Monday, July 4, 2011

Jaga Diri Lek Lok..yer...

Sejak dua menjak nih, ada satu emel yang kerap di"forward" kepada student UTP, berkenaan dgn nasib malang yang telah menimpa seorang pelajar Chemical Engineering Final Semester, saudara Mohammad Abd Hafiz bin Abu Tahir atau lebih dikenali dgn nama Hafiz Log. Dia nih aku kenal masa terlibat dengan Convofair 2008. Hafiz Log seperti nickname dia, masuk department Logistic dan aku pulak dept Biz. Aku takde la rapat dengan hamba Allah nih. Dia nih jenis happy go lucky, senang senyum dan gelak juga bila aku bergurau dengan dia.



Menurut cerita, dia terjun dari cliff kat tepi pantai. Tapi malangnya air cetek so dia terhempas atas sea bed. Kesan dari terhempas, Hafiz patah tengkuk, "burst fracture" di tulang belakang dan hemorrage (betol ke ejaan nih?). Manurut diagnosis doktor, selepas operation dan rehabilitation selama, kalau tiada perubahan dia akan lumpuh for the rest of his life. Innalillah hi wa innalillah hirojiun... Sangat berat dugaan yang dialami diri beliau dan famili beliau. Semoga Allah menguatkan hati hamba-hambanya yang Dia uji..amin..






Kepada yang bermurah hati untuk menderma dan meringankan beban keluarga beliau boleh la beri sumbangan di  akaun akak beliau, Fatanah binti Abu Tahir@Lampina, akaun CIMB 0115 0070 967524. Kos perbelanjaan untuk beli peralatan meringankan beban Hafiz mencecah RM 11k sedangkan parents dia hanya pekerja FELDA biasa shj.

Kalau anda berada di tempat Hafiz, apakah pilihan anda? Kalau di beri pilihan antara mati dan cacat sebegini? Kalau aku, aku lebih rela mati dari hidup cacat dan menyusahkan terutamanya ibu bapa aku. Tapi itu kalau di beri pilihan, tetapi Allah tidak beri pilihan tuh kepada beliau. Insya Allah mungkin ini dugaan Allah kepada beliau sekeluarga, semoga di balas kesabaran mereka dengan sebaik-baik balasan di akhirat kelak..

Peristiwa yang menimpa Hafiz Log nih buat aku rasa sedih sebab sgt kesian dgn keadaan beliau sekarang. Kurus kering dan tak mampu buat apa-apa. Padahal dulu badan dia tough la jugak. And buat aku tergerak untuk buat post nih bila mana ada seorang sahabat pesan kat aku kat gtalk:


"kesian kn...takotnye
ko jge dri lek lok
sllu dpt berite psal budak final yer
every sem rsnye ade"

Menusuk kalbu betul nasihat nih. Sebab aku pon jenis agak gila-gila bila melibatkan aktiviti outdoor nih. Suka mandi sungai dan air terjun, suka main diving-diving, buat backflip la. Macam-macam lagi la. Suka bawak motor laju-laju. Haish..Kira aku bole masuk kategori berisiko tinggi jugak la rasa nyer..hurm,...

Andaikata malang menimpa diri yang hina ini, sementara ada kesempatan aku nak mintak maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata mahupun perbuatan. Almaklumlah, aku nih mmg selalu menyusahkan orang lain, selalu buat orang marah, selalu terlanjur kata-kata yang mengguris hati, dan banyak la perbuatan jahat yang mungkin hanya Allah, aku dan kau shj tahu. Maafkan kejahilan diriku pada masa itu. Halalkan makan minum atau ada hutang. Kalau ade hutang tuh sementara ingat remindkan la kat aku, insya Allah aku bayar. Kalau terlupa mohon di halalkan..

Semoga kita bersama-sama hidup dalam Islam dan mati juga dalam Islam..insya Allah..