Monday, May 16, 2011

Cuti Semester

Tajuk cuti semester...
Cuti semester pon cume seminggu aje..
Tapi da busan giler..
Takde motif..sj nk bgtau aku tgh cuti semester..
Tu jer....

Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama bin Laden : Respon TGNANM

Dunia digemparkan dengan kematian seorang hamba Allah yang menjadi sangat terkenal semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Hamba Allah tersebut menunjukkan pelbagai respon dari penduduk dunia. Osama bin Laden di julang sebagai pejuang dan di cemuh sebagai pengganas oleh masyarakat antarabangsa. Kebanyakan cemuhan adalah daripada anjing-anjing yang sibuk menyalak utk menunjukkan ketaatan kepada tuannya (Amerika). 

Jika benar beliau melakukan keganasan (seperti yang di canang Amerika), mohon Allah ampunkan dosanya.Sebagai saudara se-Islam, mari sama-sama mendoakan keampunan kepada arwah. Tetapi sehingga kini, keganasan itu masih tidak pasti, kerana segala propaganda adalah di bawah kawalan Amerika.

Di kala sebilangan penduduk dunia "menyambut" kematian Osama bin Laden sebagai berita gembira kerana KEPALA PENGGANAS ANTARABANGSA telah tumpas, malahan berparti seperti di Ground Zero, tidak terfikirkah kita siapa pengganas antarabangsa yang sebenarnya? Siapa lagi kalau bukan AMERIKA jahanam dan sekutu kuat nya ISRAEL laknat. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Islam, kepada yang berada di pihak yang benar. 

Tuan Guru Nik Aziz turut memberikan respon berkaitan isu tersebut:
p/s : di ambil dari FB rasmi TGNANM. Sangat kemas hujah dan olahan tok guru.. TAKBIR!!

  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Sunday, May 1, 2011

Back To Basic - Solat : Syarat dan Rukun

Sejak akhir-akhir nih, solat da berterabur. Tak teratur dan sangat teruk. Tapi alhamdulillah, tengah surf internet terjmp satu post pasal bende plg basic utk orang Islam iaitu syarat dan rukun solat. Mungkin ini hidayah dari Allah, nk ingtkan dan warning kat aku sbb solat aku da makin tak terjaga. Alhamdulillah dapat ingatan macam nih. 


So kite tanya diri sndr brape ramai ingt brape syarat dan rukun solat? Kalo berape pon tak boleh nk jawab lagi la kalo tanye ape syarat dan rukun solat kn? Jom kite revise balik ilmu kite. 


Credit to syahirul.com.



Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-

Syarat mengerjakan sembahyang
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Berakal.
6. Melihat atau mendengar.
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang.
  
Syarat Sah Sembahyang
1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
  
Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
  
Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.

(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).