aku patah time Form 4 dulu. Doktor cakap aku kena Anterior Cruciate Ligament (ACL). Tak buat MRI tapi based on fizikal inspection.


Cara aku dapat injury sama macam picture kat atas

Hurm...Apa la nasib injured sokmo. Sejak patah kaki Form 4, hujung Form 5 baru la aku boleh nk berlari-lari sikit. Sepak-sepak bola sikit. Masuk foundation injured lagi. Kaki kanan baru nk ok, kaki kiri pula buat hal. Memang da ditakdirkan aku tak boleh bersukan ke? 

Dari kecik memang aku tiada talent bab sukan ni, walaupun aku sangat suka sukan. Paling favourite futsal and badminton. Dari kecik selalu kene kutuk lari slow la, lumba lari dengan budak kecik pun kalah la, orang lagi gemuk lagi laju la. Bukan aku mintak fizikal aku tak power bersukan, tapi dapat badan macam nih nak buat macam mane? Memang selalu sangat jeles bila tengok member terer sport. Teringin juga nak macam dia. Tapi apekan daya...Allah dah bagi aku rezeki aku macam ni. Redha sahaja..

Selalu juga kena sound dengan member, " Tak payah main lagi la poji, kaki ko tuh da macam tuh". Hurm, bukan aku tak nak terima nasihat, tapi andai kata dia paham passion untuk bermain tu macam mana, aku yakin dia tak kan bagi aku nasihat macam tu. Time main la aku dapat rasa happy boleh gelak-gelak buat sumthing aku suka and at the same time buat aku lupakan masalah duniawi yang smenyerabutkan kepala aku. Hurm...

Lutut kiri + FYP + **** = aku serabut betol laaaaaa...

p/s: Setiap berlaku daripada Allah, dan setiap berlaku ada hikmahnya. Mungkinkah ini yang terbaik buat diriku? Hatiku memberontak tidak puas hati. Ya Allah, ampunilah dosaku, lembutkanlah hatiku yang keras ini..

Monday, August 8, 2011

Mimpi Pelik dan Air Mata

Mimpi. Apa yang korang tahu tentang mimpi? Sejauh mana kebenaran mimpi kita? Apa kesan mimpi dengan diri kita?

Mimpi juga terdapat pelbagai jenis mimpi. Mimpi gembira, mimpi sedih, mimpi ngeri, mimpi seseorang rindu ? dan macam-macam lagi. Mimpi ngeri yang menerjah masuk ke dalam tidur kita kebiasaannya dikaitkan dgn mainan syaitan. Syaitan yang hasad dengki cuba menggangu anak cucu Adam.

Kadang-kadang bila kite terlalu kerap memikirkan sesuatu perkara, ia bakal muncul di dalam mimpi kita juga. Apa yang kita mahukan, apa yang kita benci, apa yang kita takuti, dan  apa-apa sahaja yang minda kita mampu fikirkan. So basically, mimpi ini hanya mainan minda sahaja. Yang menjadi sempadan kepada mimpi kita adalah batasan imaginasi manusia.

Tetapi apa kaitan mimpi dengan air mata? Kalau ia hanya sekadar mainan minda yang muncul di dalam tidur sahaja, kenapa ada reaksi dari segi fizikal selain mimpi basah :) ? Pelik bila fikirkan apa yang berlaku pagi tadi.

Tersedar dari tidur gara-gara perkara sedih yang bermain di alam mimpi. Tak tahu bagaimana boleh berlaku, termimpikan arwah abah. Walau sudah hampir 6 tahun berlalu, rasa sedih dalam diri masih melekat jauh di sudut hati. Yang pelik nya, ketika tersedar dari tidur, air mata berjurai mengalir. Hati terasa pedih dan sedih yang sangat. Seolah-olah benar-benar berjumpa dengan arwah di dalam mimpi tersebut. Termimpikan saat-saat akhir bersama dengan arwah.hurm..

Sejak akhir-akhir ini, sebenarnya banyak berita kematian bapa aku terima. Junior sekolah aku, seorang junior yang aku kenal ketika Kem Sains Mara dahulu dan terbaru pemergian ayah Farid Keroro semalam. Sebagai seorang yang telah merasa kehilangan, aku sangat faham perasaan mereka. Hilang tempat bergantung dan bermanja mesra. Secara tak sedar aku kerap juga cuba memberi sokongan moral kepada mereka, mengikut keadaan dan situasi. Kerana bila aku fikir keadaan mereka, aku rase seperti melihat diri sendiri 6 tahun lalu.

