Sunday, September 30, 2012

Wake Me Up, When September Ends...Eh da nak End da..

Wujud lagi blog ni. Tak ingat nak update.hew hew hew....



30 September menjelang tiba. 5 bulan berlalu dengan pantas. Sejak menceburi dunia pekerjaan, makin banyak aku belajar, makin banyak perkara yang aku tak tahu. Ilmu bersepah merata, tinggal diri rajin atau malas untuk belajar. Mestilah malas lebih dari rajin -_-"



I am having good time in CUFG. Good colleagues, happening environment, lots of laughs and jokes but serious when it comes to work. Bersyukur dapat kerja di sini, alhamdulillah. The only worry is too leisure in comfort zone. Sesi muhasabah diri perlu kerap dilakukan untuk elak diri hanyut semakin jauh.

Convocation on this coming 21st October. Tak sabar pulang ke UTP, tak sabar bertemu sahabat handai, tak sabar ke atas pentas menerima segulung ijazah. Masih pening dengan urusan homestay tapi registration convocation alhamdulillah selesai sudah. Sayangnya si kekasih hati tak dapat bersama sekali nanti. Semoga aman di sana.

Ke roadshow PASDEC di ECM semalam. Mengintai peluang membeli rumah. Buat masa ini tiada ilmu, tiada duit lagi. Semoga tercapai hajat membeli sebuah nanti.

Teruskan hidup di bulan October. Semoga dapat perbaiki lagi diri..Insya Allah..

Ouh ya, sebelum terlupa, LIVERPOOL 5-2 Norwich. Pagi ini terasa aman kerana kipassusahmati pasukan lain buat-buat tidur. Pasukan mereka kalah malam tadi barangkali.. :P

Hat trick last night. ^_^ V


-YNWA-