Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

La Tahzan..

"Betapa hati meronta ingin berlari bebas di atas padang, tapi limitasi diri membataskan segalanya. Bersabarlah hati"
-Ponci,2013-

"Hanya yang merasa akan faham, yang melihat mungkin hanya ada simpati. Mungkin.."
-Beliau, 2013-


Dari belakang, kelihatan model di atas sedikit katang bukan?Ehes.. Tentulah bukan aku sebab kalau aku, tentu boleh dilihat dengan jelas kelibat lipatan lipid di kiri dan kanan abdomen tu. -_-"

Beberapa hari lepas, CUF mengadakan perlawanan friendly antara CUF Gebeng vs CUF Kerteh di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Keputusan berpihak kepada CUF Kerteh dengan jaringan 2-1. Anyway, itu bukan point utama. Sebenarnya gambar dan caption di atas adalah luahan hati aku dan juga model tersebut. Walau injury berbeza, tetapi berkongsi nasib yang hampir sama. Tak boleh bermain game favourite dan hanya mampu melihat manusia lain berlari mengejar sebutir bola bulat. Mungkin ini dugaan untuk kami, jadi yang termampu hanyalah melihat dari jauh...

Mujur ada juga sahabat-sahabat yang berhati murni memberi kata-kata semangat kepada kami. Antara nasihat yang mengusik hati kecil ku ini :

"Mungkin DIA ganti dengan keseronokan yang laen..contohnya bergurau senda dengan isteri-isteri..itu contoh."
-Muhammad,2013-


Mat, kenapa part isteri tu plural? hahahaha....

Insya Allah, kalau berkesempatan hujung tahun dalam December 2013 ini cuba buat operation untuk repair lutut. Mungkin sempat kot.. Mungkin...Doakanlah di permudahkan. Aminn...


p/s : Model di atas adalah penulis kepada blog Bukan Sekadar Cakar Ayam yang femes tuh. Ehes...



Thursday, March 22, 2012

Understanding


UNDERSTAND - One word, that is powerful enough that not many have it in them. I wish that I found someone that really understand me, to be my future wife to be. I wish that I have good friends that understand me well. I wish for my family to understand every decision I made or will make. But remember relationship ain't a one way traffic.

The most important thing is that, I UNDERSTAND my purpose of life. To be servant to my ONE and ONLY CREATOR.

The problem is, I don' understand myself.

Saturday, December 24, 2011

Ustaz Azhar Idrus Perlu Jaga Adab

Sebelum baca post kali ini, mungkin lebih elok kalau anda tonton dahulu video ini :
sila klik :  UAF - Azhar Idrus Perlu Jaga Adab

Summary video adalah menegur/melarang ilmuan/agamawan untuk guna bhs yang kasar/kesat walaupun di sesetengah negeri perkataan tersebut adalah perkara biasa. Walau tidak dinyatakan di tuju kepada siapa secara jelas tapi boleh di agak siapa yang di maksudkan oleh beliau.

My personal opinion:

1. Rasanya sebagai ulama, lebih baik untuk menegur isteri PM dan para menteri dan para isteri menteri yang merupakan pemimpin negara yang mengaku Islam. Tegur ape? Rasanya da jelas kot. ke nk kene cite gak ape perlu di tegur?

2. Kalau anda sebagai pendengar, anda lebih mahu dgr ceramah siapa? Seperti ustaz dalam video di atas atau  Ustaz Azhar Idrus(UAI) ? Siapa lagi bosan? Siapa lagi menarik? Siapa yang lebih berpotensi/terbukti berjaya menarik perhatian masyarakat? 

3. Cara approach Ustaz Azhar Idrus(UAI) terbukti berkesan/xbosan untuk tarik minat segenap lapisan masyarakat tua/muda. Cara/bhs kasar yang digunakan adalah untuk bagi sedar salah diri. Senang kata "headshot". Kalau kita tak buat salah, tak perlu la terasa sgt bukan? Selain itu diselit dgn gurauan supaya pendengar tertarik dan tak bosan.

4. Apa bukti approach UAI berkesan? Ramai yang berminat/ datang dari jauh untuk mendengar ceramah beliau.

5. Based on ceramah UAI di Meru, Ipoh, beliau memberi satu analogi:
Besi yang berkarat, kita gosok dengan satu lori tisu yang lembut. Mahal ke harga besi itu?
Tetapi kalau besi itu kita bakar, sudah di bakar di ketuk-ketuk dengan kuat. Mana lagi berharga?Besi yang di gosok dgn tisu atau dibakar dan kemudian diketuk-ketuk?

6. Nabi Muhammad tak pernah guna cara kasar? Boleh bukak balik sirah. Ada sahaja Nabi Muhammad tarbiah secara keras. 

7. Anda sila tambah komen anda...

Thursday, December 15, 2011

Perkara Yang Membatalkan Akidah

Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah (aqidah) dan iman terbahagi kepada tiga:

1. Iktikad.

2. Perbuatan.

3. Perkataan.

Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran. Secara ringkasnya seperti berikut:


1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.

2. Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.

3. Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.

4. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.

5. Menghina al-Quran.

6. Menghina Rasulullah s.a.w dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.

7. Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.

8. Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.

9. Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.

