Sunday, February 19, 2012

Penantian Satu Penyeksaan?

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir buat semester terakhir yang lalu telah keluar. Malangnya terdapat pelbagai masalah dan rintangan terpaksa aku hadapi semata-mata untuk view result aku. Mungkin staff di finance kene amnesia atau mata kerabunan terlampau sehingga saman aku yang telah clear masih ada dalam blacklist mereka. Mujur aku di beri kemudahan telekomukasi iaitu telefon bimbit untuk menghubungi senior manager Security Department. Macam biasa, petik nama orang-orang atas maka akan setellah masalah remeh temeh tersebut.

At the end, berjaya juga nak view. Result pun alhamdulillah mencapai target. Tak terlalu tinggi tapi cukup-cukup makan. Walau apapun aku cukup bersyukur. Tu la, sapa suruh main-main dulu kan? Tanggung la sendiri. Sejurus boleh view result, terus report duty kepada PETRONAS. Insya Allah, bermula penantian lagi perit dan menyeksakan. Berapa lama nak tunggu untuk placement? Terdengar khabar ada yang sudah dapat di Kerteh buatkan aku semakin teringin untuk dapatkan placement juga. Walau apapun, rezeki di tangan Allah. Semoga aku dikurniakan rezeki untuk dapat kerja cepat. Amin..


Terasa gembira bercampur duka. Gembira kerana result alhamdulillah. Duka kerana selepas ini tiada lagi debaran menanti saat result keluar. Tiada lagi stress dan study group sebelom peperiksaan. Yang ada hanya jalan yang masih tak tentu. Menanti kerja memanggil aku.

Program Sharing Moment Form 4 SAMURA

Alhamdulillah berakhir sudah Program Sharing Moment bersama pelajar TIngkatan 4 SAMURA yang berlangsung pada 11 February 2012. Seperti mana nama program, pihak Alumni SAMURA telah berjaya mengumpulkan seramai 26 orang fasilitator untuk berkongsi pengalaman, cerita suka dan duka sepanjang 2 tahun menimba ilmu di bumi bertuah ini bersama-sama pelajar tingkatan 4 yang baru sahaja 12 hari bergelar pelajar SAMURA.
Antara muka-muka pelajar Form 4

Pertama kali menyertai program ini, terasa diri agak kekok untuk bercampur dengan kakak dan abang senior serta adik-adik yang sama-sama berkumpul sebagai fasilitator. Namun sedikit sahaja masa diperlukan untuk beramah mesra. Mungkin kerana background yang sama memudahkan kami untuk bercampur dan seterusnya menjalinkan persahabatan baru.
Sesi Ice Breaking Fasilitator lelaki. Pelbagai topik dibincangkan.

Kekurangan pengalaman sebagai fasilitator sedikit membataskan cara penyampaian sewaktu latihan dalam kumpulan (LDK). Alhamdulillah dengan adanya partner yang sporting seperti Buyak dan Najib Niosk telah berjaya menjadikan sesi ice breaking dan sharing lebih menarik dan menghiburkan. Kehadiran gadis-gadis comel menjadikan abang-abang fasi lebih bersemangat untuk bercakap dan berkongsi pengalaman masing-masing. Hehe..
Barisan Fasilitator bersama-sama Pengatua, Tuan Haji Samian Sawiyo

Untuk mengenang jasa kami sebagai fasilitator, pihak sekolah telah menjemput kami untuk menjadi tetamu kehormat sempena Majlis Makan Beradab (High Table). Makanan yang sangat enak serta layanan 5 star oleh Biro Makanan (BMak) membuatkan kami lebih berselera. Tak lupa juga kepada adik comel yang menjadi pelayan kami. Diyakini adik ini mimpi indah dan tersenyum riang tanpa henti apabila dihamburkan dengan segunung pujian dari Helman, Fendi, Malek dan Buyak. Aku jugak yang baik sbb senyap aje :P

Helman being served like a boss

Kurma kambing dia terbaek bro..