Mungkin atas faktor ini lah juga mimpi pelik pagi tadi berlaku. Sebab aku kerap memikirkan perkara yang berlaku. Dan aku yakin bukan aku seorang sahaja yang pernah mengalami mimpi seperti ini. Pesanku kepada sahabat yang senasib, banyak kan bersabar dengan dugaan yang tiba. Doakan lah kepada arwah semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..

Monday, July 4, 2011

Jaga Diri Lek Lok..yer...

Sejak dua menjak nih, ada satu emel yang kerap di"forward" kepada student UTP, berkenaan dgn nasib malang yang telah menimpa seorang pelajar Chemical Engineering Final Semester, saudara Mohammad Abd Hafiz bin Abu Tahir atau lebih dikenali dgn nama Hafiz Log. Dia nih aku kenal masa terlibat dengan Convofair 2008. Hafiz Log seperti nickname dia, masuk department Logistic dan aku pulak dept Biz. Aku takde la rapat dengan hamba Allah nih. Dia nih jenis happy go lucky, senang senyum dan gelak juga bila aku bergurau dengan dia.



Menurut cerita, dia terjun dari cliff kat tepi pantai. Tapi malangnya air cetek so dia terhempas atas sea bed. Kesan dari terhempas, Hafiz patah tengkuk, "burst fracture" di tulang belakang dan hemorrage (betol ke ejaan nih?). Manurut diagnosis doktor, selepas operation dan rehabilitation selama, kalau tiada perubahan dia akan lumpuh for the rest of his life. Innalillah hi wa innalillah hirojiun... Sangat berat dugaan yang dialami diri beliau dan famili beliau. Semoga Allah menguatkan hati hamba-hambanya yang Dia uji..amin..






Kepada yang bermurah hati untuk menderma dan meringankan beban keluarga beliau boleh la beri sumbangan di  akaun akak beliau, Fatanah binti Abu Tahir@Lampina, akaun CIMB 0115 0070 967524. Kos perbelanjaan untuk beli peralatan meringankan beban Hafiz mencecah RM 11k sedangkan parents dia hanya pekerja FELDA biasa shj.

Kalau anda berada di tempat Hafiz, apakah pilihan anda? Kalau di beri pilihan antara mati dan cacat sebegini? Kalau aku, aku lebih rela mati dari hidup cacat dan menyusahkan terutamanya ibu bapa aku. Tapi itu kalau di beri pilihan, tetapi Allah tidak beri pilihan tuh kepada beliau. Insya Allah mungkin ini dugaan Allah kepada beliau sekeluarga, semoga di balas kesabaran mereka dengan sebaik-baik balasan di akhirat kelak..

Peristiwa yang menimpa Hafiz Log nih buat aku rasa sedih sebab sgt kesian dgn keadaan beliau sekarang. Kurus kering dan tak mampu buat apa-apa. Padahal dulu badan dia tough la jugak. And buat aku tergerak untuk buat post nih bila mana ada seorang sahabat pesan kat aku kat gtalk:


"kesian kn...takotnye
ko jge dri lek lok
sllu dpt berite psal budak final yer
every sem rsnye ade"

Menusuk kalbu betul nasihat nih. Sebab aku pon jenis agak gila-gila bila melibatkan aktiviti outdoor nih. Suka mandi sungai dan air terjun, suka main diving-diving, buat backflip la. Macam-macam lagi la. Suka bawak motor laju-laju. Haish..Kira aku bole masuk kategori berisiko tinggi jugak la rasa nyer..hurm,...

Andaikata malang menimpa diri yang hina ini, sementara ada kesempatan aku nak mintak maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata mahupun perbuatan. Almaklumlah, aku nih mmg selalu menyusahkan orang lain, selalu buat orang marah, selalu terlanjur kata-kata yang mengguris hati, dan banyak la perbuatan jahat yang mungkin hanya Allah, aku dan kau shj tahu. Maafkan kejahilan diriku pada masa itu. Halalkan makan minum atau ada hutang. Kalau ade hutang tuh sementara ingat remindkan la kat aku, insya Allah aku bayar. Kalau terlupa mohon di halalkan..