10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.




di ambil dari http://ustaznaim.blogspot.com/2009/05/perkara-yang-membatalkan-aqidah.html

Sunday, December 4, 2011

Anger Management


Anger - Amarah
Management - Pengurusan

Dua perkataan di atas antara perkara yang common dalam diri setiap oramg. Manusia tak lengkap tanpa amarah kerana manusia diciptakan supaya mempunyai perasaan. Tetapi tanpa pengurusan yang baik maka akan hancur musnahlah peribadi individu tersebut. Benda yang sangat mudah dan simple untuk kita dengar mahupun perkatakan, tetapi berjayakah kita praktikkan di dalam kehidupan seharian?

Hati kebelakangan ini terasa kosong. Empty.... Duduk sebentar berfikir kenapa dengan aku nih? Muhasabah diri sekejap. Nampak satu kelemahan diri, panas baran. Memang aku akui aku panas baran, tapi semenjak masuk final year semakin menjadi-jadi panas baran. Semua benda nak di marah sahaja. Kalau bergurau pun nak marah. Kalau dulu tak kisah aje bergurau. Orang bahan macam mane pun aku tetap layankan, gelak sahaja. Sebab aku tahu dengan bergurau kita merapatkan ukhuwah sesama sahabat. Tapi sekarang sangat sensitif dan terlalu mudah tersinggung. Why?



Selepas bertanya dengan si hati dan si akal, aku rasa punca makin kronik panas baran aku sebab aku pendendam. Setiap kali orang bergurau yang aku tak suka, aku tetap senyum, aku tetap gelak tapi dalam hati tercalit satu tanda amarah. Dalam minda aku imaginasikan aku maki, pukul, belasah atau apa-apa sahaja kepada individu tersebut. Dan kalau ada peluang untuk aku balas dendam, atau balas apa dia buat kat aku, aku tak kan lepaskan peluang. Bayangkan kalau 1000 kali begitu. Bayangkan setiap kali, setiap minggu, di sebut, macam mana agaknya perasaan aku? Bagaimana keadaan minda aku? Kesannya, aku mula benci kat manusia lain. Setiap kali orang bergurau perkara aku tak suka, on the spot riak muka tak boleh nak di control. Aku paling takut suatu hari nanti ada yang betul-betul aku tumbuk nanti. Ya Allah jauhkan..
Anger management aku teruk, selepas bertahun-tahun sekarang makan diri. Mental aku da tak cool and chill macam dulu. Masih ada masa mungkin untuk aku perbaiki diri. Tapi, doa sahaja aku dapat kembali ketenangan minda seperti dulu.

Saturday, August 13, 2011

Bolehkah Roh Si Mati Datang Menziarahi Kita?


Baru-baru ini, ada seorang sahabat telah share sesuatu yang menarik perhatian aku. Memang sangat releven dengan aku memandangkan post aku yang lalu berkenaan Mimpi Pelik dan Air Mata. Dan alhamdulillah saudara Matin berkongsi sedikit ilmu. Trimas saudara :).


Di bawah copy paste ape yang saudara Matin share.




Soalan pertamanya berbunyi: "Bolehkah roh si mati pulang ke rumah atau melawat keluarga?"


Jawapan 1: “Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qarin. Qarin ini memang wujud, dalam al-Quran al-Karim” Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.


Jawapan 2: Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil Firman Allah maksudnya: “Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka (orang kafir) dia berkata: ” Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” (Al-Mukminun: 98-99)
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibnu Abbas Radiallahuanhu) dan Ibnu Zaid berkata tentang ayat ini: “Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”


Jawapan 3: Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Kitab Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20)


Rasulullah ada bersabda: Kubur itu sama ada satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka. (Riwayat Tirmizi). Tafsir hadis ini jelas menunjukkan mereka masih di dunia tetapi dalam keadaan sama ada bersenang-lenang ataupun sengsara. Mereka cuma terhalang oleh satu dinding sebagaimana manusia terhalang melihat jin. Berkemungkinan mereka juga boleh melihat kita sebagaimana jin melihat kita. Dalam hadis dhaif yang lainnya, apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Lauh Mahfuz memohon kepada Allah untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


Konsep dinding yang dapat dijelaskan melalui gambar rajah ini:







Gambarajah 1: Manusia tidak boleh melihat alam malaikat, alam jin dan alam kubur tetapi boleh melihat alam mimpi. Jin pula tidak dapat melihat alam kubur dan alam malaikat. Sesetengah haiwan boleh mendengar alam kubur dan sesetengah haiwan boleh melihat alam jin dan sesetengah haiwan boleh melihat alam malaikat. Dalam sesetengah keadaan, manusia boleh melihat alam malaikat dan alam jin tetapi tiada pula sumber sahih manusia dapat melihat alam kubur kecuali melalui mimpi sahaja.




Maka, jawapan sama ada boleh atau tidak boleh, ia tidak boleh dibuat hujah. Saudaraku sekalian, jika ia (roh si mati) hadir dalam bentuk terlihat oleh mata kasar kita semua, itu bukanlah roh si mati. Itulah Qarin kerana roh si mati hanya mampu melawat anak cucu dan isteri tanpa dilihat oleh ahli keluarga mereka itu kerana terdapat halangan keras bagi mereka itu iaitu dinding barzakh. Seandainya jika kita terlihat juga dengam mata kita? maka itulah qarin (menurut pandangan Dr Haron Din Al-Hafidz).