Tak sabar nak makan.hehe

Kalau kata adik aku pon orang percaya kn?
Kembali ke sekolah telah membuatkan aku terkenang pelbagai kenangan manis dan pahit yang pernah aku harungi. Seronok kerana dapat menambah kenalan baru dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik. Insya Allah ada kudrat dan kesempatan akan join lagi di masa akan datang.

4 Generasi Bestari Dua. Bersama Pengatua.

Thursday, January 19, 2012

What I've Learn

Semalam bertolak pulang dari UTP. Sepanjang 5 tahun bermukim di Tronoh, berpuluh kali, mungkin juga beratus kali aku lalu melepasi gate UTP yang tersergam megah dengan signboard dan logo UTP tuh. Tapi semalam tatkala aku melalui gate UTP, terasa perasaan yang sangat berbeza di dalam hati. Aku tahu itu mungkin kali terakhir aku melangkah pergi dari UTP. Kalau ada rezeki mungkin convocation nanti, tapi itu pun tak pasti lagi aku akan kembali ke UTP.

Terlalu banyak kenangan indah dan pahit tercipta. Banyak yang aku belajar. Selain dari ilmu kejuruteraan kimia yang sarat dengan math dan theory, ilmu kehidupan juga banyak menyerap ke dalam diri. Dari seorang yang nerd, aku belajar untuk berkawan dengan pelbagai jenis manusia. Belajar bersahabat, menghargai dan di hargai. Belajar membantu yang memerlukan dan belajar merendah diri untuk meminta bantuan ketika perlu. Bertambah juga sedikit ilmu agama dengan bantuan senior dan rakan-rakan yang sanggup berkongsi ilmu agama dengan aku.

Antara perkara paling aku suka adalah Convofair 2008, 2009 dan Titian Budi 2009. Jujurnya aku memang sangat suka event. Dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru. Menambah kenalan, menambah kenangan bersama. Dan paling penting pengalaman bila berurusan dengan manusia yang bukan dalam circle of friends kita. Di sini la aku belajar bagaimana nak bercakap dengan orang yang lebih tua untuk urusan rasmi, bagaimana nak manipulate keadaan, belajar serba sedikit berkenaan politik kerja. *politik ini luas, bukan sekadar politik kepartian sahaja


5 Tahun yang berlalu telah membentuk diri aku seperti hari ini. Mengubah gaya pemikiran aku, mengubah cara pembawaan diri aku. Tetapi semua perubahan ini, adakah cukup sebagai persediaan aku untuk menghadapi dunia sebenar? Menghadapi dunia pekerjaan? Dan seterusnya untuk hidup berkeluarga? I doubt it. Tapi life goes on. By hook or by crook aku akan tempuhi semuanya.

Saturday, January 14, 2012

The End is Near...

Berlalu sudah 5 tahun yang penuh warna warni kehidupan seorang pelajar Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi PETRONAS. Pelbagai suka dan duka di harungi bersama. Pelbagai aktiviti di laksana bersama. Akhirnya perpisahan menanti kita. Semoga perpisahan fizikal ini hanya sementara. Hati kita tetap bersama-sama. Sehingga berjumpa lagi. Gudluck dalam kehidupan. Gudluck di alam pekerjaan. Kawen jangan lupa member :)

Last night, dari sekadar duduk bersembang, sehingga kepada rakaman ucapan. Tetiba terakam sebuah lagu khas yang sangat menyentuh jiwa. Semoga persahabatan kita berkekalan abadi. Maafkan salah silap ku. Halalkan segala hutang makan, minum dan ilmu. Insya Allah, yang terbaik untuk diri kita.