Semoga kita bersama-sama hidup dalam Islam dan mati juga dalam Islam..insya Allah..

Tuesday, June 21, 2011

Khamis bin A.Manan

Eh? Nama siapa pulak tuh? Da agak lama tak tulis nama nih. Ini la nama antara insan aku paling sayang di atas muka nih. Abah aku.

Rasanya satu-satunya gambar mak dgn abah.

Sempena Father's Day nih, banyak sangat status, twitter, and article pasal bapa. Mula-mula ok jer, tapi bila da banyak sangat aku tak boleh tahan gak rasa sedih dalam hati nih. Sayu rasa sebab semua cerita pasal ayah masing-masing. Tak ketinggalan juga insan-insan yang berkongsi perasaan sama dengan aku, mereka yang telah kehilangan insan bergelar BAPA.

Tak ada niat pon nk buat post pasal abah, sbb mesti nak banjir aje mata nih. Tapi tadi terbaca pulak status kawan aku, ayah dia datang support dia time tournament. Hahaha..Ok siyesly aku sangat jeles sebenarnya. Jeles sebab ada beberapa occasion yang aku sangat berharap abah ada sekali, untuk tengok aku, untuk bangga dengan diri aku. Tapi orang yang waras pemikiran pon tahu sesuatu yang tak mungkin berlaku, tetap tidak akan berlaku. 

Tak aku nafikan, sepanjang hayat aku, abah la orang yang paling banyak mempengaruhi aku. Yang paling banyak support aku dalam akademik. Kehilangan abah sebenarnya aku sangat terasa. Lagi aku terasa sebab tahun terakhir abah ada (2005), aku banyak buat dosa dengan abah. Tahun 2005 aku paling banyak menyusahkan abah. Paling banyak beri abah tekanan dan kejutan. Dengan accident nyer, patah kakinyer, kene operate pulak, aku kuar masuk hospital sbb kaki tuh. Abah jugak yang susah payah hantar and ambil. Tu belom campur macam mana rase susah hati abah dgn keadaan aku. 

Dalam tahun yang sama, bila abah masuk hospital, aku larikan diri tak nak jumpa abah sbb aku sedih tgk abah dalam keadaan sakit di hospital. Tapi aku lupa satu perkara, betapa abah rindu and sedih aku tak dtg jenguk abah sampai abah sebut nama aku. Aku seorang anak yang teruk dan pentingkan diri sendiri. Sampai hari ini aku tak akan maafkan diri aku sbb kebodohan aku tuh. Alhamdulillah atas teguran mak dan adik beradik aku pergi juga jenguk. Sedih tgk abah masa tuh. 

Bila abah da tiada harapan, dan doktor pon ckp abah tak lama lagi, hospital hantar abah balik ke rumah. Tinggal sebulan sahaja, tapi ahli keluarga tiada seorg pon beritahu aku. Da 2 minggu kemudian baru dapat tahu,itu pon terdengar mereka berbual. Sedihnya rase dlm hati ms tuh. Tapi lagi sedih sbb aku tak luangkan masa dgn abah sepatutnya. Aku asyik larikan diri. Tak tahu kenapa aku teruk sgt. Bila da tiada baru rasa menyesal tak sudah. 

Kali terakhir bersalam dengan abah, seminggu sebelom abah pergi sbb aku kene balik asrama. Kali pertama dan terakhir aku salam dgn abah dgn linangan air mata, dan minta maaf dgn abah. Abah maafkanlah poji. 
- Al-Fatihah-

Sekarang pon aku masih larikan diri daripada mak. Dengan konflik dalam keluarga lagi. Akak da tegur da aku sbb da buat lagi perangai. Jangan lupa, ada lagi seorang insan yang aku perlu bertanggungjawab sebelum terlambat. Ya Allah ampunkan aku, ubahkanlah perangai aku.

Pesan aku, hargai apa yang kita masih ada, jangan menyesal bila sudah tiada...

Monday, May 16, 2011

Cuti Semester

Tajuk cuti semester...
Cuti semester pon cume seminggu aje..
Tapi da busan giler..
Takde motif..sj nk bgtau aku tgh cuti semester..
Tu jer....