Soalan kedua: Ke mana Roh pergi selepas mati?


Pendapat yang mengatakan roh tidak boleh kembali ke dunia. Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadis




“Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ahmad, Sahih menurut Ibnu Hibban, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)




Pendapat yang mengatakan roh boleh kembali ke dunia berdasarkan sebuah hadis lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berfirman Allah Subhanahu Wa Taala:




“Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin’ (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat … (Ringkasan Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Sahih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)




Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan ayat 40 dari Surah al-A’raf. Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dituliskan namanya di dalam ‘Sijjin’ (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan firman Allah:


“Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh” (Al-A’raf: 31)


Kemudian dikembalikan kepada jasadnya,.. kemudian di datangi Malaikat.. lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Sahih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)




Kesimpulan:


Ana mengambil satu petikan hadis iaitu:


Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Ketika aku sedang berjalan bersama Rasulullah. di suatu tanah pertanian di mana beliau bertongkatkan sebatang pelepah kurma, tiba-tiba beliau lewat di hadapan beberapa orang Yahudi. Lalu mereka saling berbicara dengan yang lain: Tanyakanlah kepadanya tentang roh! Kemudian mereka berkata: Apakah yang membuat kamu sekalian bertanya kepadanya? Dia tidak akan membalas kamu sekalian dengan sesuatu yang tidak kamu sukai. Lalu sebagian mereka berkata lagi: Tanyakanlah kepadanya! Lalu sebahagian mereka datang menghampiri Rasulullah saw. untuk bertanya tentang roh. Rasulullah terdiam tidak memberikan jawaban apa pun, sehingga aku tahu beliau sedang diturunkan wahyu. Aku tetap berdiri di tempatku. Seusai wahyu turun, Rasulullah membacakan ayat (al-Israa: 84): Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kalian diberi pengetahuan melainkan sedikit. (Sahih Muslim No.5002)




Maka kesimpulan yang boleh dibuat persoalan boleh atau tidak boleh itu bukan boleh dijawab dan masih terdapat khilaf tentang persoalan ini. Maka setiap persoalan jika wujud khilaf antara ulama dan tidak ada ijtihad, maka jawapan ini terletak di antara dua bahagian. Tidak langsung menggugat aqidah. Wallahu a’lam bissawab




Pandangan Ustaz Azhar Idrus:
http://youtu.be/Dwlw0RHre5I

Monday, August 8, 2011

Mimpi Pelik dan Air Mata

Mimpi. Apa yang korang tahu tentang mimpi? Sejauh mana kebenaran mimpi kita? Apa kesan mimpi dengan diri kita?

Mimpi juga terdapat pelbagai jenis mimpi. Mimpi gembira, mimpi sedih, mimpi ngeri, mimpi seseorang rindu ? dan macam-macam lagi. Mimpi ngeri yang menerjah masuk ke dalam tidur kita kebiasaannya dikaitkan dgn mainan syaitan. Syaitan yang hasad dengki cuba menggangu anak cucu Adam.

Kadang-kadang bila kite terlalu kerap memikirkan sesuatu perkara, ia bakal muncul di dalam mimpi kita juga. Apa yang kita mahukan, apa yang kita benci, apa yang kita takuti, dan  apa-apa sahaja yang minda kita mampu fikirkan. So basically, mimpi ini hanya mainan minda sahaja. Yang menjadi sempadan kepada mimpi kita adalah batasan imaginasi manusia.

Tetapi apa kaitan mimpi dengan air mata? Kalau ia hanya sekadar mainan minda yang muncul di dalam tidur sahaja, kenapa ada reaksi dari segi fizikal selain mimpi basah :) ? Pelik bila fikirkan apa yang berlaku pagi tadi.

Tersedar dari tidur gara-gara perkara sedih yang bermain di alam mimpi. Tak tahu bagaimana boleh berlaku, termimpikan arwah abah. Walau sudah hampir 6 tahun berlalu, rasa sedih dalam diri masih melekat jauh di sudut hati. Yang pelik nya, ketika tersedar dari tidur, air mata berjurai mengalir. Hati terasa pedih dan sedih yang sangat. Seolah-olah benar-benar berjumpa dengan arwah di dalam mimpi tersebut. Termimpikan saat-saat akhir bersama dengan arwah.hurm..

Sejak akhir-akhir ini, sebenarnya banyak berita kematian bapa aku terima. Junior sekolah aku, seorang junior yang aku kenal ketika Kem Sains Mara dahulu dan terbaru pemergian ayah Farid Keroro semalam. Sebagai seorang yang telah merasa kehilangan, aku sangat faham perasaan mereka. Hilang tempat bergantung dan bermanja mesra. Secara tak sedar aku kerap juga cuba memberi sokongan moral kepada mereka, mengikut keadaan dan situasi. Kerana bila aku fikir keadaan mereka, aku rase seperti melihat diri sendiri 6 tahun lalu.

Mungkin atas faktor ini lah juga mimpi pelik pagi tadi berlaku. Sebab aku kerap memikirkan perkara yang berlaku. Dan aku yakin bukan aku seorang sahaja yang pernah mengalami mimpi seperti ini. Pesanku kepada sahabat yang senasib, banyak kan bersabar dengan dugaan yang tiba. Doakan lah kepada arwah semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..