I was laughing but my tears dropped..irony..it was hilarious but so sad deep inside..gonna miss u guys..gonna miss the student life..gonna miss CJ7..gonna miss Jan 07. Lagu Kenangan Terindah khas dituju kepada semua CJ7 dan semua batch Jan07..luv yall...sila klik-->



Saturday, December 24, 2011

Ustaz Azhar Idrus Perlu Jaga Adab

Sebelum baca post kali ini, mungkin lebih elok kalau anda tonton dahulu video ini :
sila klik :  UAF - Azhar Idrus Perlu Jaga Adab

Summary video adalah menegur/melarang ilmuan/agamawan untuk guna bhs yang kasar/kesat walaupun di sesetengah negeri perkataan tersebut adalah perkara biasa. Walau tidak dinyatakan di tuju kepada siapa secara jelas tapi boleh di agak siapa yang di maksudkan oleh beliau.

My personal opinion:

1. Rasanya sebagai ulama, lebih baik untuk menegur isteri PM dan para menteri dan para isteri menteri yang merupakan pemimpin negara yang mengaku Islam. Tegur ape? Rasanya da jelas kot. ke nk kene cite gak ape perlu di tegur?

2. Kalau anda sebagai pendengar, anda lebih mahu dgr ceramah siapa? Seperti ustaz dalam video di atas atau  Ustaz Azhar Idrus(UAI) ? Siapa lagi bosan? Siapa lagi menarik? Siapa yang lebih berpotensi/terbukti berjaya menarik perhatian masyarakat? 

3. Cara approach Ustaz Azhar Idrus(UAI) terbukti berkesan/xbosan untuk tarik minat segenap lapisan masyarakat tua/muda. Cara/bhs kasar yang digunakan adalah untuk bagi sedar salah diri. Senang kata "headshot". Kalau kita tak buat salah, tak perlu la terasa sgt bukan? Selain itu diselit dgn gurauan supaya pendengar tertarik dan tak bosan.

4. Apa bukti approach UAI berkesan? Ramai yang berminat/ datang dari jauh untuk mendengar ceramah beliau.

5. Based on ceramah UAI di Meru, Ipoh, beliau memberi satu analogi:
Besi yang berkarat, kita gosok dengan satu lori tisu yang lembut. Mahal ke harga besi itu?
Tetapi kalau besi itu kita bakar, sudah di bakar di ketuk-ketuk dengan kuat. Mana lagi berharga?Besi yang di gosok dgn tisu atau dibakar dan kemudian diketuk-ketuk?

6. Nabi Muhammad tak pernah guna cara kasar? Boleh bukak balik sirah. Ada sahaja Nabi Muhammad tarbiah secara keras. 

7. Anda sila tambah komen anda...

Wednesday, December 21, 2011

Pre SI and CBI...Bring It On!!

Tomorrow and Friday is the day that will set where my future will be. Bring it on SI and CBI!
Untuk yang tak mengetahui, SI stand for Structured Interview and CBI stand for Competency Based Interview bukan c*b*i ok?. Kedua-duanya adalah interview wajib sekiranya mahu apply kerja dengan PETRONAS. Pelbagai bahan bacaan sebagai persediaan interview esok telah di kumpul. Tinggal nak baca sahaja. Moga segalanya berjalan lancar untuk interview esok. Ya Allah permudahkan sesi interview aku dan rakan-rakanku. Murahkan rezeki kami. 



Lately sangat negative dengan diri sendiri. Even time present poster tak yakin dengan diri tapi alhamdulillah all iz well. Insya Allah momentum positif perlu di teruskan untuk menghadapi hari yang mendatang. 



p/s: ada test SPC esok, 9.30am. 12noon SI pula. Dugaan..Nak study test lagi. Fuh~

p/s : susulan kes Luis Suarez kene ban 8 game, Mario Ballotelli's tweet : "The FA are willing to ban someone based on one persons claim, with no video evidence? In that case the whole man U squad racially abused me"

Wordless Wednesday - IMBA-est Presentation

Evaluator : Dr Lukman 
Student : Muhammad bin Harith