Semangat Yang Hilang


Bangun pagi hari nih dekat tengah hari :P, duduk sebentar atas katil. Macam biasa baru lepas bangun tidur. kepala masih 'weng'. Duduk termenung sebentar, fikir balik apa la aku da buat seminggu nih? Blank~ Tiada jawapan sebab memang tak buat apa pun sepanjang 7 hari yang telah berlalu. Sigh~

Kuatkan kudrat melawan malas nak bangun untuk bergerak ke meja. Tengok tarikh di paparan laptop, 7 Ogos 2011. Wah, da seminggu rupanya berpuasa, tapi still, ape yang aku dah buat seminggu nih? Garu-garu kepala masih tak ketemu jawapan di cari-cari.

Ramadhan kali ni, terasa lain. Tak tahu apa punca dan sebab musabab. Tapi sesuatu yang pasti semangat Ramadhan tak kunjung tiba. Semangat untuk baca Al-Quran, semangat untuk solat terawikh, semangat untuk perbanyakkan amalan, semangat untuk menggantikan perkara-perkara wajib yang pernah ditinggalkan. Ya, itulah dia semangat yang hilang. Semangat Ramadhan yang hilang.

Jika tahun-tahun yang lalu, tiba bulan Ramadhan di sambut dengan azam dan semangat yang tinggi. Rajinkan diri untuk beribadat, rajinkan diri untuk melakukan aktiviti berfaedah. Terasa kemanisan beribadat kepada Allah. Kemanisan yang di cari setelah sekian lama menghilang.

Teringat ketika zaman persekolahan, di SAMURA. Sepanjang Tingkatan 4 Arif, mungkin kerana diri ini masih suci kire suci la gak senang sungguh mahu beribadat, senang juga ilmu menderu masuk ke dalam otak. Meningkat masuk ke Tingkatan 5 Arif, semakin senang dan mudah beribadah. Setiap hari selepas Asar, tak lekang Al-Quran dari tangan untuk di baca di suatu sudut di surau. Tiba bulan Ramadhan lagi hebat amalan aku.

Tapi itu semua hanya kenangan masa lalu. Perkara yang sudah berlalu sekian lama. Mungkin diri semakin tercemar dengan dunia? Kesilapan diri membiarkan diri di baham dunia durjana? Atau aku memang insan yang semakin alpa?hurm..

Ya Allah, kembalikan semula Semangat Yang Hilang itu. Aku merindui saat dan ketika aku seperti dahulu. Saat aku sangat meyakini dengan kekuasaan Mu. Saat aku sangat bergantung kepada Mu. Tetapi semakin hari semakin terhakis, semakin menghilang dari diri. Aku takut Ya Allah. Takut tibanya saat ajalku, matiku bukan sebagai Islam..

Monday, July 4, 2011

Jaga Diri Lek Lok..yer...

Sejak dua menjak nih, ada satu emel yang kerap di"forward" kepada student UTP, berkenaan dgn nasib malang yang telah menimpa seorang pelajar Chemical Engineering Final Semester, saudara Mohammad Abd Hafiz bin Abu Tahir atau lebih dikenali dgn nama Hafiz Log. Dia nih aku kenal masa terlibat dengan Convofair 2008. Hafiz Log seperti nickname dia, masuk department Logistic dan aku pulak dept Biz. Aku takde la rapat dengan hamba Allah nih. Dia nih jenis happy go lucky, senang senyum dan gelak juga bila aku bergurau dengan dia.



Menurut cerita, dia terjun dari cliff kat tepi pantai. Tapi malangnya air cetek so dia terhempas atas sea bed. Kesan dari terhempas, Hafiz patah tengkuk, "burst fracture" di tulang belakang dan hemorrage (betol ke ejaan nih?). Manurut diagnosis doktor, selepas operation dan rehabilitation selama, kalau tiada perubahan dia akan lumpuh for the rest of his life. Innalillah hi wa innalillah hirojiun... Sangat berat dugaan yang dialami diri beliau dan famili beliau. Semoga Allah menguatkan hati hamba-hambanya yang Dia uji..amin..






Kepada yang bermurah hati untuk menderma dan meringankan beban keluarga beliau boleh la beri sumbangan di  akaun akak beliau, Fatanah binti Abu Tahir@Lampina, akaun CIMB 0115 0070 967524. Kos perbelanjaan untuk beli peralatan meringankan beban Hafiz mencecah RM 11k sedangkan parents dia hanya pekerja FELDA biasa shj.

Kalau anda berada di tempat Hafiz, apakah pilihan anda? Kalau di beri pilihan antara mati dan cacat sebegini? Kalau aku, aku lebih rela mati dari hidup cacat dan menyusahkan terutamanya ibu bapa aku. Tapi itu kalau di beri pilihan, tetapi Allah tidak beri pilihan tuh kepada beliau. Insya Allah mungkin ini dugaan Allah kepada beliau sekeluarga, semoga di balas kesabaran mereka dengan sebaik-baik balasan di akhirat kelak..

Peristiwa yang menimpa Hafiz Log nih buat aku rasa sedih sebab sgt kesian dgn keadaan beliau sekarang. Kurus kering dan tak mampu buat apa-apa. Padahal dulu badan dia tough la jugak. And buat aku tergerak untuk buat post nih bila mana ada seorang sahabat pesan kat aku kat gtalk:


"kesian kn...takotnye
ko jge dri lek lok
sllu dpt berite psal budak final yer
every sem rsnye ade"

Menusuk kalbu betul nasihat nih. Sebab aku pon jenis agak gila-gila bila melibatkan aktiviti outdoor nih. Suka mandi sungai dan air terjun, suka main diving-diving, buat backflip la. Macam-macam lagi la. Suka bawak motor laju-laju. Haish..Kira aku bole masuk kategori berisiko tinggi jugak la rasa nyer..hurm,...

Andaikata malang menimpa diri yang hina ini, sementara ada kesempatan aku nak mintak maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata mahupun perbuatan. Almaklumlah, aku nih mmg selalu menyusahkan orang lain, selalu buat orang marah, selalu terlanjur kata-kata yang mengguris hati, dan banyak la perbuatan jahat yang mungkin hanya Allah, aku dan kau shj tahu. Maafkan kejahilan diriku pada masa itu. Halalkan makan minum atau ada hutang. Kalau ade hutang tuh sementara ingat remindkan la kat aku, insya Allah aku bayar. Kalau terlupa mohon di halalkan..

Semoga kita bersama-sama hidup dalam Islam dan mati juga dalam Islam..insya Allah..

Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama bin Laden : Respon TGNANM

Dunia digemparkan dengan kematian seorang hamba Allah yang menjadi sangat terkenal semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Hamba Allah tersebut menunjukkan pelbagai respon dari penduduk dunia. Osama bin Laden di julang sebagai pejuang dan di cemuh sebagai pengganas oleh masyarakat antarabangsa. Kebanyakan cemuhan adalah daripada anjing-anjing yang sibuk menyalak utk menunjukkan ketaatan kepada tuannya (Amerika). 

Jika benar beliau melakukan keganasan (seperti yang di canang Amerika), mohon Allah ampunkan dosanya.Sebagai saudara se-Islam, mari sama-sama mendoakan keampunan kepada arwah. Tetapi sehingga kini, keganasan itu masih tidak pasti, kerana segala propaganda adalah di bawah kawalan Amerika.

Di kala sebilangan penduduk dunia "menyambut" kematian Osama bin Laden sebagai berita gembira kerana KEPALA PENGGANAS ANTARABANGSA telah tumpas, malahan berparti seperti di Ground Zero, tidak terfikirkah kita siapa pengganas antarabangsa yang sebenarnya? Siapa lagi kalau bukan AMERIKA jahanam dan sekutu kuat nya ISRAEL laknat. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Islam, kepada yang berada di pihak yang benar. 

Tuan Guru Nik Aziz turut memberikan respon berkaitan isu tersebut:
p/s : di ambil dari FB rasmi TGNANM. Sangat kemas hujah dan olahan tok guru.. TAKBIR!!

  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Sunday, May 1, 2011

Back To Basic - Solat : Syarat dan Rukun

Sejak akhir-akhir nih, solat da berterabur. Tak teratur dan sangat teruk. Tapi alhamdulillah, tengah surf internet terjmp satu post pasal bende plg basic utk orang Islam iaitu syarat dan rukun solat. Mungkin ini hidayah dari Allah, nk ingtkan dan warning kat aku sbb solat aku da makin tak terjaga. Alhamdulillah dapat ingatan macam nih. 


So kite tanya diri sndr brape ramai ingt brape syarat dan rukun solat? Kalo berape pon tak boleh nk jawab lagi la kalo tanye ape syarat dan rukun solat kn? Jom kite revise balik ilmu kite. 


Credit to syahirul.com.



Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-

Syarat mengerjakan sembahyang
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Berakal.
6. Melihat atau mendengar.
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang.
  
Syarat Sah Sembahyang
1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
  
Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
  
Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.

(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

Friday, April 15, 2011

Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak

Arini aku kene tag dgn friend kat FB. Mula-mula malas nk baca, tapi tergerak nk baca sbb ade kaitan dgn diri aku. Credit to Nurul Jannah sbb tag aku.tq

Apa yang di nyatakan kat bawah nih significant sgt dgn diri aku. Tiap kali nk solat mesti lewat-lewatkan waktu. Tak tau nape, tapi mst malas kaw2. Stiap kali pas solat psg niat nk solat awal waktu pasnih, but things always as it is. Sama-sama kita doa dan berusaha utk perbaiki kelemahan diri kita. Insya Allah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allahuakhbar, Allahuakhbar
Allahuakhbar, Allahuakhbar

Subuhnya
dimana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan 
kehausan dan rehatku 
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih denga secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhanku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku de depan Tuhanku

kini aku tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang


Friday, March 25, 2011

The Boy Who Stood Up

Alkisah terdapat seorg budak lelaki yang comel bulat gemuk hidup di Australia. Makhluk Allah nih mungkin bernsib malang. Sejak kecil dibuli dan dibuli dan lagi dan lagi. Sampai tiba satu hari keramat di mane segala-galanya berubah. Hati mana mampu tahan pembulian keji dari "rakan-rakan" yang constant dan malar. Akhirnya, he snaps and "IF U SMELL WHAT THE ROCK IS COOKING!!!"


Amacam? Korg tgk da video kat ats nih? Personally aku gelak kaw2 dan puas hati giler. Padan muka kepada si pembuli. Tak padan kecik tapi hati keji. Dari kecik perangai macam hantu, dah besar nnt camne? Mujur si pembuli tak mati sbb patah tengkuk ke ape. Budak gemok tuh namanyer Casey.

Video di atas nih becomes viral kat youtube baru2 nih. Femes tak femes video nih, besar tak besar impak video nih sehingga mendapat liputan meluas media barat. Banyak video susulan di youtube yang memberi kata sokongan kepada Casey si mangsa buli. Program talk show "The View" pon ada membincangkan isu buli tersebut. Siap ada interview khas dgn Casey, yang di anggap HERO because he stood up to bully.


Bila dgr cerita die, betapa lonely dia, dan betapa teruk kene buli, rase kesian kat dia. Paling teruk die kene duct taped to a post. Cuba bayangkan keji ke tak perbuatan tuh? Semoga aku, keluarga aku, dan keturunan aku di jauhi dari perbuatan2 keji tersebut. Amin...

Ni plak mcm counter story dgn cerita Casey, interview dgn si pembuli Ritcahrd Gale. But my opinion, this kid is full of shit. Sbb die tuduh kate Casey stat dulu. Dari video kat atas skali tuh, tak nmpk mcm Casey yang stat dulu kot. Well u guys view the video and comment urself. To me Gale is BS.

Thursday, March 10, 2011

In Loving Memory : Kero

Tanggal 9 Mac 2011 merupakan hari yang sepatutnye gembira buat kebanyakan student UTP sbb berpeluang pulang ke pangkuan keluarga sempena cuti mid sem. Menjadi harapan stiap ibu bapa melihat anak kebanggaan mereka pulang dgn selamat dan sihat. Menatap wajah yang mereka kasihi. Namun bagaimana perasaan mereka kalau yang pulang hanya sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa?

Khairul Hakimi a.k.a Kero
Semalam saudara Khairul Hakimi bin Ismail, pelajar Final Year 1st sem, Mechi jan07 menghembuskan nafas terakhir dalam kemalangan di Cameron, otw pulang ke kg halaman beliau di Terengganu. Arwah menaiki kenderaan bersama kawan2 same batch, Amin, Jahar, dan Beliau. Kenderaan yang di pandu saudara Amin bertembung dgn sebuah Waja yang msk line kete diorg kat kwsn bukit Cameron. Waja sdg turun bukit manakala Satria yang mereka naiki sdg daki bukit. Pertembungan kuat menyebabkan Kero y duduk di co pilot seat tersepit dan meninggal di tempat kejadian. Saudara Beliau yang duduk di blakang arwah pth peha kanan. Amin dan Jahar hanya luka ringan shj. 

Jenazah telah slamat dikebumikan harini,10 Mac 2011 di kg halaman beliau di Kg Kepong, Terengganu. Saudara Beliau pula dgr cite telah di bawa pulang ke Hospital Kuala Terengganu di smpg keluarga beliau.

Bersama housematez dan abg Faiz.
Kehilangan Kero sgt sedih dan mengejutkan. Berpeluang jadi housemate sjk 1st year hingga 3rd year, bnyk kenangan bersama arwah. Makan same2, guro same2, solat same2, maen PES same2, gado2 same2. Bilik arwah plak seblah aje bilik aku kat V4 dulu. Last jumpa arwah ms kat cafe V5, lunch same2. Tapi xbanyk berckp pon. Arwah duduk seblah aku ms lunch tuh. Last time dgr suara arwah.


Orientation Jan 07-ms baru msk UTP
Kembur2 balik album2 yang ade dalam laptop nih. Cari gambo arwah. Jumpa sket. Sedih rase tgk gambo arwah. Rase terkilan sbb xsmpt nk mntk maap atas guro senda atau tersingung perasaan arwah. Arwah seorg yang baek dan kdg2 sensitif skit. Terkilan nyer rase.....

Bersama komiti Convofair Biz 09
Berpeluang gak msk event same2 ngan arwah. Convofair 2009 arwah msk department Business Center. 

Bersama Hazwan a.k.a Beliau(tengah) menyaksikan match UTP league.
Saudara Baliau plak housemate aku utk Final year nih. Malam sblom bertolak pulang, Beliau agak nyekit gak ngan aku. Die sound2 aku. Mmg cari pasal mamat nih.huhu...Rupanyer tanda ade musibah bakal melanda sbb tuh die sound@nasht aku.

Beliau di Hospital Kuala Krai - credit to Hanifi a.k.a Beliamuda
Hanya mampu mendoakan supaya Beliau cepat sembuh akibat patah peha, dan semoga roh Kero dicucuri rahmat dan d tmptkan di kalangan org beriman. Al-Fatihah......

*Update gambo dari fb Amin.
Satria Amin remuk selepas accident

Friday, February 11, 2011

Muhasabah Diri - Kenapa yer?

Malam nih rase diri sgt serba kekurangan. kenape yer?

Alhamdulillah dapat sedikit hidayah tadi. Selepas solat Maghrib, di ringan kn hati utk kembali menyelak naskhah Al Quran yang da beberapa hari mayb bermingu tak disentuh lnsg. Mathurat lagi la haram nk bc. Tapi malam nih Allah beri lagi pluang kat aku untuk bc kedua2 nyer kembali. Tersangkut2 n merangkak2 kembali, xselancar macam dulu. Haih..Teruk nyer la aku..Islam ke aku kalau perangai macam nih?

Nape la berat sgt nk bc Al Quran skang nih? Teringat dulu ms Form 4 & 5, setiap petang selepas solat asar, aku akan stay back kat surau SAMURA. Duduk sorg2 kat penjuru kanan depan surau. Baca Al Quran. Atas kehendak diri sndiri dan bukan atas paksaan siapa2 pon.

Dari seorg yang xpernah khatam pon Al Quran, xtahu pon tajwid n bacaan yang btol, aku berjaya khatamkan, berjaya perbaiki bacaan. Alhamdulillah.Setiap kali bc, tak terasa langsung ms berlalu, hati tenang, smpi ke tahap menitis air mata bile bc ayat2 suci. Tapi skang sgt jauh berbeza. Kenape?

Sejak masuk UTP nih, slalu mengeluh, ape aku blaja aku xphm. Susah nk masuk ilmu dlm kepala. Sampai tahap mls da nk blaja. Kalo bukan sebb PETRONAS, da lame aku quit study nih. Tapi aku xsedar sesuatu. Kenapa aku macam tuh?

Dulu Al Quran tiap hari, Yassin tiap hari, Mathurat pagi dan petang tiap hari baca. Sampai ke tahap hafal n ayat suci da melekat kat dlm hati. Menjadi CAHAYA di dlm hati yang gelap gelita nih. ITU sbb nyer mudah dapat ilmu, mudah ilmu msk dlm kepala, mudah faham ape cikgu ajar. Sekarang macam mane?

Tepuk dada tanye IMAN.

Friday, December 31, 2010

T.H.E.E.N.D and T.H.E.B.E.G.I.N.N.I.N.G

Today is the last day of December. FINALLY 31st December 2010 comes..The month full of a series of unfortunate events will finally come to an end,hopefully.THE END that i have been waiting for..

December is a mad month.I feel the anger, the miserable, being total loser, the one that let my frens down, wasted my time n money on things i dont have to..the things that i regretted.. Too many things, bad n ugly things happened in this very month..mayb Allah dun want me to be too happy in 2010. I only can wish for better years ahead..

2010 is all about my internship. June 2010 was the beginning of a joyful 8 months ( 7months actually, december not counted :P ). This is the time when you have some extra money in your pocket, that you wont hesitate to spend. This is the time that you have full freedom of what you want to do, want to see, want to have. Just your rational limits your action, since no one will be there to stop you from what ever you want to do. To summarize, internship is actually a short period of time, a glimpse at the future of you. The things you did during your internship more likely what you will do when you are working, minus your frens around you. So to those are currently or going to internship, appreciate it and spend your time wisely as this is the moment that you wont forget the most.

Tomorrow is 2011, I will be a CHEMICAL ENGINEERING FINAL YEAR student..The end of student life just 1 year away..And I'm gonna miss my student life so much..Gonna miss my frens..but lets enjoy our last year together as UTP student..

To my CJ7 mates, happy new year..to my Jan07 frens, let us meet again after 8 long months, rejoin and freshen up our friendship..and lastly, happy ENDternship.

Every BEGINNING has ENDING,
Every ENDING creates another BEGINNING.

T.H.E.E.N.D of internship, T.H.E.B.E.G.I.N.N.I.N.G of final year.
T.H.E.E.N.D of final year, T.H.E.B.E.G.I.N.N.I.N.G of.......--> have to wait 2012

Peace NO WAR!

Friday, November 12, 2010

L.I.P.A.N Part 1

Kenape LIPAN? Sikit-sikit nk lipan. Lipanboy la, lipandikakiku la, lipan melekat kat kaki la. So kenapa lipan? Ade ape dgn lipan? Mesti ramai tertanye-tanye, ape hal la budak poji nih ngan lipan sokmo. Haha...
Sebenarnya, ade kisah benar yang berlaku pada tanggal 3 Januari 2005.. the turning point of my life...


Macam biasa, tengah hari lepas sesi persekolahan, sume org nk balik rumah. Sape xnk balik rumah kn? First day school mase form 4 nih macam xd pape. Ofkos la, 1st day kot. Takkan da ade homework banyak2 kn? Dengan menunggang kuda tua Honda C70, peneman aku ke sekolah sejak form 3 aku riding balik rumah.

Sungguh pon buruk dan tua tetap bnyk berjasa

Walo buruk tapi laju la jugak. 80-90km/j bole lagi lenjan. Sampai kat Jalan Abdul Rahman, aku potong satu taxi tua warne biru. Tengok depan line clear, aku lak malas nk blow sbb C70 xd pickup. Zaasss trus potong. Dan zaassss aku terbang kat tgh2 jalan. Taxi tuh belok kanan plak time aku tgh potong.  Da la xbagi signal. Spontaneously, aku tutup mata dan dengar bunyi tayar skiding.

Tetibe rase mate pedih. Cahaya matahari tembus visor motor stret ke mata yang masih blurry. Eh? Idop lagi aku nih. Tengok kiri, tengok kanan, aku kat atas jalan tar, panas siot. Eh? kat seblah nih macam moto aku, tp da tumbang. OK!! Konfem aku accident. waaaaaaaa..mati aku kene marah ngan abah..baring balik pkr nasib kene marah jap lagi. Pikir jap, nak bangun la balik uma, kene marah pkr kendian. Tapi asal rase pelik je kaki kanan nih? Bentuk die melentur macam "menarik" je. Lembut bebenor lentok die. Sinsing sluar MASYALLAH!! Aku jerit trus " KAKI PATAH!!!". Then trus blank tak tau ape nk buat nih. Ape nk pikir nih?Cane nk bgtau abah nih?aaaaaaaa...

Orang ramai dtg kerumun. Tolong menolong angkat aku yang masih kurus n ringan time tuh masuk kete Gen2. 1st time nek Gen2 wooo time tuh. Saje pkr camtuh nk distract minda yang celaru tapi xberjaya. Riso ngan family. Cane nk bgtau diorg nih..aaaaaaaa....

Otw ke Hospital Muo, rase sakit kian mencengkam. Rase sakit die macam ade org gengang kat betis tuh kuat2. Tak rase sakit sgt, tapi macam org bg tekanan yang sgt kuat kat tmpt yang patah tuh. Bole plak Gen2 nih langgar lobang ke bonggol time tuh. Tergerak2 kaki yang patah tuh. Bunyi plg mengerikan aku penah dengar. "Klik Klik" bunyi tulang yang patah berlaga. Pucat aku dgr bunyi tulang berlaga. Cepat la smpi spital weh!!!.

Sampai ke spital, doktor bagi injection tahan sakit. Dan request plg sengal aku buat kat doktor tuh :
"Kak, jgn bgtau family saye kak, tolong kak, nanti diorg marah saye kak". Sedas kene marah balik ngan doktor tuh. Kelu bile kene sound balik. terbaring atas katil kat ER menanti nasib ape r nnt.

Kak Syidah lak sampai. Dalam ati abes r kene marah. Tapi keluarga aku bukan sekejam yang aku bayangkan. Mengalir air mata akak aku melihat aku yang terbaring. Sepantas kilat gak air mate aku berderu turun. Sedey sbb aku sedar aku da susah kan keluarga aku LAGI.

Kat wad, mak ngan abah datang akhirnya. Masa abah datang aku takut giler kene marah. Dia dekati aku dengan  perlahan. Mengusap lembut rambut aku. Ya Allah nih kasih sayang abah ngan mak aku kat aku. Berkali2 aku mintak maap dgn abah ngan mak. Sekali lagi berderu air mata aku turun. Abah kate " takpe nak, takpe abah xmarah". Mak hanye diam aje kat tepi aku. Mak cite, mase abah dapat call org bgtau aku accident, abah berguling menangis sedey kat atas lantai. Sampai terhantuk kepala die kat meja ke kat mane. Aku xboleh bayangkan macam mane keadaan kat rumah mase tuh. Tapi satu yang pasti, aku xkn maapkan diri aku atas ape aku da buat kat mak ngan abah aku mase tuh..Terutamanye abah. Sampi ke hari nih..

Seminggu sangkut kat dalam wad. Mak terpaksa bersusah menjaga aku selama semingu kat spital. Rase xguna giler diri. Tau susah kan mak ngan abah aje.

Diagnosis kaki yang patah tuh mmg sgt mengecewakan. Patah tibia dan fibula. Tapi pasang P.O.P (Plaster of paris) aje? Sedangkan logik akal mmg xle pakai P.O.P tuh. Kene wat operation masuk kan besi baru tulang ok. Dekat dua bulan pki P.O.P bile pergi ke spital kene operate gak. Bodo nyer spital bazir mase aku dekat 2 bulan.

Sewaktu menungu jawapn doktor perlu ke tidak kene operate tuh(mase nih xtau lg kene operate ke x), abah cube comfort aku " Takde pape la tuh. Kaki tuh mesti da ok da tuh, jangan riso sgt".  Tapi sgt jelas muke die lebih risau dari aku. Malangnyer ape yang berlaku xseperti yang abah cakap. Dan operation pon di buat.
Operation is nothing, sbb kite xsdar. Tdo jer. Part plg menyeksakan post operation bile bius da abes. Time tuh buat ape pon serba xkene. Tanggung la sakit tuh smpi sakit tuh ilang. Pain killer pon berfungsi 60-70% jer.

Ape aje berkaitan tulang, wajib dtg sini


Hasil dari operation. Ade skru terjulur kn? Jangan tanye, nnt aku cite kendian.
Selepas recovery almost 4 month, abah hantar aku masuk SAMURA. Dalam ati xnk pegi sbb masih bertongkat dan duk asrama. Tapi abah suro belajar kat sekolah asrama penuh nih gak. Da lame sgt cuti. Dengan berat ati terpaksa pergi gak. To be continue..

Ni la lipandikakiku. Ade rupe lipan kn?

Tadi lipan senior sbb pnjg. Nih lipan junior sbb pendek sket.
p/s : smpi ke hari nih masih sedey ati bile terkenang kn arwah abah time tuh. Sampai ari nih aku x maap kan diri sbb sshkn mak ngan abah. Even da lebih 5 tahun bende nih berlaku, tiap kali terkenang bende nih, air mate ttp mengalir macam sungai. Ya Allah ampunilah dosa abah, tmpt kn die di tmpt org beriman.Amin...